PERKOSAAN SECARA VISUAL

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm sebayu ada terbaca fasal info yang berbunyi perkosaan secara visual. Sebayu rasa memang patut sebayu kongsikan maklumat ini kerana ianya berkaitan maruah diri seseorang. Jom baca dan mohon share untuk kegunaan semua. Sebayu hanya kongsikan maklumat ini.Sekiranya berlaku kesalahan fakta mahupun info,mohon perbetulkan kembali.

Al maklumlah dunia sekarang penuh dengan muslihat. Pelbagai idea menarik dan kreatif telah disalahgunakan.Contoh terbaik ialah cermian dua penglihatan. Cermin ini selalu kita lihat dalam bilik siasatan polis.Namun,ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan kaedah/pemakaian cermin tersebut bagi tujuan tertentu.


PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
(PERKOSAAN VISUAL)

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahawa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Maka ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau Ibu anda.


Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)


 

No comments:

Post a Comment