PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK 2011

Assalamualaikum dan salam semalaya.




Erm melihat akan blog rakan semalaya…ni wah dah bersawang sebab tiada artikel baharu yang dipostkan.Maaflah..sebayu sebenarnya balik kampung.Sebaik menjejaki kampung sahaja (nun di utara Perak),banyak aktiviti akan berlaku.Biasalah,pabila 4 sekepala bertemu,maka pelbagai ragam,agenda dan alasan yang dikemukan dan dihujahi bersama sehinggakan perjalanan waktu bercuti di kampung tak terasa.Mungkin sebab inilah ramai yang suka berada di kampung Jauh dari kesibukan Bandar dan kebejatan social yang melanda masyarakat.Dihiasi pula taraf hidup di Bandar yang senantiasa memerlukan wang saku di dalam poket.Kalau poket asyik kering,tak kemanalah kamu.hehehe.

Erm sebenarnya sebayu nak berkongsi bersama mengenai Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang akan diadakan pada 16 Julai 2011 iaitu pada hari sabtu hadapan. Kepada mereka yang memang berhasrat untuk bekerja dengan kerajaan dengan pangkat atau status pegawai,bolehlah membuat semakan di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bahagian peperiksaan.Pasti nama anda terpilih.

Alhamdulillah,sebayu juga akan menduduki peperiksaan ini di Ipoh. Tahun lepas sebayu tidak berpeluang untuk menduduki peperiksaan ini berikutan hari dan masa peperiksaan ini berjalan serentak dengan KPLI. Sebayu yang memang nak bercita – cita menjadi seorang pendidik dengan pantas pergi peperiksaan KPLI… tapi belum ada jodoh lagi dengan status “guru” kerana peperiksaan Mtest tak lepas pula…alahai….mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.

Apa pun tak semua kita rancang kita akan dapat.Allah Maha Mengetahui.Dia Perancang dan Pelaksana.Kita sekadar berusaha dan tawakal pada –Nya.Mohon pada Allah swt agar apa yang kita rancang dimakbulkan-Nya.

Dengar kata menduduki peperiksaan Pegawai Kerajaan terutama Pegawai Tadbir dan Diplomatik memang susah dan mencabar. Tapisan demi tapisan dibuat.Al maklumlah ramai yang memang berhajat besar nak mencuba jadi pegawai kerajaan. 

Perkara yang perlu kita kena “study”

Peperiksaan ini mengandungi dua bahagian. 

Bahagian 1 Seksyen A- Pengetahuan Am

Masa : 45 minit Soalan : 60

Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah 

Seksyen ini mengukur kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut i. Kemahiran Logik Elemen ini mengukur kepintaran pemikiran dan logik untuk memberi jawapan yang tepat dan mengenal jawapan-jawapan yang salah.

 ii. Kemahiran Menginterpretasi Data 
Elemen ini menggunakan pelbagai perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan

iii.Konsep Matematik
Konsep matematik yang diukur adalah lebih kepada logik. Penyelesaian masalah ini memerlukan pengetahuan konsep-konsep Matematik Tingkatan 5. 

Masa : 45 minit Soalan :40

Seksyen C- Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei-esei 

Calon akan diberi 4 petikan esei yang mengandungi 300 hingga 400 patah perkataan setiap satu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap esei calon diberi 5 soalan untuk menguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei. Soalan dan jawapan adalah bergantung kepada soalan yang diberi dan bukan kepada pengetahuan calon. Masa : 35 minit Soalan : 20 Seksyen D- Esei Bahasa Melayu Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Malayu. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. 

Masa : 1 jam Soalan : 3 jawab 1 Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

Seksyen E- Esei Bahasa Inggeris 

Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Inggeris. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa : 1 jam Soalan : 3 jawab 1 Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan 

Bahagian 2
Seksyen A – Sahsiah Diri Seksyen ini untuk mengenal pasti profail sahsiah calon. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dan perlu menjawab dengan jujur tentang diri sendiri. Masa : 40 minit Soalan : 200
Seksyen B – Minat Seksyen ini mengenal pasti kecenderungan calon dari segi bidang kerjaya yang diminati. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan. 

Masa : 20 minit Soalan : 227

(diambil daripada ampiran panduan laman sesawang SPA pada 6 julai 2011)

Sebayu ada perasan ada sebuah buku yang ditulis khas untuk menghadapi peperiksaan PTD ini.perghhh macam soalan spot pula..hehehe.Siap ada jaminan anda pasti LULUS..cewah…LULUS atau GAGAL bergantung pada usaha anda.Kalau ada buku ajaib tu tapi tak berusaha…tak ke mana juga…tapi at least ada berusaha jugalah kan…yang penting berusaha…
Oklah apapun selamat menjawab peperiksaan Pegawai Tadbir Nanti (PTD). ALL THE BEST!!!

WASSALAM