Assalamualaikum dan salam
semalaya.
Kampung Oh Kampung. Siapalah yang
tak rindukan kampung…betul x? Tapi tak tahulah pula kalau yang tiada kampung…. Ataupun
yang pura-pura tiada kampung (almaklumlah kacang lupakan kulit). Itu pendirian
dan pendapat masing –masing.Bagi aku,kampung ialah tempat yang aku paling
suka.Penuh dengan kedamaian,jauh dari kesesakan lalu lintas,pencemaran dan
pelbagai.Tidak bermaksud aku nak terangkan bahawa Bandar bukanlah tempat
terbaik.Aku akui Bandar sekarang menjadi tempat aku mencari rezeki yang
halal.Cuma jauh dalam sudut hati aku,teringat kat kampung. Sebab tu aku kalau
boleh akan plan setiap bulan atau 2 bulan aku akan balik kampung walaupun cuti
2 hari. Bila balik kampung,tenang hati. Kerja-kerja yang berlambak di KL mudah
sahaja aku lupakan (melainkan perkara yang penting-penting sahaja).
Pagi di kampung,
Aku akan lepak di beranda
rumah aku.Takkan plak nak lepak kat beranda rumah orang lain plak.hehhehe.Termenung melihat keindahan ciptaan Allah swt.Alhamdulillah… syukur.
Udara yang sejuk,bunyi burung berkicauan,tengok burung berterbangan mencari
rezeki pagi.Teringat plak kata professor aku.Profesor aku sangat marah kalau
dengar ada student nya yang liat bangun pagi.Prof aku kata bangun pagi dapat
murahkan rezeki sebab rezeki datang pada waktu pagi. Tapi hakikatnya kalau time
student dahulu memang waktu pagi ni liatlah nak bangun.Beza dekat aku ialah aku
suksis.Nak atau tak nak,pukul 6pagi kena bangun dah.Kalau tak,panas je telinga
aku kena berleter dengan Tuan Ismail.hahhaa.
Pagi di kampung.
Selalunya mak aku
akan bancuh air dan goreng apa yang patut.Aku plak ikut keadaan.Selalunya aku
tak makan pagi….nanti sakit perut..aduiiii. Kalau aku bangun awal…maknanya
sebelum subuh atau sesudah subuh,aku akan dongak ke langit dan menghembus bak
macam gaya si perokok.Bukan apa,aku nak tengok asap (wap) keluar dari mulut aku….fuh
terasa macam duk oversea plak…hehhhe. Pas tu aku akan tengok kenderaan lalu lalang depan rumah aku.Rumah aku berhadapan jalan dan di seberang sana pula terdapat sawah padi atau bendang.Best.
Pagi di kampung,
Mak aku akan cakap “tak nak beli
nasi lemak ke kat kedai Sazali”… confirmlah aku nak..hehhee.Aku suka nasi lemak
kat kedai tu sebab sambal dan ikan bilis yang sedap…nyum3.
Pagi di Bandar,
Bangun pagi…itupun kalau
terbangun… solat subuh….pas tu..tengok keliling jap.Erm yang ada depan aku flat
– flat yang diterangi cahaya bilik.Boring.Pas tu tengok kawan – kawan….masing2
dalam bilik.Erm macam biasa…aku pun tito balik…kalau tak tito aku akan tengok
tv..layan MHI TV3.Kalau internet ok,aku surfing internet je.Baca paper.Cuma aku
agak ackward sikit kalau baca online paper.Aku nak hard copy….baru puas hati
nak baca semua..pendirian masing-masing.hhehehe.
Pagi di bandar.
Aduhai pagi tadi bising.Gaduh ntah apa ntah. Tempat aku kat sini memang crowded gila.Double parking plak tu.Ada sahaja yang akan membunyikan hon.Amaran supaya kereta dialihkan.Kasihan.Boleh dikatakan setiap kereta akan ada kesan geseran pada sisi kereta mereka.Terbaik.. Yang peliknya ada penduduk kat sini siap booking tempat kereta plak.So sesiapa yang baharu pindah ke sini macam mana? Mahu tak mahu kena parking nun diluar sana.Diseberang jalan plak tu..lagi satu terbaiiikkk.
Begitulah pagi-pagi
mendatang.Mungkin dah kahwin nanti lain plak.InsyaAllah.Semoga dipermudahkan
rezeki bagiku,keluargaku dan muslimin dan muslimin sekalian.
Walau bagaimanapun,setiap orang ada pandangan sendiri.Ini sekadar aku mencoret di blog usang aku ni sahaja.Sekadar meluahkan perasaan.Namun,aku tetap bersyukur sebab masih berkesempatan untuk hidup di bandar bagi mencari nafkah yang halal. Cuma nasihat aku,pandai-pandailah bawa diri.
No comments:
Post a Comment