FILEM:NUR KASIH THE MOVIE TERBAIK.


Assalamualaikum dan salam semalaya.


Sebaik sahaja lampu “NOW SEATING” hall 9,di Berjaya Time Square menyala dengan pantas sebayu dan teman sebayu meluru masuk untuk menyaksikan filem Percintaan Islamik yang tidak sabar untuk ditonton semua orang.Alhamdulillah kami dapat seat atau tempat duduk yang baik.

Nur Kasih The Movie.Dengar nama pun sudah membuatkan hati sesiapa sahaja mahu menontonnya.Mana tidaknya ,drama Nur Kasih menjadi pujaan hati semua masyarakat.Alhamdulillah,ini membuktikan kisak percintaan penuh konflik dan dramatic berversikan Islamic masih diterima dalam hati khalayak panggung wayang.

TERBAIK,MENYENTUH JIWA,USAHA DAN TAWAKAL SERTA PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG.Semua ini ialah kriteria atau moral yang kita boleh lihat dalam Nur Kasih The Movie (NKTM).Bagi sebayu, apa yang penting dalam filem ini ialah kita seharusnya menghargai kasih sayang seseorang selagi orang yang dikasihi itu masih bernyawa dan hidup. 


Filem ini menguji kekuatan kita tatkala kita kehilangan orang yang kita kasihi dalam sekelip mata. Kepedihan dan kesengsaraan itu ada dalam watak Adam,Aidil dan Nur Amina. File mini mengajar kita erti kasih sayang sewaktu m”masih ada” dan kerinduan tatkala “kasih sayang tiada”.Filem ini juga mengajar kita agar senantiasa mengasihi selagi mereka masih berada di dahapan kita tidak kiralah mereka itu kekasih,isteri ibu bapa mahupun sesama insan. 

Filem ini juga mengajar kita untuk menjadi insan yang senantiasa membuat bakti kepada sesama insan. Filem ini juga cuba untuk menegur seseorang pendakwah yang hanya mahu berdakwah kepada mereka yang sedia ada berilmu dan tidak cuba mendekatkan diri dalam kelompok yang cetek dalam pemikiran Islam dan mereka ini sebenarnya mahu mendekatkan diri dalam agama Islam Cuma waktu dan keadaan persekitaran yang menjadi benteng mereka dalam mendekatkan diri dalam agama Allah iaiatu ISLAM.

Walaupun filem ini jalan ceritanya agak perlahan sesuai dengan jalan ceritanya,namun penonton tidak akan kesunyian berikutan telatah si anak comel mia sara yang mencuit hati penonton.Jika anda berada dalam wayang nanti,pasti akan terdengar telatah atau ketawa kecil hasil lakonan mia sara tersebut.

Dalam filem ini juga terdapat penampilan pelakon tambahan iaitu norman norman ,Datuk Haji Rahim Razali, jehan miskin dan pelakon tambahan lain yang berjaya menghidupkan filem ini dan memberi  kesan yang lebih mendalam.SYABAS kepada  Khabir  Batia dan penulis skrip Mira Mustafa.

Peringatan.

Sekiranya anda mahu menonton Nur Kasih The Movie sudah semestinya anda mahu pergi ke Mid Valley kan.Maksud sebayu,sudah pasti GSC Mid Valley menjadi taruhan utama dalam menonton file mini.Sebayu cdadangkan jika anda tidak sempat mahu mem “booking” tiket,silalah ke Berjaya Time Square.InsyaAllah masih ada kekosongan.Walaupun jauh tapi sebayu berpuas hati melihat dan menonton wayang “NUR KASIH THE MOVIE” Syabas sekali lagi.Semoga file mini mengegarkan panggung wayang kita dan sebolehnya file mini ditayangkan di pawagam Negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Amin.

Selamat Menonton.

5 comments:

  1. Khabir Batia punya garapan story takde yg mengecewakan. Nasib baik citer ni tak dapat kat pengarah lain, kang lain plak jadinya. Huhu..Ni buat tak sabar nak tengok ni. Ramai buat review suruh bw tisu sekali. hihi

    ReplyDelete
  2. mantap pergi tak ajak..pergi ngan sape ea...hahahahaa

    ReplyDelete
  3. kak ude:pg ngn org yg belanja.wakaka

    ReplyDelete