media note : Fungsionalisme

media : Fungsionalisme
Mukadimah

Teori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri.
 Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.Teori fungsionalisme ini juga lebih menekankan kepentingan persefahaman dan kestabilan masyarakat. Mengikut pemikiran ahli fungsionalisme, kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial.
Perspektif teori ini juga melihat masyarakat sebagai keseluruhan atau sistem sosial yang berpadu ,harmoni dan bertalian yang mana semua berfungsi dengan unggul untuk mengekalkan keseimbangan persetujuan dan susunan sosial
Teori ini mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi, kemudian menilai sejauh mana perjalanan sistem tersebut membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat. Idea fungsionalisme ialah masyarakat adalah berasaskan konsesus (manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-kebaikannya).
Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus yang berterusan wujud supaya masyarakat dapat berjalan dengan lancar.Perspektif teori ini yang melihat masyarakat sebagai keseluruhan atau sistem sosial yang berpadu,harmoni dan bertalian, yang mana semua berfungsi dengan unggul untuk mengekalkan keseimbangan,persetujuan dan susunan sosial .
Agak sama dengan organisma atau badan , masyarakat dianalisis dari segi bahagian sebahagian mereka,atau subsistem yang mana semuanya mesti berfungsi dengan cekap jika kesihatan  dan kesejahteraan keseluruhan organisma atau masyarakat hendak dikekalkan . Dengan demikian perspektif ahli fungsionalisme tentang sebarang ciri masyarakat atau kumpulan akan mempersoalkan fungsi utama yang dijalankan oleh ciri tersebut bagi keseluruhan sosial. Misalnya apakah fungsi bahasa ,sistem media  massa dan sebagainya.
Fungsionalisme dikatakan untuk menerangkan institusi dan kehidupan sosial dalam memenuhi keperluan masyarakat dan individu. Sebagai institusi media keperluan dianggap hanya sesuai dengan kesinambungan, berurutan,penyatuan,dorongan,bimbingan,sosialisasi,penyesuaian contohnya masyarakat dilihat  sebagai satu sistem yang bekerjasama dimana media massa  sebagai satu.
Teori ini juga dikenali sebagai teori structural-functional ataupun social system theory.  Istilah struktur dan fungsi ialah dua konsep yang berasingan tapi berkait rapat. Struktur boleh dibandingkan dengan bahagian atau organ badan binatang ataupun manusia dan fungsi tadi disamakan pula dengan fungsi yang dimainkan oleh struktur tadi atau organ-organ dalam badan tadi. Contohnya. Bahagian perut  merupakan satu struktur dan bertugas sebagi menghadam makanan.  Begitu juga pusat keselamatan atau pusat kesihatan merupakan struktur sosial  dalam masyarakat yang berfungsi menjaga kesihatan dan keselamatan negara. Seperti satu struktur biologi, struktur sistem social atau masyarakat itu mengandungi banyak bahagian struktur yang berkaitan atau berhubungan antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, teori fungsional banyak dipengaruhi oleh bidang biologi. Ini berdasarkan persamaan antara organisma sosial maka masyarakat seperti seperti organisma biologi, merupakan satu sistem yang bersifat integrasi atau satu penyatuan fungsional dalam erti kata bahawa hubungan antara bahagian-bahagiannya berada dalam keadaan harmoni.Fungsi setiap individu adalah untuk mengekalkan keadaan harmoni tersebut. setiap struktur atau bahagian dalam masyarakat  itu mempunyai fungsi yang khusus dan perlu bagi melicinkan perjalanan system social. oleh itu, system social menjadi stabil.
Walau bagaimanapun, menurut perspektif ini, disebabkan keadaan yang saling berkaitan, maka perubahan dalam satu bahagian akan memberikan kesan terhadap bahagian yang lain. Perubahan ini berkemungkinan akan menimbulkan keadaan yang tidak seimbang di kalangan masyarakat. Bagaimanapun keadaan ini akan disesuaikan hingga menyebabkan keadaan ini menjadi seimbang. Dalam erti kata yang lain andaian asas fungsionalisme ialah system social itu berada dalam keadaan yang bersifat integrasi. Teori ini memberi penekanan tentang bagaimana setiap institusi itu dapat memberi sumbangan dalam mengekalkan ikatan yang  berpanjangan dalam masyarakat.

Andaian-andaian teori fungsionalisme dapat dirumuskan sepeti berikut:

*      Teori Fungsionalisme mengandaikan bahawa masyarakat merupakan suatu system yang stabil, berintegrasi, tersusun rapi dan anggotanya bersetuju dengan nilai-nilai asas yang dipegang bersama. Dalam keadaan biasa, elemen-elemen dalam system social  seperti keluarga, sekolah atau Negara biasanya saling teratur antar satu sama lain serta memberi sumbangan terhadap kestabilan masyarakat keseluruhannya. Contohnya keluarga mengawal tingkah laku anak-anak demi kestabilan masyarakat.
*      Masyarakat akan sentiasa bergerak kearah keseimbangan hasil daripada penyesuaian terhadap perubahan dan perkembangan. Contohnya perubahan pada satu bahagian dalam  sistem masyarakat biasanya akan menggerakkan perubahan pada bahagian lain.
*      System social atau masyarakat akan berada dalam keadaan yang seimbang atau stabil akibat daripada penyesuaian terhadap perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat tersebut.
*      Perubahan akan berlaku secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak dan masyarakat tersebut akan kembali kepada suatu keadaan yang stabil atau seimbang selepas suatu pergolakan berlaku.
*      Kewujudan sesuatu masyarakat bergantung kepaa ideologi anggotanya seperti nilai-nilai bersama dan minat. Contohnya pegangan komunisme oleh masyarakat Rusia  manakala Amerika Syarikat pula mengamalkan sistem demokrasi, keadaan sama rata dan sebagainya.    
*      Teori ini menekankan aspek masyarakat  dan kaitannya antara institusi dan bukannya dari segi individu atau kelompok contohnya keluarga. Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah bagaimana aktiviti sosial dikekalkan dan seterusnya bagaimana ia sentiasa berterusan walaupun terdapat perubahan dari satu generasi ke generasi yang lain. Jawapan yang diberikan pula ialah kehidupan sosial berterusan kerana masyarakat sentiasa mencari makna (struktur) untuk memenuhi kehendak-kehendak mereka (fungsi).

Pendekatan fungsional ini telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pemikiran dan penyelidikan sosiologi. Banyak ciri masyarakat yang tidak dapat difahami boleh dijelaskan apabila dilihat dari segi fungsi mereka.  Perspektif ini telah membuat kita lebih peka terhadap berbagai-bagai fungsi fungsi penting yang menyumbang ke arah  kehidupan sosial yang berterusan.
Contohya Durkheim telah menerangkan kesignifikan upacara awam sebagai sesuatu yang boleh meningkatkan perpaduan sosial.Kepekaan dalam hubungan kepada elemen-elemen telah meningkatkan pemahaman perubahan sosial. Kesedaran bahawa perubahan dalam sesuatu bahagian masyarakat memberi kesan penting terhadap bahagian-bahagian yang lain dalam sesuatu sistem. Ini telah memperluas perspektif kita untuk memahami dengan lebih tepat mengapa sering inovasi lambat diterima serta mengapa perubahan yang diperkenalkan untuk mempengaruhi sesuatu tujuan tertentu itu sering kali memberi kesan yang berbeza dariapada apa yang diinginkan.

Ciri-ciri Fungsionalisme
            Media massa kini cukup pengaruh dalam mencorak dan mewarnai pandangan masyarakat kekuatan media massa adalah dalam menyebarkan maklumat demi pembangunan negara dan masyarakat. Tanpa media massa adalah sukar bagi mana-mana negara untuk membentuk masyarakatnya sebagai sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan. Begitulah hebatnya peranan media massa kini dalam revolusi maklumat apatah lagi dengan perkembangan pesat rangkaian telekomunikasi global dan ledakan teknologi maklumat.
Tugas dan tanggungjawab media yang utama perlu diutamakan adalah dengan menyediakan berita yang adil tetap, cepat dengan sikap professional, beretika dan bertanggungjawab. Memang tidak dinafikan bahawa peranan media banyak memberikan perkembangan atau banyak maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan hal-ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah berita luar negara.
Konsep asas fungsionalisme ialah masyarakat adalah satu sistem yang sangat komplek dengan pelbagai aktiviti yang saling berkaitan dimana bekerja bersama-sama dan memastikan ketertibaan, ada ketua dan pengikut untuk memastikan sistem tidak tergugat. Keharmonian dan susunan masyarakat akan berpecah belah apabila mereka berpecah sesama sendiri. Kalau tidak bersatu hati, ia akan meningkatkan ancaman pecah belah dalam masyarakat dan dalam situasi seperti ini seseorang individu itu perlu mempunyai perasaan untuk berada bersama dengan sesuatu yang lebih berkuasa dan sesuatu yang bergantung harap. Menurut Durkheim proses sosial untuk bertidakbalas kepada ketidakseimbangan dalam masyarakat dan mengekalkan sistem masyarakat adalah melalui perubahan dan pengadaptasian.
Fungsionalisme dan Media menyatakan masyarakat adalah satu sistem yang saling berkait, dalam satu organisasi yang mempunyai aktiviti tertentu. Masyarakat ini cenderung untuk membentuk sebuah negara yang mempunyai keseimbangan dinamik. Jika berlaku ketakharmonian kuasa akan digunakan untu membetulkan keadaan. Kesemua aktiviti yang bercorak tertentu berulang-ulang dalam masyarakat memberi sumbangan antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan negeri.Terdapat aktiviti yang bercorak tertentu dan berulang-uang dalam masyarakat adalah perlu untuk memastikan kewujudannya berterusan. Media massa dan proses komunikasi massa adalah satu bentuk aktiviti yang bercorak tertentu dan berulang-ulang dimana memberi sumbangan kestabilan masyarakat. Komunikasi massa boleh dilihat sebagai satu komponen struktur sosial dimana tanpanya masyarakat tidak boleh wujud. Walaubagaimanapun komunikasi masa boleh menjadi tidak berfungsi apabila ia mula mewujudkan ketakharmonian. Contohnya, ia mencetuskan satu sikap yang melencong daripada masyarakat itu.
Fakta sosial adalah satu konsep penting dalam pemikiran Durkheim. Ianya rupakan asas kepada cara Durkheim melihat dan cuba mengkaji masyarakat. Dalam kajian sains, perkara paling asas adalah pengukuran bahan-bahan tertentu yang berkaitan rapat dengan bahan asal yang hendak dikaji dengan tujuan untuk mencari hukum-hukum yang mengaitkan semua bahan-bahan tersebut. Mengikut pemikiran sains diatas, Durkheim cuba mencari bahan-bahan di dalam masyarakat yang telah diukur, dengan harapan bahawa terhadap bahan-bahan didalam masyarakat yang boleh diukur, dengan harapan bahawa penelitian terhadap bahan-bahan ini mampu menghasilkan hukum-hukum yang membolehkan kita menjangkakan bagaimana masyarakat akan bertindak pada masa akan datang.
Fakta sosial ditakrifkan sebagai satu cara bertindak, sama ada tetap atau tidak yang mempunyai satu sekatan luar; atau satu cara bertindak yang umum dalam sesuatu masyarakat, yang wujud dengan sendirinya iaitu bebas daripada menifestasi individunya. Menurut Durkheim, fakta sosial mempunyai empat ciri yang membezakannya dengan fakta bukan sosial. Ciri-ciri tersebut ialah fakta sosial merupakan sesuatu yang wujud di luar orang perseorangan. Fakta sosial juga mengenakan paksaan atau sekatan ke atas individu. Ia juga bersifat umum dan bebas daripada menifestasi atau melampaui menifestasi orang perseorangan. Durkheim mendesak bahawa fakta-fakta sosial mesti dianggap dalam kajian sebagai ’benda’. Desakan ini agak mengelirukan kerana ia seolah-olah membayangkan bahawa segala fakta sosial dan kuasa paksaannya boleh dilihat secara langsung. Adalah lebih mudah diterima kalau apa yang Durkheim maksudkan ialah fakta-fakta sosial dan kuasa paksaannya perlu dikaji secara objektif.
Pemikir-pemikir selepas beberapa dekat Perang Dunia kedua mula  mengenalpasti dan menggunakan  fungsi media. Lasswell menjelaskan tiga fungsi utama iaitu pengawasan rapi, korelasi dan tranmisi. Melalui fungsi pengawasan media memastikan masyarakat yang berlaku disekelilingi mereka dan mengenalpasti ancaman dan peluang. Fungsi kolerasi pula membawa individu dan bahagian yang berbeza dalam masyarakat bersama untuk memberi respon kepada peluang dan ancaman semasa proses penerangan dan penjelasan sesuatu kejadian. Tranmisi pula membenarkan warisan budaya dan sosial diwariskan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Malah media boleh menjadi agen sosialisasi.
Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi. Menurut teori ini, struktur –struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Terdapat tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuanya.
Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adptasi stuktur sosial kepada pembaharuan. Di samping itu proses evolusi juga akan melenyapkan segala apa yang ada pada struktur yang tidak lagi diperlukan oleh masyarakat. Oleh itu jelas bahawa teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggta-anggota masyarakat atau konsensus untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan. Maka kadang-kadang teori ini juga dipanggil sebagai teori konsensus. Maksud konsesus ialah manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-kebaikanya. Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus berterusan wujud supaya masyarakat dapat berjalan lancar.
Untuk melihat kesan stuktur sosial, Merton (1957) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara ialah sesuatu yang diketahui dan dihendaki dalam aktiviti sosial tertentu seperti tugas guru atau sekolah yang dirancangkan iaitu memberi pengajaran.Manakala fungsi tersembunyi ialah bermaksud tidak dirancang atau tidak disedari. Di mana pada waktu rehat murid tidak berkeliaran tetapi mereka dapat mengsisi masa itu dengan berfaedah. Sekiranya sesuatu hasil stuktur adalah merupakan apa yang dikehendaki an diiktiraf dalam sistem ia telah menjalankan fungsi ketara. Sebaliknya sekiranya hasil adalah sesuatu yang tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf maka jadilah ia fungsi tersembunyi.
Merton juga membuat perbezaan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud struktur sosial sesuatu masyarakat telah mengalami kesan positif hasil daripada kefungsian sistem. Disfungsi pula bermakna kesan negatif yang dialami oleh masyarakat akibat daripada sistem yang tidak berfungsi. Struktur yang dianggap berfungsi adalah yang mengekalkan apa yang sedia ada dan diharapkan dalam masyarakat manakala yang tidak mengikut kehendak masyarakat dianggap tidak berfungsi. Teori fungsionalisme menyatakan  bahawa masyarakat, pihak sekolah dan media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian serta evolusi dalam sesebuah masyarakat.
Wright 1960 menambah fungsi hiburan yang menyediakan individu dengan ketenangan, istirehat dan keseronokan menyebabkan manusia boleh meneruskan kehidupandan membantu dalam mengekalkan susunan sosial. Fungsi sosial yang lain juga telah diketengahkan seperti Lazarfiez (1948) membincangkan fungsi media dalam penganugerahan status dan penguatkuasaan norma-norma sosial. Manakala Mcqueail 2000 menumpukan perhatian kepada fungsi media massa untuk mempengaruhi manusia bagi turut serta dalam pembangunan dan perubahan sosial. Terdapat perbezaan segi sosialogi dan psikologidalam fungsionalisme. Sosialo memberi tumpuan kepada media dan sistem sosial. Psikoloi memberi tumpuan kepada fungsi media di dalam kehidupan seseorang individu.
Selain itu, sebab asas yang menyebabkan media massa menjadi pnting kepada perjalanan masyarakat moden adalah menikut dalil bahawa bila hubungan tidak formal yang merupakan ciri masyarakat bukan industri yang lebih tradisional semakin menurun, keperluan untuk maklumat yang tidak dipenuhi semakin meningkat. Untuk lanjutan dalil ini, seharusnya manusia begantung kepada salura-saluran media masa bila saluran-saluran tidak formal yang membawa maklumat kepada kumulan-kumpulan terdekat mula terganggu. Saluran-saluran tidak formal ini menjadi lebih sukar untuk dikekalkan bila masyarakat bergerak daripada kesatuan mekanikal kepada organik, daripada Gemeinschaft kepada sekutu (birokratik). Akibat daripada pergerakan seperti itu jurang perbezaan sosial meningkat, struktur masyarakat menjadi lebih kompleks, da manusia mempunyai kontrak yang semakin kurangdengan sistem sosial pada keseluruhannya. Dengan kata lain tanpa media, manusia dalam masyarakat moden tidak dapat diberitahu tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku diluar kedudukan mereka dalam struktur itu. Kesemua analisis tentang kompleksiti masyarakat yang semakin bertamabah meletakkan asas teoritis untuk membuat kesipulan bahawa media massa masyarakat moden memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.
Kelemahan teori fungsional secara keseluruhan ialah mereka menolak perubahan sosial yang menjejaskan kestabilan sistem sosial. Alasanya mahu ke arah peraturan sosial.Misalnya dalam masyarakat yang sedang membangun masih lagi terdapat golongan yang miskin, tercicir dan tidak mendapat kerjasama dengan kumpulan masyarakat yang kaya. Oleh itu masih wujud lagi jurang susun lapis dalam sesebuah masyarakat.

Pendekatan Fungsionalisme Dalam Politik

FUNGSIONALISME
Fungsionalism mempunyai banyak cabang. Selain mempunyai cabang dalam bidang sains sosial ia juga mempunyai cabang dalam bidang politik. Membincangkan teori fungsionalism dalam bidang politik ianya lebih berbentuk kerjasama dalam pertubuhan-pertubuhan tertentu seperti WTO, EU.
            Fungsionalisme sebenarnya adalah sebahagian daripada teori liberalism yang bermula apabila Eropah mengalami kekalahan dalam perang dunia kedua dan selepas dari itu Eropah mula ingin kembali ke zaman perimbangan kuasa. Perimbangan kuasa bermaksud tiada satu kuasa pun yang boleh menjadi kuasa yang paling kuat. Akibat daripada itu, timbul peningkatan dalam bidang teknologi seperti perindustrian, pegangkutan dan bidang reka cipta serta munculnya mesin faks, talefon dan mereka juga telah memikirkan sistem pos yang lebih efektif.
Pengangkutan pula telah muncul keretapi, kapal stim dan bidang kesihatan telah mula ada sistem bedah. Perdagangan pula berlaku dengan rancak kerana adanya banyak pelabuhan. Fungsionalism juga sebenarnya di sebut perintis dalam bidang globalisasi dan teknologi.
            “fungsionalist focus an comman interests and needs shared by states but also may non-state actors in a prosess of global integration triggered by the erosion of state sovereignty and the increasing weight of knowledge and hence of knowledge of scientist and experts in the process of policy-making” (David Mitrany 2000)
            Disebabkan proses modenisasi yang terlalu rancak, maka timbul beberapa persoalan seperti:
·          Sejauh manakah negara mampu menghadapi proses modenisasi?
·         Sejauh manakah mereka mampu menyediakan perkhidmatan yang diperlukan supaya sejajar dengan modenisasi.
·         Isu-isu high politik mengenai keselamatan, diplomasi dan persenjataan.
·         Isu-isu low politik mengenai kebajukan dan sisial – komunikasi dan pengakutan.

Oleh itu fungsionalisme telah membincangkan pertubuhan-pertubuhan khas yang boleh digunakan untuk fungsi-fungsi tertentu seperti pertubuhan agensi khas seperti WTO, pertubuhan kesihatan sedunia.
            Salah seorang yang membincangkan mengenai teori fungsionalism ini adalah David Mitrany pada tahun 50-an. Beliau telah membuat kajian mengenai perkembangan dan pertubuhan organisasi functional dan menurutnya pertubuhan ini berkembang dengan cepat semenjak revolusi industri disebabkan kegagalan golongan politik dalam menyediakan keperluan semasa.
            David Mitrany menyatakan golongan politik ada batasan dari segi pengetahuan dan golongan politik hanya menumpukan kepada isu high politics manakala low politics diabaikan oleh golongan politik. Maka disini timbullah  inisistif dari golongan profesional untuk memenuhi apa yang tidak dapat dipenuhi oleh golongan politik.
            David Mitrany juga berpendapat apabila satu organisasi khas ditubuhkan maka, secara outomatik organisasi khas yang lain akan mempunyai kaitan dengannya. Dan melalui kaitan itu maka akan tertubuhnya satu organisasi lain dan ia seperti satu proses chain-reactions. Proses ini juga dinamakan spill over.
            David Mitrany berpendapat dengan adanya organisasi khas dan penglibatan golongan profesional, ia akan menggalakkan kerjasama sekaligus meminimakan peperangan.

NEO FUNGSIONALISM
Dalam fungsionalism terdapat juga teori yang muncul selepas itu akibat daripada kritikan tertentu. Maka muncul neo-fungsionalism yang berpendapat pentingnya campur tangan golongan politik dalam pertubuhan.
            Ernest B. Haas dan Joseph Nye telah memberi satu tafsiran baru bahawa organisasi fungsionalism memerlukan 2 kumpulan iatu :
·         Golongan profesional yang menyediakan teknikal dari segi pengetahuan dan nasihat.
·         Golongan politik yang akan menyediakan kewangan.
Neo-fungsionalism beranggapan dengan terlibatnya golongan politik dalam pertubuhan akan membantu dari segi kewangan. Hal ini kerana hanya kerajaan sahaja yang mampu menyediakan wang yang banyak dalam satu-satu pertubuhan. Disamping itu kerajaan juga mampu menyediakan prasarana yang diperlukan seperti kapal, pesawat dan sebagainya.
Dengan adanya serba sedikit pengetahuan fungsionalism selain dalam bidang sains sosial, ini penting supaya kita dapat melihat fungsionalism dalam pelbagai bidang seperti politik.

Tokoh Fungsionalisme
Antara tokoh sarjana yang mendokong teori fungsionalis ialah seperti Emile Durkheim , Talcott Parsons, Robert Merton dan Jeffry Alexender. Emile Durkheim merupakan pendokong teori fungsional klasik, manakala yang lain pendokong teori struktural-fungsional moden. Pada asasnya para sarjana mementingkan soal kestabilan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat.

          I.    EMILE DURKHEIM (1858-1917)
Emile Durkheim, seorang berketurunan yahudi dilahirkan pada 15 April 1858 di Epinal, Perancis. Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas (founding fathers) ilmu sosiologi saintifik . antara karya yang terkenal ialah division of labour society (1893) , the rules of sociologikal method (1895), suicide (1897) dan elementary forms of religious life (1912). Beliau meninggal dunia pada 15 nov 1917.
Pada mulanya beliau teologi untuk menjadi pendeta Yahudi, kemudia beliau belajar kesusateraan Perancis di suatu Lycee di Paris.Pemikirannya sangat dipengaruhi oleh Auguste Comte, yang merupakan seorang sosiologi yang sangat mengimpikan pendekatan ilmiah dalam memahami fenomena sosial. Pada awalnya teori beliau bermula dari pemahaman bahawa kelompok manusia memiliki sifat yang lebih dari atau sama dengan jumlah dari sifat-sifat individual yang menyusun kelompok tersebut. fungsionalisma atau fungsionalisme struktur menjadi teras yang utama digunakan di Amerika Syarikat sepanjang tahun 1940-andan 1950-an dan menjadi teras utama dalam banyak hasil  kerja tentang komunikasi dan komunikasi massa.
 Teori Emile ini berawal dari pemahaman bahawa kelompok manusia memiliki sifat yang lebih dari atau sama dengan jumlah dari sifat-sifat individual yang menyusun kelompok tersebut. Ini bermakna bahawa sistem sosial yang seimbang adalah disebabkan adanya nilai-nilai yang dimiliki oleh seseorang individu seperti nilai moral dan agama, inilah yang mengikat individu dan  kelompok masyarakat. Rosaknya nilai-nilai ini bererti rosaklah keseimbangan sosial.
Emilie Durkheim merumuskan fungsionalisme sebagai satu perbandingan antara masyarakat dengan organisma biologi ataupun anggota badan. Untuk berfungsi, sesebuah masyarakat sama seperti badan manusia yang memerlukan beberapa keperluan yang harus dipertemukan. Analisis fungsional ini termasuklah mengenalpasti cara-cara supaya keperluan tadi dapat dipertemukan. Prinsip asas fungsionalisme pula ialah sesebuah masyarakat itu merupakan suatu sistem yang rumit yang bekerjasama dengan seimbang untuk memastikan susunan sosial dapat dikekalkan . namun begitu susunan sosial dan keharmonian akan terjejas apabila individu-individu dipisahkan antara satu sama lain.
Emilie Durkheim menekankan kepentingan komunikasi dalam proses mengekalkan dan mengubah semula masyarakat melalui persetujuan terhadap sesuatu isu atau tingkah laku dalam mengekalkan keseimbangan dalam masyarakat. Beliau percaya bahawa melalui pemerhatian ia adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk mengenalpasti sesuatu tindakan sama ada ’fungsional’ atau ’bukan fungsional’. Namun begitu terdapat juga kritikan terhadap sumbangan Emilie Durkheim dalam bidang media dan komunikasi yang telah diabaikan atau disalahtafsir.

        II.    Herbert Spencer
Teori ini sebenarnya berkait rapat dengan fungsi.Herbert Spencer telah melihat persamaan antara masyarakat dan organisma. Menurut beliau setiap organisasi mempunyai struktur iaitu terdiri daripada beberapa bahagian yang berkaitan seperti kepala, tangan jantung , kaki dan sebagainya. Setiap bahagian ini mempunyai struktur yang tersendiri dalam seluruh kehidupan organisma tersebut. melalui idea yang sama, Spencer berpendapat sesuatu masyarakat itu mempunyai ‘struktur’ dan masyarakat juga terdiri daripada bahagian-bahagian yang berkaitan seperti  keluarga, agama, negara dan sebagainya.

       III.    Malinowski dan Raclife-Brown
Dua versi teori fungsionalism dikembangkan sekitar tahun 1910 dan 1930: biocultrual (atau psikologikal) fungsionalism, pendekatan ini disokong oleh Malinowski, dan struktural- fungsionalism, pendekatan ini disokong oleh Racliffe-Brown.
Malinowski mengatakan bahawa individu mempunyai keperluan psikologikal dan bahawa institut sosial dapat memberikan keperluan ini. Ada juga keperluan budaya dan empat asas keperluan instrumental iaitu ekonomi, pendidikan, kontrol sosial dan organisasi politik yang memerlukan institut sosial. Setiap institut mempunyai keperibadian, karakter, undang-undang, aktiviti dan teknologi. Malinowski percaya bahawa respon psikologis berhubungan erat dengan keperluan psikologis.
Radcliffe-Brown memfokuskan kepada pada perhatiannya kepada struktur sosial. Beliau menyatakan bahawa sebuah masyarakat  adalah suatu sistem yang dapat menjaga hubungannya sendiri melalui suatu umpan balik cibernatik (cybernatic feedback), manakala institut adalah gabungan daripada pelbagai hubungan yang fungsinya adalah untuk menjaga masyarakat sebagai satu sistem. Mengikut Auguste Comte, Radcliffe-Brown percaya bahawa individu dapat digantikan.

Senarai Nama yang ikut menyumbang
1)    E.E. Evans-Pitchard (1909-1973) – Beliau belajar sejarah di Universiti Oxford dan antropologi di Universiti London. Beliau digelarkan sebagai most notable Britis anthropolog selepas Perang Dunia Ke 2.
2)    Sir Raymond Firth – Beliau ialah seorang sosial dan ekonomi antropologis. Ia mulai tertarik dengan antropologi semasa menyambung pelajaran menjadi post-graduate dan bekerja di London School of Economics.
3)    Meyer Fortes (1906-1983)
4)    Sir Edmund Leach (1910-1989)
5)    Lucy Mair (1901-1986)
6)    Bronislaw Manilowski (1884-1942) – Beliau disebut sebagai salah satu finding fathers of Britian social anthropology.
Bersama Radcliffe-Brown, beliau menghapus ideologi lama dan membuat pemikran baru dalam antropolodi Britian. Teori mereka mengangkat fungsionalism dan pada tahu 1920-1930, fungsionalism merupakan influen yang sangat besar.
Namun, Malinowskilah yang memberikan sumbangan paling besar. Ia menitikberatkan pentignya mempelajari kelakuan sosial dan hubungan sosial dalam konteks budaya.
7)    Emile Durkheim – Beliau adalah salah satu penemu stuktur fungsionalism. Ia memfokuskan kepada fakta sosial, struktur sosial, adat istiadat, dan nilai yang dikatakan ada pada eksternal individu. Beliau juga membuktikan bahawa ahli sosiologi amat penting dalam perkembangan struktur fungsionalism.

Reaksi daripada Teori Fungsionalism
Fungsionalism, sebagai paradigma baru,diperkenalkan sebagai tindak balas berbalik terhadap ideologi kuno. Kefahaman ini mencuba keluar daripada kefahaman yang mendominasi di Amerika dan Britian iaitu evolusi dan difusi.Pakar fungsionalism memperkenalkan pendekatan teoritikal dan metodological dengan tujuan untuk memeperluaskan sosio-budaya.

Konsep
Permulaan teori dari Malinowski melibatkan:
1)    Memahami kelakuan dalam hal motivasi pada individu (rasional dan tidak rasional) atau kelakuan religi.
2)    Mengenali hubungan pelbagai hal yang menyebabkan suatu budaya membentuk suatu sistem.
3)    Memahami sesuatu dengan mengidentifikasikan fungsinya pada operasi budaya itu.
Sebagaimana dikatakan dalam buku teksnya, The Scientific Theory of Culture and Othe Essays,
  1. Budaya adalah sangat penting kepada manusia dimana manusia diposisikan untuk menghadapi masalah dalam lingkungannya untuk memuaskan keperluannya.
  2. Budaya adalah sistem daripada objek, aktiviti, dan sikap dimana setiap bahagian memiliki akhir.
  3. Budaya merupakan bagian daripada pelbagai element yang saling bergantungan.
  4. Beberapa kegiatan, sikap dan objek tergabung dalam tugas penting dalam instituisi keluarga, masyarakat, suku, organisasi ekonomi, politik, legal dan kegiatan pendidikan.
  5. Dari pandangan ini, iaitu tergantung pada kegiatan, budaya dapat dianalisis ke dalam beberapa aspek seperti pendidikan, sosial kontrol, ekonomi, sistem pengetahuan, kepercayaan dan moral serta mode kreatif dan artistik ekspresi.



Kelemahan dan Kekuatan Fungsionalisme.
      I.    Kelemahan
            Kelemahan teori fungsionalisme ini ialah mereka menolak perubahan sosial yang menjejaskan kestabilan sistem sosial. Contohnya masyarakat yang sedang membangun masih lagi terdapat golongan yang miskin, tercicir dan tidak mendapat kerjasama dengan kumpulan masyarakat yang kaya, oleh itu masih wujud lagi jurang susun lapis dalam sesebuah masyarakat.
            Teori ini tidak mengambil kira aspek sejarah dan proses perubahan sosial. Teori ini hanya memandang kepada proses integrasi dan kestabilan tanpa mengambil kira proses konflik, perpecahan dan ketidakstabilan. Contohnya dapat dilihat daripada sistem ekonomi laissez-faire walaupun dikuasai oleh mekanisme pasaran namun pihak kerajaan masih campur tangan dan pihak tertentu untuk memperbetulkan keseimbangan pasaran.
             Sudut ini diabaikan oleh ahli fungsional.Walaupun teori ini mengutamakan kepentingan fungsi tetapi apa yang nyata ialah sesuatu yang fungsional kepada sesuatu masyarakat mungkin tidak fungsional kepada masyarakat lain contohnya, penghambaabdian do zaman Greek , purba. Jadi perspektif tidak mengambil kira kepentingan individu dan kehendaknya berbanding dengan kumpulan.
            Satu lagi kelemahan  ialah apabila sesuatu masyarakat menekankan tradisi kelas dalam masyarakat sebagai sesuatu yang berfungsi untuk kestabilan. Tetapi dalam sesetengah masyarakat, kelas sosial seseorang  itu ditetapkan semasa seseorang itu dilahirkan. Contohnya, kanak-kanak dari kelas bawahan akan cuba dikekalkan dalam kelas ibu bapa mereka termasuk kerjayanya. oleh itu, teori ini telah menjadi justifikasi untuk meneruskan sistem kelas sosial dalam masyarakat tersebut. walau bagaimanapun, teori fungsional ini telah banyak menyumbang ke arah   pemahaman masyarakat secara lebih terperinci. 
      Teori ini juga mempunyai kelemahan kerana  melihat keadaan sesuatu masyarakat secara statik iaitu hanya pada masa dan ketika itu sahaja.

    II.    Kekuatan/ Kejayaan
Secara umumnya teori ini sangat baik kerana ia memandang masyarakat keseluruhan dan mengenal pasti struktur, fungsi sesuatu bahagian dalam masyarakat dan juga gelagat mereka.
Pada tahun sekitar 1970an, teori fungsionalisme mulai menurun. Akan tetapi, sumbangan daripada teori ini tetap menjadi insiprasi kepada antroplogi hingga sekarang. Functional analysis memberikan nilai kepada institut sosial dengan cara mengganggap mereka aktif dalam sistem sosial.  Meskipun pendekatan Radcliffe-Brown dan Malinowski terhadap interpretasi fungsional berzeda, mereka berdua menyumbang untuk “perpindahan dugaan etologi, daripada kekuatiran dengan mereka yang terabaikan dalam kehidupan sosial”.

Kritikan
Fungsionalism mendominasi di Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-1960. Pada masa itu, kritikan pada teori ini meningkat sebagai hasil penurunan pada awal tahun 1970. Ahli teori lain mengkritik teori fungsionalism yang gagal membuat konsep yang cukup tentang kompleks semula jadi pelaku dan proses interaksi. Teori Marxist menentang teori fungsionalism dari segi kontravesi dan statis semula menjadi analisis yang menekankan sumbangan sosial fenomena untuk menstabilkan status.

Kesimpulan.
Fungsionalism, sebagai paradigma baru,diperkenalkan sebagai tindak balas berbalik terhadap ideologi kuno. Kefahaman ini mencuba keluar daripada kefahaman yang mendominasi di Amerika dan Britian iaitu evolusi dan difusi.
Pakar fungsionalism memperkenalkan pendekatan teoritikal dan metodologikal dengan tujuan untuk memperluaskan sosio-budaya.Jelas di sini bahawa teori ini mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi, kemudian menilai sejauh mana perjalanan sistem tersebut membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat. Idea fungsionalisme ialah masyarakat adalah berasaskan konsesus (manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-kebaikannya)



 sekadar berkongsi nota


3 comments: