isu semasa:AWAS!. PENCURI SEDANG MEMERHATIKAN ANDA.


Assalamualaikum dan salam semalaya


Dengarlah rintihan kalbu sahabat – sahabat aku ini.

“Aiseymannn!!! Laptop aku plak kena rembat,tabung syiling yang aku saving pun hilang,psp terbaik aku hilang!!!perghhh  sape plak yang berani masuk rumah aku ni…gggrrrrr”, hah ini ada ayat – ayat (bukan ayat – ayat cinta yeap) yang terjual dan terkeluar dari mulut housemate aku semasa mengetahui rumah kami diserbu pencuri.Itupun aku sudah tapis .Takut – takut ayat – ayat yang power tadi diselangi dengan puji – pujian untuk pencuri tersebut seperti **!@@#%$#%#%%# (faham-faham jelah) …cobaaann-cobaaan ..ini memang betul – betul cooobaaannnn…huhuhu.

Sebenarnya peristiwa pecah masuk yang berlaku di teratak mewah kami ini telah lama berlalu. Cuma sebayu sengaja menulis artikel ini. Janji blog sebayu macam dah terupdated lah sikit.hehehe.Gurau semata – mata.Jangan marah ye. Peristiwa hitam ala – ala kebiruan ini berlaku pada hari jumaat iaitu pada minggu umat Islam sedang bergembira menyambut Hari Raya Puasa.Kebetulan pula seluruh warga rumah kami pulang berhari raya di kampung masing – masing kecuali seorang hamba Allah yang bekerja di hari lebaran tersebut. Jadi,tinggallah dia keseorangan di teratak mewah kami ini ditemani laptop dan handset nya.Kira oklah tu..hehehe. Warga rumah kami ini pantang sebut cuti…laju jer semua balik kampung.Ada balik Pahang,Perak dan Kedah.Aku mestilah balik Perak…. Perak….im coming….!!!.

Maka bermulah cuti kami masing – masing di kampung. Hampir seminggu kami beraya di kampung. Kalau tak silap,hari khamis sebelum berlaku kecurian,roommate aku yang tak balik beraya di kampung mesej aku. Dia kata kalau nak balik nanti mesej dia sebab dia ada beli mangga baru.Dalam hati aku agak pelik sebab kami memang dah ada mangga.Kenapa pula si dia ni beli mangga baru?.Musykil ni.Tapi masa tu taklah nak syak apa – apa.Sebab si dia pun tak da pula nak bagitahu ada kecurian.

Nak dijadikan cerita,aku dan kawan perak aku pun baliklah ke rumah.Mula – mula sampai rumah,semua ok je.Tak da lah pula nak bising –bising. Dah lama sikit baru kawan serumah aku cerita pencuri masuk pecah rumah jumaat lepas.Astghafirullahulazim… aku tarik nafas jugalah… dengan pantas aku pergi tengok beg laptop aku. Beg laptop aku xda lah isi laptop sebab aku bawa balik laptop dengan beg galas lain.Cuma aku takut kalau – kalau pencuri tu dia fikir ada laptop dalam beg laptop.Yelah beg laptop tu aku kunci dengan mangga kecil.Dalam laptop tu segala degree,sijil – sijil berharga aku semua dalam beg laptop tu.Bayangkan kalau beg tu kena curi….. subhanAllah,mana aku nak cari balik dan print balik semua sijil tu… tapi Alhamdulillah,beg tu masih ada.Cuma roommate aku cakap,ada kesan dan cubaan untuk membuka beg laptop tu.Mungkin masa tu pencuri tu malas nak rembat beg aku.syukur sangat-sangat.

Malam tu kami berkumpul beramai –ramai untuk bermusyawarah. Perghhhh aku kagum pula dengan teknik yang diadaptasi pencuri ini. Pencuri ini sangatlah baik,seorang yang kemas dan cermat.Nak tahu sebab apa aku cakap macam tu dekat si pencuri ini.


Pertama.Si pencuri ini sangat menjaga kekemasan. Roomate aku ada sebuah laptop dan handset baru.Handset ni masih dalam kotak. Yang best ye…pencuri ni dia buka kotak handset tu dan ambil handset sahaja. Lepas dia ambil,pandai pula dia tutup kemas – kemas kotak tu. Nak difikirkan logiklah.Kalau betul dasar pencuri,mestilah dia dah rembat sekali dengan kotak tu.Tak perlulah kot nak ambil handset je.Kalau ambil kotak,bolehlah buat hadiah untuk si awek.Cuma beli pembalut jer…jimat kot.hehehe.

Kedua,si pencuri ni dia pergi pula bilik sahabat aku yang lain.Macam biasalah,dia ambil laptop (sebenarnya laptop tu dah rosak tapi time tu takkanlah dia nak test pula..hehe) dan PSP sahabat aku ni.Kat scent ni dia agak bengap dan kurang bernasib baiklah sebab laptop dan psp tu sebenarnya rosak..keh3.kelakar juga walapun seram sejuk je aku tengok member aku.Yelah muka semua tengah bengkek kot.he
.
Ketiga. Hah ni pandai pula si pencuri ni nak survive. Alang –alang dia dah angkut 2 laptop dan PSP, “oppss tak da beg lah”,ni tekaan aku jelah sebab dia xbawa beg. Nak tahu apa yang berlaku.Hah beg kuliah member aku yang tergantung comel di dinding….pun kena rembat da.Aku pun cakap dengan member aku “asal dia tak rembat tuala,tong sampah,tv buruk dan batang penyapu”,kalau jual dapat duit pe” …hehhehe.
Keempat.Yang ini aku sangat pelik dan menghairankan. Si pencuri ini macam dah ada kunci rumah aku.Bermula dengan kunci pintu kayu,kunci pintu besi dan kunci bilik.MANTAP BETUL!!!. Yang best juga,dia keluar rumah siap kunci pintu rumah lagi.Seolah olah tak ada apa-apa berlaku.

Kelima. Pencuri ini memang dah tahu masa kerja kawan aku yang tak balik cuti raya. Dia seolah olah dah tahu jadual kerja roommate aku ni.

Papepun,aku bersyukurlah sebab barang aku langsung tak dirembatnya (almaklumlah semua barang berharga aku memang selalu bawa balik kampung sekali).Cuma aku terkilan jugalah sebab roommate aku ni lambat nak buat police report.Lepas aku suruh,baru nak pergi.Tapi dah terlambatlah sebab dah berlaku lebih dari tiga hari dari hari kejadian.Tapi aku bersyukurlah takda kemalangan jiwa mahupun sesuatu yang memudaratkan kami. Ini semua dugaan untuk hamba-Nya.

Kesimpulannya,berhati – hatilah dengan orang persekitaran.Bukan kita nak memfitnah mahupun serkap jarang tetapi langkah berjaga –jaga perlu diambil berat.Umpamanya kita hendaklah memberitahu kepada jiran tetangga yang tidak pulang berhari raya di kampung agar melihat rumah kita,pastikan rumah dikunci dan jangan sesekali memberi kunci pendua kepada orang lain,kunci bilik sebaik mungkin,double-check sebelum keluar rumah sama ada rumah dikunci dengan betul atau tidak,sembunyikan barang berharga di tempat –tempat yang selamat atau mampu menggaburi penglihatan pencuri dan bagi yang beragama Islam,amalkan membaca surah 3 KUL bersama doa pendinding dan keselamatan rumah dan seisi keluarga.


sekian...

No comments:

Post a Comment