AGAMA:PAHLAWAN TEWAS KATA - KATA IBUNYA

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Baru – baru ini saya ada terbaca sebuah buku berkenaan WANITA. Buku ini bersumberkan Islam.Justeru, saya mahu berkongsi bersama maklumat yang saya rasa kita patut tahu dan sebarkannya. Saya bukanlah seorang yang berpendidikan agama yang tinggi dalam berdikusi atau menyentuh bab – bab agama Islam.Namun, saya di sini memohon kepada mana – mana penerbit buku agar saya coretkan maklumat tersebut dalam warkah blog saya ini. Bukan tujuan untuk menyalin bulat –bulat tetapi saya terpaksa menyalin bulat – bulat agar maksud dan tafsirannya tepat dan bersesuaian dengan sesuatu ayat atau petikan yang di ambil daripada Al – Quran. Sekiranya tafsiran tersebut salah atau terdapat kemusyikilan, saudara dan saudara seagama bolehlah memberitahu pada saya..InsyaAllah.

CERITA 1.
Dewasa kini, pelbagai masalah sosial kian menjalar dan menular dalam masyarakat kini meskipun kehidupan kita bergerak pantas seiring dengan kemajuan teknologi kini. Kita sentiasa mengharapkan pembangunan teknologi terutama dalam sistem pendidikan dan pentadbiran mengubah kita menjadi manusia yang bertamadun dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan hebat. Dengan pengetahuan dan pemikiran yang hebat ini, kita senantiasa melihat corak kehidupan manusia berubah terarah yang lebih baik.
Namun, tidak semua yang kita jangkakan dan mahu akan berlaku. Pembunuhan,rogol,merempit dan penyalahgunaan dadah menghiasi dada – dada akhbar tempatan mahupun luar negara.  Apa yang menyedihkan apabila berlaku pergaduhan dan pertengkaran antara ibu dan anak atau saudara kandung sendiri. Tidakkah kita sebagai anak – anak takut atau kasihan melihat ibu yang banyak berkorban untuk kita. Ke mana hilangnya sikap hormat dan taat kita kepada ibu?
Di sini, saya ada sebuah cerita yang saya anggap wajar kita membacanya…

Pada Zaman Perang Uhud, Hindun Binti Utbah menawarkan hadiah kepada sesiapa sahaja yang mampu membunuh Hamzah bin Abdul Mutalib. Hal ini kerana Hamzah Bin Abdul Mutalib telah membunuh keluarga Hindun dalam siri Perang Badar. Akhirnya, terdapat seorang tentera kaum Musyrikin yang Berjaya membunuh Hamzah. Sebaik sahaja Hindun mendengar Hamzah terbunuh, dia meluru ke arah jenazah Hamzah, membelah dadanya, mengambil hatinya serta memotong hidung dan telinganya.
Selepas itu datang pula Abu Sufyan yang menikam mulut Hamzah dengan tombak sehingga mulut jenazah Hamzah koyak. Jasad Hamzah yang mati syahid tersebut berada dalam keadaan yang memilukan akibat perbuatan zalim dan tidak keperikemanusiaan tersebut.Melihat kepada keadaan bapa saudaranya itu, Nabi Muhammad sedih lalu beliau berdiri jauh sedikit daripada jasad Hamzah. Kemudian nabi melihat ibu saudaranya iaitu Sofiyyah binti Abdul Mutalib berjalan menuju ke jasad saudaranya , Hamzah.
Sofiyyah mahu melihat apa yang dilakukan oleh orang – orang musyrikin kepada saudaranya itu. Nabi segera berkata kepada putera Sofiyyah, Az – Zubair Ibnu Awwam,  “Halang ibumu”. Nabi Muhammad berbuat demikian kerana baginda tidak mahu Sofiyyah terkejut melihat keadaan jasad Hamzah tersebut.
Sewaktu Az –Zubair cuba menghalang ibunya, ibunya berkata , “ Tepi! Tidak ada tanah bagimu dan tidak ada ibu bagimu!”. Seluruh tubuh Az – Zubair bergetar mendengar kata – kata ibunya dan sejurus itu dia berkata ,“ Tepi semua, jangan halang ibuku.” Orang – orang yang berada disekeliling tersebut memberi jalan kepada Sofiyyah.
Setelah melihat jasad tersebut, Sofiyyah terus segera menyembahyangkannya, membaca kalimat istirjaa’ dan memohon keampunan kepada Allah untuk saudaranya itu. Kemudian, Sofiyyah memberitahu kepada Az – Zubair, “ Katakanlah kepada Nabi Muhammad, apa yang aku peroleh ada jalan Allah menjadikan aku reda dan menerima semua ini. Sesungguhnya aku hanya mengharapkan pahala daripada Allah atas semua ini dan aku bersabar menerimanya , InsyaAllah.
PENGAJARAN: Az – Zubair merupakan seorang pahlawan yang tidak gentar mahupun takut dalam mengusir musuh – musuh Islam dalam peperangan yang besar. Namun, lihatlah apa yang terjadi kepada pahlawan ini dihadapan ibunya. Nabi Muhammad memerintahkannya menghalang ibunya dan dia menurut kata – kata Nabi tetapi tidak sanggup membantah kata – kata ibunya sehinggakan dia menjadi gementar mendengar kata – kata ibunya.

1 comment:

  1. thanks for the tazkirah..mmg sonok klu kte tau tentng sirah ni..banyak pengajaran yg blh diambil utk pnduan sepanjang hdp kte..ape ye tjuk buku ni?
    nx time klu baca ape2 bku lg especially relate ngn Islam cte lg ye..sbg tazkirah bg pngunjung blog ni..(~____~)

    ReplyDelete