DOA: SENJATA ISLAM


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir” (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)



Assalamualaikum dan salam semalaya.

Baru – baru ini, sebayu nak berkongsi satu cerita yang sebayu kekadang rasa sedih.Sedih kerana mengapa Si dia bercakap sesuatu yang yang sebayu rasa tidak patut. Sebayu pun bukanlah sempurna atau tidak pernah melakukan kesilapan tetapi sebayu cuba untuk menjadi insan baik.Dengan menulis blog ini sedikit sebanyak memberi kesedaran pada diri sebayu.Pada diri anda sebayu tidak tahulah.Terpulanglah pada anda sama ada untuk menyatakan bahawa sebayu ini nak tunjuk alim atau baik.Yang penting sebayu cuba sampaikan ilmu yang sebayu belajar dan baca daripada pelbagai artikel.Kita kena ingat bahawa ILMU milik Allah s.w.t. Tidak ada gunanya kita kedekut atau tidak mahu berkongsi ilmu dengan saudara kita walhal kita dituntut untuk menyampaikan ilmu kepada saudara seagama kita.


Artikel hari ini berkisarkan pada Doa.Apakah yang dimaksudkan dengan DOA.Adakah doa merupakan ungkapan yang boleh kita keluarkan sebegitu bebas sahaja. Maksudnya kita boleh berdoa kepada Allah swt  apa-apa sahaja .Betulkah?. Paling menyedihkan,segelintir  manusia pada hari ini menyalahkan perkataan DOA untuk tujuan kemudaratan. Mereka berdoa untuk kemudaratan pada orang lain.Contohnya, seseorang yang dalam keadaan MARAH mendoakan agar orang atau indidvidu yang menyakitkan hatinya MATI dalam hina (perut kembung,berulat,bermacam – macam lagi). 

Sedih bukan kalau kita mendoakan kematian seseorang.MENGAPA kita tidak mendoakan agar Allah melembutkan seseorang yang kita marahkan tersebut atau member hidayah kepada individu tersebut.Mengapa KEMATIAN yang diminta da dipohon kepada Allah. Sekiranya DOA KEMATIAN tersebut diterima,adakah Si PEMOHON DOA puas hati? SEDIH,SEDIH DAN SEDIH BILA SEBAYU TERBACA STATUS MACAM ITU DI DALAM FACEBOOK. Sebayu tahu si pemohon doa marah disebabkan barang berharganya hilang dicuri.tetapi jangalan sesekali mulut itu ringan untuk mendoakan KEMATIAN.Fikirkanlah. Bagaimana sekiranya peristiwa tersebut terjadi pada keluarga kita. Adakah anda mahu orang lain mendoakan KEMATIAN untuk si pencuri.Bukankah wujudnya perkataan TAUBAT. Penyelesaian terbaik ialah bawa berbincang atau siasat dahulu. Berilah hukuman yang setimpal DAN BUKANNYA mendoakan kematian sebagai penyelesaian terbaik.Bukankah kita sesama Islam dituntut untuk bersikap bermaaf – maafan.Biarlah orang melakukan KEJAHATAN pada kita tetapi ingat Allah swt senantiasa dekat pada orang yang BENAR.

Berbalik pada perbincangan sebelum ini,Setahu Sebayu,Allah Maha Mendengar apa yang hamba – Nya memohon. Tetapi kita seringkali mendengar keluhan sendiri  mengapa DOA kita tidak disempurnakan lagi atau diterima Allah. Adakah DOA kita tidak diterima Allah swt. Justeru,sebayu disini ada terbaca satu artikel mengenai  pengertian DOA. Sebayu juga ada menyelitkan artikel sebab – sebab MENGAPA DOA KITA TIDAK DITERIMA ALLAH SWT.

Definisi doa menurut al-Quran dan Sunnah
Menurut Ibnu Faris doa dari sudut bahasa ialah memalingkan sesuatu kepada anda dengan suara dan kata (Maqayis al-Lughah). Menurut Ibnu Manzur doa dari segi asal bahasa ialah menyeru(Lisan al-‘Arab).

Manakala doa menurut istilah syarak sepertimana yang didefinisikan oleh al-Imam al-Khattabi ialah pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan pemurahNya. (Sya’n al-Dua’)

Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi rahimahullah menjelaskan bahawa doa merupakan pohonan seorang hamba dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat 186:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنّي فَإِنّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ [البقرة:186]

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

Firman Allah lagi di dalam ayat yang lain iaitu dalam surah Ghaafir ayat 60:

وَقَالَ رَبُّكُـمْ ٱدْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دٰخِرِينَ [غافر:60].

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Terdapat Hadith Nabi s.a.w ada menjelaskan kepada kita doa adalah permohonan dengan sabda Baginda:

(لقد سألتَ الله بالاسم الأعظم الذي إذا سئل به أعطي، وإذا دعي به أجاب) رواه أبوداؤد

“Kamu telah memohon dari Allah dengan menyebut namaNya yang agung Jika (Allah) diminta dengannya, Allah akan memberi dan jika (Allah) didoa dengannya, Allah akan memperkenankannya”. Hadith riwayat Abu Daud.

Definisi di atas juga menjelaskan bahawa doa itu adalah dambaan seorang hamba agar Allah memberi pertolongan kepadanya. Ini berasaskan firman Allah swt yang mencela sikap kaum kuffar yang memohon bantuan selain dariNya:


قُلْ أَرَأَيْتُكُم إِنْ أَتَـٰكُمْ عَذَابُ ٱللَّهِ أَوْ أَتَتْكُمْ ٱلسَّاعَةُ أَغَيْرَ ٱللَّهِ تَدْعُونَ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ * بَلْ إِيَّـٰهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِنْ شَاء وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ [الأنعام:40، 41]

“Katakanlah (wahai Muhammad): Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?

Bahkan Dialah (Allah) yang kamu seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Dia kehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).” Al-An’am ayat 40-41.

Dalam konteks yang lain, doa bukan sahaja memberi maksud permohonan seseorang dari tuhannya. Doa juga boleh diertikan sebagai satu gaya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt sepertimana yang didefinisikan oleh Ibnu Manzur di dalam karyanya Lisan al-‘Arab iaitu ‘berkehendak kepada Allah swt’. Definisi ini membawa maksud pengabdian diri seseorang hamba kepada Allah, ia merangkumi pengagungan, penyucian zat Allah swt dari persamaan dengan sebarang makhluk, momohon rahmatNya, keampunan dariNya dan seumpamanya, seperti firman Allah di dalam surah al-Kahf ayat 28:


وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَاةِ وَٱلْعَشِىّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ [الكهف: 28]

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata”

Menurut ahli-ahli tafsir perkataan ‘beribadat’ dalam maksud ayat di atas ialah terjemahan dari perkataan yad’uu(berdoa). Definisi ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w yang diriwayat oleh al-Nu’man bin Basyir r.a:


(الدعاء هو العبادة) رواه الترمذي

“Doa itu adalah ibadat” Hadith riwayat Tirmizi.

Maksud berkehendak kepada Allah swt juga meliputi seruan serta pujian-pujian untuk Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam surah al-Israa’ ayat 110:


قُلِ ٱدْعُواْ ٱللَّهَ أَوِ ٱدْعُواْ ٱلرَّحْمَـٰنَ أَيّا مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ ٱلاْسْمَاء ٱلْحُسْنَىٰ [الإسراء: 110].

“Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”
Imam Bukhari ada meriwayat sepotong hadith yang menunjukkan cara Nabi berdoa kepada Allah dengan menggunakan kalimat agung memuji Allah swt, sebagaimana sabda baginda s.a.w dalam keadaan berdoa:

اللهم أنت ربي، لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، أبوء لك بنعمتك، وأبوء لك بذنبي، فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت. رواه البخاري

“Ya Allah, engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan selainMu, Engkau yang telah menciptaku dan aku adalah hambaMu, aku berada di atas perjanjianMu selagimana aku mampu, aku memohon perlindungan dariMu dari keburukan yang telah aku lakukan, aku mengiktiraf nikmat yang engkau limpahkan kepadaku, dan aku mengakui dosa-dosaku terhadapMu, maka ampunilah aku sesungguhya tiada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau”.
Potongan hadith Nabi s.a.w di atas merupakan hakikat doa sepertimana yang dijelaskan oleh al-Khattabi di atas iaitu mengagungkan sebagai tuhan serta merendahkan diri sebagai seorang hamba.

Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda s.a.w:

اذا صلى أحدكم فليبدأ بتحميد الله تعالى والثناء عليه ثم ليصل على النبى صلى الله عليه وسلم ثم ليدع بما شاء . رواه الترميذي

"Apabila diantara kamu berdoa, mulakan dengan memuji Allah, kemudian berselawat keatas Nabi , kemudian mintalah apa yang dia mahukan". Hadith Riwayat Tirmizi.




10 sebab mengapa DOA tidak diterima oleh Allah SWT.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:

(1) Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
(2) Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
tinggalkan sunnahnya.
(3) Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-
Quran.
(4) Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
syukurnya.
(5) Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
(6) Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
(7) Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
(8) Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
(9) Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
(10)Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

Renung – renungkan apa yang telah kit abaca di atas. Ingatlah bahawa DOA ialah senjata orang ISLAM yang paling mujarab.Dengan berdoa kita mengakui bahawa  tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah swt dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Ingatlah,kita dikehendaki sentiasa berdoa untuk mendapat keberkatan,hidayah,pertolongan dan petunjuk daripada Allah. Jangan sesekali kita berputus asa dalam berdoa. DOA diterima atau tidak,itu semua urusan Allah swt. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa dan melakukan semua suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan- Nya.

Jangan lupa berdoa untuk ibu bapa,keluarga,diri sendiri,Islam,negara dan kehidupan mendatang. Jangan ssekali mendoakan kemudaratan pada orang lain sebaliknya doa agar Allah memberi petunjuk kepada orang tersebut yang kerap kali mendatangkan masalah pada kita. 

Mohon maaf sekiranya artikel ini ada kaitan dengan orang lain.Sekadar berkongsi cerita.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment