Assalamualaikum dan salam semalaya.
Malaysia oh Malaysia.Teksi oh Teksi. Tak dinafikan TEKSI merupakan salah satu pengangkutan awam yang sangat penting selain bas,KTM,LRT dan Komuter. Percayakah anda, seorang pemandu teksi boleh membuat keuntungan kasar RM300 sebulan.Itupun pemandu tersebut kerja dalam waktu yang normal shift.Hebatkan. Data ini aku dapat daripada hasil perbualan biasa (temuramah )antara aku dengan pemandu teksi. Tu yang best kalau kita ini suka berjalan.Tapi jalan bersebablah..jangan pula berjalan nak cari fasal..hehe.buat kering poket je kalau ada niat macam tu. Aku taklah kerap sangat nak guna teksi.
Kalau boleh aku nak lari dari berhimpit dengan orang or berebut – rebut naik kemudahan awam ni.tapi zaman university yang membuatkan aku terpaksa mengenali TEKSI.yelah,nak balik kampung time cuti semester kan.Beg agak berat.Nak minta kawan tolong hantar ke Duta,kawan semua dah pakat cabut awal balik kampung. So dengan TEKSI,mudahlah urusan aku nak pergi ke Hentian Duta. Dulu senang kalau Hentian Pudu ada. Aku jalan kaki je dari kolej 12 terus naik PUTRA station University ke Masjid Jamek dan tukar transit naik ke Plaza Rakyat.tapi Pudu under renovate pula… so agak susahlah student university yang berada dekat area kuala lumpur ini nak ke Hentian Duta melainkan TEKSI dan Bas Rapid KL sahaja. SO terima kasihlah kepada pemandu teksi yang sudi hantar aku setiap kali nak balik kampung.hehe.
Tapi terima kasih terima kasih juga. Cuma aku sedih,marah,dan hangit semacam je dengan pemandu teksi sekarang. Perasan atau tidak , kebanyakan pemandu teksi TIDAK suka menggunakan lampu isyarat atau signal setiap kali nak bertukar arah jalan. Bukan aku nak salahkan teksi sahaja tetapi aku tegur ini bertujuan teguran secara baik dan luahan aku juga sebagai salah seorang jutaan pengguna jalan raya. Cuma aku pelik, kenapa susah sangat nak guna lampu isyarat. Nak Tanya, setiap kerlipan lampu isyarat kena bayar kea tau pemandu teksi nak jimat guna bateri kereta. Maaf ye,jimat ada caranya. Mana lebih penting – jimat guna bateri kereta atau kereta sendiri terlibat dalam kemalangan? Aku nak stress kan ayat ini “ KENAPA KEBANYAKAN PEMANDU TEKSI TIDAK GEMAR MENGGUNAKAN LAMPU ISYARAT KERETA SETIAP KALI MENUKAR JALAN”. Jangan salah faham seandainya terdapat pemandu teksi yang membaca penulisan aku ini. Aku minta maaf.
Seperkara lagi, aku sedia maklum teksi kerjanya membawa penumpang.Kadang – kadang penumpang ini suka buat hal. Tahan teksi di tempat dan waktu yang tidak betul. Contohnya, penumpang suka sangat nak kelam kabut nak turun.kadang – kadang di hentian lampu isyarat jalan raya pun diorang nak keluar. Paling aku tak suka,penumpang yang tahan teksi waktu teksi bergerak laju dan jalan sesak.Bayangkanlah kalau teksi tu berhenti secara mengejut.Apa berlaku pada kenderaan belakang teksi tersebut. Bayangkan dalam jalan university pun pernah berlaku kemalangan disebabkan teksi suka berhenti mengejut (ambil penumpang). Manalah sempat nak brek.susahkan.
Erm sekali lagi aku mohon maaf disebabkan penulisan ini akan membuatkan sesetengah pihak tidak suka. Aku pun manusia biasa. Kekadang aku pun tidak guna lampu isyarat motor tapi aku belajar untuk memahami perasaan pengguna jalan raya lain.Kan bagus kita cuba memahami perasaan pengguna jalan raya lain. Manusia tidak sempurnakan. Jadi, marilah kita belajar bagaimana memahami perasaan orang laian dan paling penting cuba didik diri sendiri supaya beretika ketika berada di ajalan raya.
Sekian…
No comments:
Post a Comment