KATAKAN TIDAK PADA GANJA


Assalamualaikum dan Salam Ramadan.



Ramadan ke-7.Ramadan kali ini sedikit berbeza daripada Ramadan sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Namun, bagi orang-orang yang beriman,mereka senantiasa menantikan bulan yang mulia ini walau apa jua keadaan. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.Baik hari ini sebayu nak berkongsi sedikit dari pembacaan sebayu mengenai jenis –jenis dadah di Malaysia.Sebayu bukan expert atau yang selayaknya untuk bercerita mengenai dadah,namun siapa sangka dengan hanya share info ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan pada mereka yang memerlukan atau sedikit kesedaran.



GANJA
Kanabis atau Ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan. Ia biasa disalahgunakan untuk tujuan relaksasi, dan memberi si pengguna perasaan seronok. Ia juga digunakan untuk aspek perubatan, contohnya bagi mengurangkan sakit dan perawatan paliatif bagi mereka yang mengalami penyakit kanser di peringkat akhir hayat (terminal).

Ganja diperolehi dari sejenis pohon yang bernama ‘cannabis sativa‘ atau hemp. Pohon kanabis mengeluarkan sejenis damar, yang meliputi bahagian pohon yang berbunga dan dedaun di sebelah atas. Damar ini mengandungi satu sebatian psikoaktif yang dipanggil THC (tetrahydrocannabinoid). Kepekatan THC berbeza mengikut bahagian pohon tersebut. Kesemua bahagian pohon boleh digunakan. Nama panggilan yang lazim digunakan penagih juga berbeza mengikut bahagian mana yang diguna. Nama biasa yang digunakan adalah marijuana, pot, weed, dope, hashish atau hash.

                                                                                                           (sumber :myhealth portal)

Ramadan is coming...

Assalamualaikum dan Salam Semalaya.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...



Tahun 1441H bersamaan tahun 2020... Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan melihat dunia dengan baik.

Apa azam anda untuk Ramadan kali ini?.


TRIGGER

Assalamualaikum dan Salam Semalaya.

Trigger.

Apakah yang anda faham mengenai TRIGGER



Baik saya jelaskan dalam bahasa mudah. Pernah tak main pistol mainan.Untuk melepaskan tembakan,kita perlu tekan "picu" betul. Bila picu ditekan,maka berlaku letupan/peluru dilepaskan.

So konsep atau pemahaman sama yang bagi maksud trigger. Hal ini bermaksud TRIGGER ni lebih kepada perkara/sesuatu atau perasaan yang menyebabkan anda teringat dan mendorong anda untuk melakukan perkara tersebut.mudahkan.

Contoh dalam konteks penagih dadah. Ali seorang penagih dadah yang cuba untuk melepaskan diri daripada kembali mengambil dadah. Satu hari dia kembali ke kampung halaman dia.Dalam perjalanan ke rumahnya,dia melalui satu tempat yang satu ketika dahulu menjadi "port" atau sarang dadahnya. Dalam perjalanan pulang,dia terserempak pula dengan rakan sebayanya yang masih aktif menagih dadah.Ali terus pulang ke rumah tanpa berkata apa -apa. Sampai di rumah, dia menolong ibunya untuk makan ubat (kita andaikan ibunya seorang pesakit diabetis yang memerlukan suntikan insulin).Untuk itu Ali akan bantu ibunya untuk membuat suntikan insulin (ada jarum di situ). Sepanjang bercuti di kampung, Ali akan kebosanan kerana tiada kerja atau perkara yang dia boleh buat.

TIPS SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU ANTIDADAH S19

Assalammualaikum dan salam semalaya


Hai semua.lama dah tak update blog rakansemalaya ni.Hari ni saya terpanggil lah untuk memberi sedikit tips atau bayangan asas kepada mereka yang akan menduduki temuduga Pembantu Antidadah S19.

Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu dan ini tidaklah menyamai 100% apa yang akan ditanya nanti.Sekadar berkongsi tidak salahkan...

Baik,bagi mereka yang sedang sibuk nak mencari apa yang kena study dalam temuduga untuk jawatan ni.

Cuba anda fokuskan dan cari apa yang saya senaraikan di bawah:

1) Apa skop atau bidang tugas pembantu dadah - untuk makluman,dalam AADK ni kerja multitasking .nanti dekat bawah saya cerita sikit ye.

TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Assalamualaikum dan salam semalaya

Tentu yang hadir ke sini nak tahu kan tips untuk temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29.Untuk makluman, kita sekarang berada di Malaysia Baharu. So skop dalam temuduga kali ini sememang yang tak dapat kita jangka.

Contohnya hampir 39000 calon yang menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 baru -baru ni. dan soalannya....erm boleh fikir sendiri. hal ini mungkin disebabkan dasar atau persekitaran wajah baharu dalam pemerintahan. Contohnya kalau sebelum ini kita mungkin akan membaca  nota NBOS, dasar dasar pemerintahan 1Malaysia....betul x...

Apapun usaha itu penting.Senantiasa membaca isu isu semasa dan ambil tahu perubahan yang berlaku.

Sama sama kita berdoa kerana usaha itu adalah tangga kejayaan.Percaya kepada diri sendiri. GOOD LUCK.

tata...