Hujan Rahmat

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Hujan oh hujan
mengapa engkau turun
macam mana aku tak turun
katak panggil aku

katak oh katak
mengapa panggil hujan
macam mana aku tak panggil hujan
ular nak makan aku

Hah lagu di atas kita selalu dengarkan.MENARIK.Tetapi hakikatnya tahukah anda mesej yang boleh kita kaitkan dengan lagu tersebut.Renung renungkan..(10 saat)

ll
ll
ll
ll
llllllllllll
vvv
vv
v





Perumpamaan untuk sikap manusia


HAH... sebab apa sebayu kata macam tu. Cuba dengar betul lagu tersebut rangkap demi rangkap.Perasan atau  tidak lagu tersebut cuba menyatakan sesuatu keadaan yang mana kita sering berdolak dalih atau bahasa mudahnya sering menyalahkan orang lain tanpa melihat kesilapan kita.Saling menuduh atau berkait dengan orang/perkara lain.

Samalah juga keadaan kita sekarang.Manusia senantiasa tidak berpuas hati dengan apa yang mereka kecapi.YEAP...akan ada yang cakap dengan perasaan "TIDAK BERPUAS HATI APA YANG DIMILIKI" kita akan lebih berusaha dan berjaya.Dari sudut positif,memang betul.Ttetapi terlalu mengejat juga kekadang kita terlupa perkara sebenar yang kita mahu tanpa memikirkan kesan negatifnya. Terserah pada pendapat masing-masing.Kita kena ingat,setiap perkara yang wujud di muka bumi ini ada baik dan buruknya.Kebaikan yang harus kita cari,keburukan harus dijauhi.


Berbalik pada lagu tadi.Seharusnya janganlah kita sering tuduh menuduhi sesama insan tanpa usul periksa. Tidak salah kita hanya mengesyaki namun perlulah berpada pada.

Nak cakap fasal hujan.Yeap sekarang musim hujan.Betul tak. Satu contoh terbaik.Bila musim hujan...wah bukan main marah dan mengeluh kita...Aiseyman...asyik hujan je...bila nak panas. Bila musim kemarau (panas),alahai panasnya.Rimas aku.Peluh pula tu.Alamatnya hitamlah kulit aku nanti...... So nampakkan keadaan atau realiti kehidupan ni.Asyik tidak berpuas hati sahaja.Samalah bonus kerajaan bagi.Kerajaan bagi bonus RM500 pun bising.Syukur diketepikan dahulu.Sebaliknya umpatan menjadi sasaran utama.Macam-macam dan fikir-fikirkanlah.

Maaflah kalau ada yang terasa.Sekadar pendapat persendirian.Macam penyiasat persendirian.


Sekian.

No comments:

Post a Comment