Assalamualaikum dan salam semalaya
Selamat pagi semua.Alhamdulillah puji pujian bagi Allah Maha Pencipta kerana masih memberi kita peluang untuk meneruskan hidup. Bangun je pagi kita dapat melihat,merasa dan tersenyum.He.Bersyukur kita masih hidup.
Erm jomlah kita ceria ceriakan sedikit pagi-pagi ini.Sebayu ada beberapa cerita lawak yang boleh dikongsi bersama.Koleksi cerita lawak yang sebayu nak post ni bukan rekaan sebayu ye.Sebayu pun "bedal" je dari koleksi cerita lawak yang sebayu ada.Cuma mahu berkongsi sahaja.Kalau dah baca,gelak tawa anda confirm biasa-biasa je.Tapi yang belum baca jangan nak gelak sangat.Takut-takut gelak tawa anda didengari oleh pontianak.hehhee.
Ok jom kita baca sama-sama.Untuk bacaan santai sahaja.Maaflah bahasa cerita lawak sememangnya lari dari hukum bahasa.
**********Just fun...**********
****lawak 1***
Kisah 3 pontianak
Maka tersebutlah kisah perihal 3
ekor pontianak. Memasing nak tunjuk siapa yang paling top meletop. Mereka pun mengadakan
sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi
kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat,
tak sampai 2 minit dah balik. Perghhh macam pelesit plak.Mukanya penuh
dengan lumuran darah, dan menyeramkan.Terus dia berkata : "korang nampak
kampung kat seberang bukit itu ?"Yang dua ekor pontianak tu ngangguk,
"Hah, nampak. "Satu kampung tuuuuu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Menyirap je darah dan angin kentut jugak dua ekor pontianak tu
dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu
pulak. Dia pun pergi selaju mungkin seperti ferrari membelah highway karak , tak sampai 1 minit dah balik, mukanya
juga penuh dengan cucuran darah."korang nampak Bandar tu ?", katanya
dengan muker yg kerek "hahah,nampak", yang dua ngangguk juga.
"Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",
Kata pontianak yg setengah abad
sambil ketawa seram," ha ha ha hah".Pontianak yang satunya lagi
tambah panas, dia pun nak show off jugak.Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat.
Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia
dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu
berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang
dia paling power". Sambil mengosok gosok hidungnya pontianak tu pun berkata
, "korang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata
yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak
nampak".
***lawak 2***
3 Sekawan
3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan
KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu
parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk
menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan
di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.
KURA :Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK :........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA :Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan
tu.
KATAK :Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik
melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA :Bagus jugak idea kau tu.
ULAT :Aku malas lah nak pergi beli.
KURA :Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok
jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju
nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT :Ok lah,aku pergi beli sekarang.
10 minit ... 30 minit
... 1 jam ... berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari
kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan
KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu
keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..
KURA :Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK :Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah
naik kering ni.
KURA :Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT :Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK :Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT :Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT
!!!
***lawak 3***
untuk bacaan gurauan/jenaka sahaja.Jangan ambil hati ye..
sekian.
***lawak 3***
Bertuah punyer Boboi!
Ada seorang budak kecik, Boboi
namanya umur dlm 4 thn.
Dia nih memang gemar sangat
kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi
fun-fair ke,supermarket ke, mana-manalah jelah tempat yang ramai orang, kalau
dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia..."mak..boboi nak
kencing!!!".Maka mak dia pun mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab
maknya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang.
Maka mak bobi pun kata kat Boboi, "Boboi..lain kali kalau Boboi nak
kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham. Nak
dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam
dengan neneknya.
Masa tuh dah agak malam, nenek
pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi.Budak boboi nih
bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya...
"Nenek...Boboi nak
nyanyi!!". Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti
orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!", terang nenek. Si boboi
terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah..."Um..yerlah..boboi.boboi
nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."
mesti korang bleh agak apa yg berlaku
seterusnya kan.. hihihihi
untuk bacaan gurauan/jenaka sahaja.Jangan ambil hati ye..
sekian.
No comments:
Post a Comment