Tsunami di kaki langit

Assalamualikum dan salam semalaya.

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk melihat keindahan dunia yang sementara ini. Pejam celik pejam celik kita sudahpun membuka halaman muka surat 2 untuk tahun 2012 ( 02/01/2012). Apa perasaan yang tersemat di hati saudara dan saudari ketika ini. 

Sebayu mengandaikan antara perkara yang tersemat dalam hati  ialah:
  1. bilalah aku nak kahwin?
  2. dah tua pun aku... 
  3. orang lain dah pakai kereta..aku bila pula
  4. alahai kerja....sampai bila nak kerja kat sini...bila SPA nak panggil aku kerja ni?
  5. bilalah nak dapat gaji mahal ni.... gaji sekarang ala kadar je
  6. bilalah nak dapat awek/pakwe cun melecun ni....?
  7. tahun baru ni aku berazam nak kumpul duit banyak2.aku nak tunaikan impian aku nak beli barang pilihan aku.kalau boleh nak melancong ke luar negara..yahooo

Tetapi berapa ramai pula yang berfikir sedemikian rupa:
  1. Bilalah aku nak belajar bertaubat... iman aku ni cepat goyah dengan nafsu serakah ni
  2. ARMAGEDDON 2012,petanda kecil dan besar,planet nabiru nak langgar bumi... Ya Allah...adakah aku kini berada di penghujung zaman... sempatkah aku mahu bertaubat ini.
  3. Ya Allah... aku mahu mulakan hidup baru dengan azam baru bahawa aku mahu mendekati -Mu
  4. Tahun baru ni akan aku jadikan titik permulaan dalam menjadi khalifah bumi yang soleh/solehah
  5. aku perlu memperbaik kedudukan aku sekarang. Aku sepatutnya menjadi contoh kepada generasi muda agar golongan belia seperti aku tidak mensia siakan hidup mereka. Aku perlu membantu mereka dan mereka pula akan membantu aku jua.
  6. Sudah cukupkah amalan aku yang tertulis dalam buku amalan aku hingga kini?


Banyak lagi persoalan yang bermain main di dalam pemikiran mentah kita. Kita tidak tahu apakah yang berlaku dalam tahun baru ini. Pelbagai teori saintis dan ramalan manusia mengenai kehancuran bumi dalam tahun 2012 ini.Sejauh mana kebenarannya hanya Pencipta iaitu Allah swt yang mengetahui juga.

Sebayu mahu kongsikan kepada anda fenomena ganjil yang berlaku di birmigham. Kuasa Allah Maha Agung dan tidak sesiapa pun yang mampu menentang - Nya apatah lagi meragui akan kekuasaan-Nya. Kalau dahulu kita di kejutkan dengan peristiwa tsunami yang berlaku akibat gempa bumi atau pergerakan permukaan bumi dalam dasar laut yang menyebabkan gelombang ombak besar. Tetapi kali ini tsunami berlaku di langit. Perhatikan gambar dan video ini. 








Adakah ini petanda - petanda bahawa kita berada di penghujung dunia.Adakah KIAMAT sudah menghampiri kita?
sumber diambil dari : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2076755/Giant-tsunami-shaped-clouds-Alabama-Incredible-wave-clouds.html

No comments:

Post a Comment