PLAT TERMAHAL MENCECAH RM500K

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Baca ini dahulu :
Dipetik dari sumber Harian metro online.

KUALA LUMPUR – Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.



WOW...plat sahaja boleh mencecah RM500,000.Biar betul.!!!

Erm dasyat betulkan sekarang ni.Plat pendaftaran sahaja mampu mencecah RM500,000.Kalau sebayu lah, alahai banyak yer duit tu. Kaya betullah orang yang nak beli tu kalau betul plat tu boleh mencecah sampai rm500,000.Plat tu memaparkan plat berdaftar WWW 1. Cuba bayangkan kalau orang yang bakal beli plat tersebut dan letakkan pada kereta kancil dia,wahhhh.... mesti gempak kan..wuhahaha.

Itu baru dekat Malaysia yang tercinta ni. Belum lagi dekat luar.Contoh terbaik ialah....jeng... jeng... jeng.. cuba tengok gambar dan maklumatnya.

PLAT termahal dunia, '1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron.

ADUH..... terbeliak mataku ini melihat angka plat tu (dalam gambar)... mak aiii... RM43.7 juta tu.Plat ni macam boleh bagi power plak. Bayangkan berapa taksubnya manusia dengan nombor dan abjad ni. Sanggup menghabiskan duit yang tak terkira banyak tu dengan membeli plat pendaftaran sahaja. Fuhhhh... dunia oh dunia.

Korang fikir - fikirkanlah sendiri.

tata.

p/s: kalau sebayulah,lebik baik sebayu beli rumah,kereta yang berjenama sikit,buat pelaburan hartanah,bantu family dan mereka yang memerlukannya.hehe. Tak boleh juga nak salahkan golongan yang pelik macam ni,Mungkin bagi mereka angka tu membawa tuah dalam kehidupan mereka; melambangkan kekayaan mereka,kemegahan dan kuasa. Mungkin tetapi itu semua tak kekal lamakan. Apa apapun terpulanglah pada individu tersebut nak buat apa dengan duit hasil titik peluh mereka.

Sebayu dapat maklumat ini daripada harian metro online (8/4/12)

2 comments: