REMINDER:Tarikh Semakan Permohonan Medsi/Mtest DPLI 2011


Assalamualaikum dan salam semalaya.

Wah cepatkan masa berlalu.Macam baharu sahaja kita melihat iklan permohonan ambilan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah untuk julai 2011 ini.

sebayu sengaja membuat pos atau artikel ini bertujuan untuk memohon bantuan atau jasa baik rakan  - rakan bloggers agar senantiasa mengingati tarikh untuk membuat semakan sama ada kita berjaya dipilih dalam menduduki ujian Mtest atau tidak.Hopefully, Allah swt membantu kita dalam mengejar cita - cita sebagai guru atau pendidik.Sebayu tahu,kebanyakan mereka yang membuat permohonan ini berikutan pekerjaan guru  nampak je mudah dan "rilex".Mana tidaknya,masuk kerja pukul 7pagi dan balik paling lewat pun pukul 2.30 petang. Tapi betulkah pekerjaan cikgu ini se"simple" yang disangkakan.

Sebayu tak nak cerita panjang - panjang.Yang penting jom kita sama - sama ingatkan tarikh untuk membuat semakan permohonan DPLI ambilan julai 2011.

Di bawah ini sebayu letakkan informasi berkenaan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Sebayu ambil daripada http://upu.mohe.gov.my/

PANDUAN UJIAN MEdSI 

  • SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 22 April 2011 
  • Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 30 April 2011.
  • NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  • TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  •  Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  •  Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  • Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.
  • Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.
  • Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.
  •  Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

 Pesanan:semoga apa yang kita hajati tercapai. Mohon saudara/ri bloggers membuat peringatan tarikh semakan status Medsi DPLI ambilan Julai 2011 dari semasa ke semasa tidak kisahlah melalui facebook mahupun blog atau YM.Bukan apa,sebelum ini ada sahaja yang terlepas nak membuat semakan permohonan DPLI.kesian mereka.Ada yang tidak dapat mengetahui permohonan tersebut berikutan tiada kemudahan internet.So,saling ingat mengingati merupakan amalan terbaik yang boleh kita amalkan dalam kehidupan.Tak rugikan.senyum






No comments:

Post a Comment