Assalamualaikum dan salam semalaya.
Segmen kali ini saya mahu menceritakan sedikit mengenai ciri-ciri Global Champion.Global Champion atau jaguh dunia merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Setiap umat Islam harus memiliki keperibadian yang soleh dan solehah, baik,sopan santun,dan mempunyai wawasan dan perkara-perkara positif yang lain. Seharusnya pegangan amar makruh nahi mungkar harus disemat dalam sanubari setiap muslimin dan muslimat agar kita menjadi hamba yang bertakwa,masyarakat yang Berjaya di dunia dan akhirat. Di bawah ini saya kongsi bersama mengenai ciri-ciri jaguh dunia yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, dalam bukunya Tip-tip cemerlang daripada Al-Quran.Sama- samalah kita menghayatinya.
Ciri-ciri Global Champion
Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada umat Islam untuk menjadi Jaguh Global atau Global Champion ialah:
I. Produk yang istimewa.
Produk Islam adalah ajaran dan sistem hidupnya yang tidak ada tolok bandingnya. Agama Islam merupakan agama yang sempurna. Lancelot Lawton, di dalam The Sphere, berkata, “ Agama Muhammad, saya terpaksa mengakui, adalah lebih sesuai bagi Afrika daripada agama Kristian. Malah ia mungkin juga lebih sesuai bagi dunia keseluruhannya.”
II. Berfikir Seperti Pemimpin.
Berfikir seperti pemimpin, bukan pengikut. Hal ini memang ditekankan oleh Al Quran. Justeru, Tuhan menyuruh umat Islam berdoa dengan sebuah doa yang terdapat dalam surah al-furqan ayat 74 yang bermaksud, “Dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertaqwa.” ‘Imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertaqwa’ bermaksud pemimpin yang berkualiti tinggi.
III. Perkongsian Nilai.
Nilai bersama yang utama yang Islam tekankan adalah Amanah. Imam Alusi berkata, “Amanah adalah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan,perkataan ataupun kepercayaan.”
IV. Memberi Fokus Kepada Inovasi, kajian dan pembangunan.
Berhubung dengan ini, Rasulullah berkata, “kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim. Di samping itu, umat Islam disuruh mencontohi Zulkarnain kerana beliau tidak menguasai dunia secara semberono sebaliknya berdasarkan perancangan yang rapi. Apabila menceritakan berkenaan Zulkarnain,kalimat yang diulang-ulangi sebanyak tiga kali dalam surah al-kahfi adalah faatba’a sababa yang bermaksud , (Zulkarnain) telah menggunakan pendekatan atau jalan yang pelbagai (bagi mencapai matlamat).’ Ini menunjukkan Zulkarnain adalah individu yang inovatif.
V. Mementingkan Kualiti
Dalam surah al – mulk ayat 2, Tuhan menyatakan, “ Dialah (Tuhan) yang menjadikan kematian dan kehidupan supaya Dia menguji siapakah antaramu yang lebih ihsan (baik) amalannya.”
VI. Tidak bersifat Inferior atau rendah diri.
Tuhan menyatakan dalam surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud, “Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah berdukacita kerana kamu adalah golongan yang tinggi jika kamu beriman.
VII. Mampu bekerjasama.
Dalam surah al- Maidah ayat 2, Tuhan menyatakan, “ Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.”
No comments:
Post a Comment