Assalamualaikum dan salam semalaya
Apa khabar iman anda sekarang? Semoga iman yang kita jaga selama ini senantiasa ditingkatkan seperti pasaran saham yang mencapai keuntungan yang sangat lumayan dan drastik.Berbekalkan iman inilah kita jadikan saham untuk akhirat kelak.
Ada banyak persoalan yang boleh kita persoalkan?
persolan ringkas /basic yang perlu kita tanya pada diri sendiri
1- ke mana destinasi kita mahu tju selepas hidup sementara di dunia yang sementara ini - syurga atau neraka ?
2- apakah status kita sekarang - jahil .munafik , kafir atau soleh (orang yang beriman)
3- adakah kita sudah siap sedia untuk menuju Hari Perhitungan (Hisab) kelak?
4- adakah di dunia ini kita menjalan amalan amar makruf nahi mungkar
5-Islam kita hanya pada nama atau agama
semua persoalan tersebut kita sedia maklum kerana kita yang menentukan arah tujuan kita.Jika kita memilih syurga,maka saham yang perlu kita cari ialah ibadah yang dituntut kewajipan agama Islam pada kita.Jika kita memilih neraka, fikir - fikirkanlah
Sebagai panduan, maka perbanyakkan membaca buku berkisarkan Islam dan kehidupan Islam selain terjemahan daripada Al - Quran dan Hadis.
Sebayu ingin kongsikan bersama maklumat yang sahabat sebayu ingin sebayu kongsikan dalam blog rakan semalaya ini...Sama - samalah kita melihat diri kita dan menilai di mana kita sekarang...
Wallahualam
11 GOLOGAN AHLI NERAKA
|
sekadar hiasan |
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."
SILA KONGSIKAN/SHARE UNTUK PENGETAHUAN WAJIB UMAT ISLAM
No comments:
Post a Comment