PENGHINAAN ISLAM SECARA VISUAL

Assalamualaikum...

Salam semalaya. Erm video ni kemungkinan besar orang dah tonton.Cuma bagi mereka yang belum menonton,renung - renungkanlah terutama mereka yang bergelar "kaki games". Tak dinafikan suatu masa dahulu sebayu juga seorang yang kuat main game yang bervisual tinggi (sebab menarik dan mencabar).Apa yang baru keluar,sebayu beli je.Kalau tak beli, pinjam dekat kawan atau download sendiri.Ramai kot kawan kaki games. So,nasihat sebayu,be carefull dengan permainan video atau game yang kita nak main.Double triple check atau paling mudah baca dahulu komen daripada mereka yang telah bermain game tersebut.Sebab apa? Sebab ada yang concern fasal sensitiviti Islam ni. Golongan yang sangat sensitif dalam agama akan mengkaji dan mendedahkan matlamat musuh Islam dalam apa cara sekalipun mereka cuba gunakan dalam menentang Islam.Kita sepatutnya menyokong golongan yang berstatus "underground" kerana mereka cuba menyelamatkan Islam dari diperlekehkan oleh musuh Islam.Sebab apa sebayu kata mereka "underground".Sebab mereka membuat dan mendedahkan aktiviti musuh Islam tanpa dibiayai oleh badan-badan tertentu.Mereka buat secara ikhlas dan bertanggungjawab.Mereka tak rela agama Islam dipermainkan oleh masyarakat dunia apatah lagi seandainya umat Islam sendiri yang terkena.

Jadi,cara nak support geng underground sangat mudah.Kita sebarkan sahaja mesej mereka dalam apa jua sekalipun.Cuma berhati-hati.Ada juga video yang di edit atau direka oleh musuh Islam sendiri bagi membuatkan masyarakat Islam dunia keliru atau was-was.Dunia penuh pancaroba dan dugaan.

Sama-samalah kita berpesan-pesan meskipun jutaan kali kita mendengar perkara yang sama. Kerana orang yang mahukan keredhaan tidak pernah berputus asa.

Video di bawah ni merupakan salah satu video yang mendedahkan penghinaan Islam secara maya.


No comments:

Post a Comment