Assalamualaikum dan salam semalaya.
Sedar atau tidak kita sekarang telah memasuki kalendar baharu Islam iaitu 1433 Hijrah. Ternyata sambutan untuk Tahun Baharu Islam tidak diperhebahkan dalam Media secara besar - besaran berbanding sambutan untuk tahun baharu yang akan diadakan setiap 31 Disember . Rasionalnya, dimana keghairahan kita untuk menyambut Tahun Baharu Islam.
Jangan salah faham ye.Sebenarnya ayat di atas ini sengaja sebayu TULIS kerana sebayu senantiasa BERFIKIR SEJENAK mengapa apabila permulaan tahun baharu Islam iaitu Maal Hijrah tidak disambut secara terang - terangan mahupun besar - besaran. Sebayu bukanlah manusia yang dikatakan alim mahupun soleh tetapi terdetik di hati ini mahu juga memperluas pengetahuan mengenai sejarah Maal Hijrah.Selalunya kita akan mendengar ceramah mengenai Maal Hijrah di khutbah jumaat,tazkirah di masjid mahupun surau. Tetapi bagaimana pula golongan muda yang agak berat untuk menjejak kaki ke rumah Allah tersebut (Masjid dan surau). Justeru, bagi pendapat sebayu media elektronik dan media baharu perlu memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengetahuan,pemahaman dan sejarah mengenai Maal Hijrah. Contoh terbaik seperti stesen TV3 yang sering menggunakan medium dakwahnya melalui Jejak Rasul dan Al - Hidayah dalam mendidik dan mempertontonkan kepada golongan muda khususnya mengenai Maal Hijrah.Seharusnya stesen televisyen lain mencontohi stesen televisyen TV3. TAHNIAH TV3.
Bukan mahu menyalahkan mana - mana pihak cuma mahu bertanya. Kita bukan mahukan percikan bunga api mahupun lampu kelipan yang berkelip di tepi - tepi jalan. Tetapi persoalannya di mana program - program berunsurkan Islamik mahupun berkaitan tahun baharu ini diperluaskan dengan penggunaan medium media elektronik dan media cetak. Maksudnya disini, pendedahan mengenai Maal Hijrah 1433 tidak digembar gemburkan (kurang dibehebahan) sehebat sambutan sambutan Merdeka dan Sambutan Happy New Year atau Sambutan Tahun Baru. Alangkah BEST nye kalau sambutan Maal Hijrah disusun dengan atur cara majlis yang penuh gemilang dimana umat Islam di seluruh Malaysia boleh berkumpul bersama - sama mendengar atau diberi pendedahan mengenai kisah penghijrahan Nabi Muhammad saw dan bagaimana bermulanya kalendar Islam atau lebih tepat sejarah kalendar Islam.

Apa - apa pun kita sama sekali usah menuding jari untuk menyalahkan mana - mana pihak.Hal ini berikutan Islam tidak pernah mengajar kita untuk menyalahkan,menyusahkan,apatah lagi memfitnah sesiapa sahaja di dunia ini. Namun,sama - samalah kita memulakan dan mengaplikasikan cara hidup Islam dengan lebih praktikal dan istiqamah dengan harapan kita dirahmati Allah swt.
Sama - samalah kita membuka lebaran buku kehidupan baharu dalam kalendar Islam baharu ini dengan sama - sama memperbaik diri dengan cara hidup Islam. Semoga tahun baharu ini membawa lebaran buku baharu dan lebih baik daripada tahun - tahun sebelum ini.
Selamat Menyambut Tahun Baharu ,Salam Maal Hijrah 1433.
No comments:
Post a Comment