Assalamualaikum dan salam semalaya.
Kepala air - Kepala air atau
sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar
mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia
berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Bahaya Kepala Air - Aliran
air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala
macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa
sahaja halangan di hadapannya.
Langkah keselamatan :
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
- Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
- Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
- Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu)
video 1.
No comments:
Post a Comment