live streaming olympic 2012

Assalamualaikum dan salam semalaya.

ERM....kepada sesiapa yang tiada ASTRO...anda juga berpeluang menonton secara live melalui siaran tv tempatan iaitu tv1. Tetapi terhad kerana kita tidak dapat melihat kesemua acara secara live.

Bagi mereka yang berkemampuan... Maksud di sini ialah anda mempunyai internet dan pc/laptop.Ayuh kita tengok secara live streaming. Mudah kan.Maca Euro baru - baru ni.hehe.

Anda boleh saksikan di sini.

PANAHAN WANITA CANTIK

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm dunia ini penuh dengan pancaroba.hehe.Macam lagu dalam nasyid plak. Erm sebayu nak kongsikan video yang membolehkan lelaki - lelaki yang suka mengorat time naik motor.Ini mungkin perkara dan kesan yang akan anda lalui kalau tabiat suka mengorat "awek" ketika menunggang motor.Renung - renungkan...

 

 

IT:ORI KE HANDSET ANDA!

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm kita sedia maklum bahawa kebanyakan produk - produk yang dihasilkan kini dibuat di negara China berikutan kos pembuatan atau penghasilan sesuatu produk tersebut lebih murah. Negara China merupakan salah sebuah negara yang memegang tampuk dalam dunia pasaran.Maka tidak hairanlah produk yang kita guna pada hari ini kebanyakan diperbuat daripada negara tersebut.Boleh dikatakan setiap produk yang wujud kini telah didatangkan daripada China.Hal ini termasuklah handset.


hiasan semata mata





ORI atau TIDAK?. Rasanya kebanyakan pengguna handset/handphone lebih mengetahui kot. Sebayu saja je nak buka balik isu ini.Al maklumlah,tidak semua perkara kita tahu.That why wujudnya perkataan "Tazkirah" beerti peringatan. Ilmu ini kena sentiasa disebar walaupun kita dah lama tahu.Tak salahkan?.

Ok.bagaimana nak tahu handset anda berada dalam keadaan atau dihasilkan daripada kilang asal .Jom baca di sini.


Pertama sila taip *#06#, Akan keluar IMEI bermaksud International Mobile Equipment Identit. Kemudian semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8. Contoh : 358671017470473. Sila lihat pada kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01.
Berikut adalah kualiti handphone mengikut pengeluar. Cuba check handphone anda, adakah ia berada ditahap yang selamat?

  • 02 atau 20 adalah dari China : Kualiti rendah
  • 08 atau 80 adalah dari Germany : Kualiti serdahana
  • 01 atau 10 adalah dari Finland : Terbaik
  • 00 atau 03 atau 04 adalah dari kilang asal : Sangat tebaik
  • 13 adalah dari Azerbaijan : Sangat kurang kualiti dan merbahaya 

 p/s: Sejauh mana kesahihan maklumat ini sebayu mohon maaf.Seandainya berlaku kesilapan,mohon maaf kerana sebayu hanya menampaikan hasil pembacaan sebayu.

baca jom baca

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Just nak berkongsi gambar - gambar yang mendatangkan faedah.Rugilah kalau kita tak nak kongsi bersama.Bukan senang orang yang buat gambar ini demi kebaikan bersama.Betul x?Selalu gambar artis je kita lekat atau tampal kat dinding.Hah dengan pendekatan macam ini (bergambar),harap - harap maksud atau mesej yang nak disampaikan tercapai.Orang kata, menggunakan ilustrasi merupakan kaedah terbaik dalam menjadikan medium penyampaian sesuatu maklumat.Pendek kata - mudah difahami.

Jom baca :















Semoga mereka yang senantiasa menyampaikan sesuatu perkara yang baik akan diterima Allah. Semoga Allah memberkati kehidupan golongan - golongan yang senantiasa mahu berbuat baik meskipun hanya menggunakan ilustrasi sebagai medium berdakwah.

Maaf sebab sebayu tak dapat nak nyatakan siapakah pemilik sebenar bagi setiap ilustrasi di atas.Mohon kebenaran untuk berkongsi karya mereka.

Sekian.