Assalamualaikum dan salam semalaya.
Erm seperti yang diwar warkan sebelum ini, sebayu akan melengkapkan part kedua untuk artikel berjenaka sambil bergembira. Mohon maaf berikutan perkataan atau tatabahasa dan penggunaan bahasa agak teruk.Ini bagi menjamin ketulenan atau bahasa sebenar yang digunakan dalam situasi lawak atau penggunaan bahasa pasar amat meluas.Mohon jangan ambil hati atau terasa kerana artikel ini hanya bersifat humor atau jenaka..
selamat membaca dan kalau nak tinggalkan komen atau pesanan atau permintaa,komen sahaja...
senyum...
*************************************part 2 ************************************PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup )
PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan
berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta
hari-hari kelepasan am.
Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap
beserta dengan syarat2 berikut :-
1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)
dan...
80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !
Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tipah Tertelan Duit
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.
Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Penculik
Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas.
Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak
RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.
Ibu: (takut).. hello...
Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????
Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..
Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak..
Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...
Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....
Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....
Noname: Apa??
Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...
Noname: Haiiyaa.... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar..
tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...
Ibu: (malu)......
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Salah Selipar
Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar
bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.
Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia
menunggu dibawah pohon yang rendang.
Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong.
"Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!", kata bapa dengan susah hati.
"Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah juga berlainan warna..."
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Catatan Harian Isteri dan Suami
Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku syurgaku!
BUKU HARIAN ISTERI
Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan,
sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.
Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".
Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.
Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".
Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV;
dia terlihat jauh dan menghilang.....
Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi,
ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur.
Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....
BUKU HARIAN SUAMI
Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Baju bercorak sama
Ramli baru pulang dari pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya..
Shima : Abang.. maaf ya, saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas.. lengannya hangus...
Ramli : Tak apalah... Shima masih ingatkan dalam almari, abang masih ada baju yang sama coraknya. Abang belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari
teman baik abang dari Australia dan abang sangat menyukainya.
Shima : Saya ingat bang.. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Suami Setuju
Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya
disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.
Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..
Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.
Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.
Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya
Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...
Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.
Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan
seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?
Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..
Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!
Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..
Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Akhir Dari Sebuah Pertengkaran
Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.
Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"
Amat: "Ya betul..."
Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"
Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."
Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"
Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"
Pian: "@#$!%^&%"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mimpi Seorang Isteri
Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan
Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.
“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada
isterinya sebuah bungkusan hadiah.
Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan
lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
3 Anak Pengusaha Minyak
Suatu hari 3 kanak-kanak berkumpul, mereka adalah anak kepada jutawan minyak yang kaya. Mereka bangga dan sombong dengan
kehebatan bapa mereka.
Budak 1 : "Wooi, korang tau tak bapak aku adalah raja minyak tanah!! Sekali gali tanah keluar minyaknya."
Budak 2 : "Alah! baru macam tu dah bising. Bapak aku adalah raja minyak kayu!! sekali tebang kayu keluar minyaknya."
Budak 3 : "Hah!! macam tu pun nak sombong sangat ke... korang belum tau, bapak aku adalah raja minyak angin..!! Sekali buang angin keluar minyaknya."
Budak 1 Budak 2 : "??????"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Salah Tafsiran
Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar.
Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh
co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot
kepada orang-orang gila tersebut.
Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi
co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal
4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"
"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"
"Kan kami nie pemain simpanan...".
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Masalah Pendengaran
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SINI TAK BOLEH BERENANG
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"
Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. "Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut.
"Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bijirin
kamal disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. kamal yang mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan segenggam bijirin di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan-ikan di dalam aquarium. Tepat ketika kamal nak berikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.
Si ibu: "kamal, jangan kamu berikan bijirin itu kepada ikan. Nanti ikan semuanya akan mati".
Dengan wajah pucat kamal menjawab, "Habis tue, kenapa Ibu bagi bijirin ini kepada saya?".
Si ibu: @#^%@^!!
wassalam...
No comments:
Post a Comment