Assalamualaikum dan salam semalaya.
Macam biasa,tepat pukul 6:30 am alarm daripada handset express music sebayu akan berbunyi.Erm menandakan “shahril…bangun…solat subuh daaa”…so sebagai umat Islam wajib kita menunaikan solat subuh.Betulkan.
Pukul 7:00am…buka tv ala – ala antik ni.Bukalah Malaysia Hari Ini (MHI).Hari ni si cantik jelita (tetapi pangkat isteri) wardina berganding dengan Ally Iskandar,si jejaka cool. Banyak topik yang dikeluarkan secara ringkas berdasarkan maklumat daripada surat khabar tempatan. Antaranya berita mengenai kejadian tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa menggemparkan kita.Al –Fatihah kita sedekahkan kepada mereka yang telah pergi dalam kejadian tersebut. Namun, disebalik kejadian tersebut pasti ada hikmahnya.Antaranya Muhd Aizad Qusyhairiry Abd Karim, 13, dapat bertemu ibu kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu.
Bagi peminat Chelsea pula,maaflah Ancelotti telahpun dipecat. “Kelab bola sepak Chelsea mengesahkan Ancelotti sudah berpisah dengan kelab ini hari ini (awal pagi semalam),” menurut satu kenyataan di laman web Chelsea –(sumber myMetro.online). Apa – apa pun, mungkin dengan kemasukan atau rombakan ini bakal membawa Chelsea ke arah zaman kegemilangan mereka dahulu.
Erm yang ini yang sebayu nak kongsikan bersama .HARI BELIA NEGARA 2011. Jadi,sesiapa yang rasa dirinya belia dan aktif dan merasakan bertanggungjawab disamping mempunyai kelapangan masa dan sihat apa kata kita sertai Larian Ekiden 2011 Putrajaya Kali Ke-6. Pada hari Belia Negara ini, banyak program atau perisian yang menarik. Antara segmen yang dijadualkan dalam hari Belia Negara 2011 ialah Himpunan Sejuta Belia, Modal Insan, Perhimpunan Sukarelawan Pbsm 1 Malaysia, Celebrity Village, Pink Village, Karnival Produk Kecantikan Dan Industri Desa dan pelbagai lagi.Menarikkan.Rugilah kalau tak pergi.
Berkenaan dengan Larian Ekiden tersebut,sebayu ada ambil sedikit info dan letakkan di sini.
“Pusat Belia Antarabangsa merupakan penganjur utama bagi larian Ekiden bersama-sama dengan Kemeterian Belia dan Sukan, Perbadanan Putrajaya, Polis Di-Raja Malaysia, Kedutaan Jepun dan Majlis Sukan Negara ini dijalankan sebagai memperingati hubungan kerjasama yang dijalankan antara Malaysia dengan Jepun dan juga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian Tusunami di Jepun baru-baru ini.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dalam ucapan perasmiannya, menggalakkan penyertaan yang besar dalam larian ini sebagai salah satu usaha untuk memupuk kehidupan yang sihat dengan menjalankan aktiviti sukan. Beliau juga berharap agar persefahaman dan juga hubungan yang lebih baik dapat dijalankan antara peserta larian yang turutu disertai ppeserta daripada Negara Jepun selain peserta tempatan.Perkataan Ekiden diambil sempena dengan perkataan Jepun Eki yang membawa maksud station dan juga Den yang bermaksud menyampaikan (deliver). Ekiden membawa maksud perjalanan jauh yang memakan masa berhari-hari pada suatu ketika dahulu untuk menyampaikan surat atau mesej dengan menggunakan tenaga manusia.
Larian Ekiden telah dijadikan sebagai salah satu acara sukan di Jepun pada tahun 1900-an, dan diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1994. Pada penganjurannya yang kelima iaitu pada 16 Mei 2010, larian Ekiden telah mendapat penyertaan daripada 1050 kumpulan dan telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Record sebagai larian yang mendapat penyertaan yang paling ramai. Pada tahun ini pula, diharapkan agar lebih daripada 1000 kumpulan akan menyertai larian ini. Majlis pelancaran larian Ekiden yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya pada 29 Mei 2011
(Dipetik daripada Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia)
Dalam larian ini, setiap peserta yang Berjaya menamatkan larian akan menerima sijil penyertaan. Setiap kumpulan yang menang pula akan menerima hadiah. Namun, hadiah bukanlah taruhan utama. Yang penting nilai persahabatan yang ingin diterapkan dalam larian ini selain memperingati sejarah hitam Tsunami.
Apa lagi, bagi sesiapa yang berada di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya mahupun seluruh Malaysia, jomlah sama – sama kita sertai larian tersebut selain menyahut cabaran untuk menyertai setiap program yang dijalankan oleh kementerian Belia dan Sukan demi pembangunan sahsiah diri dan Negara juga. Jom3x.
SEBARKAN PADA RAKAN BLOG ANDA.
WASSALAM
No comments:
Post a Comment