|
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/index_html?idg=Piala_Suzuki |
Assalamualaikum dan salam semalaya.erm hari ni confirm semua orang berdebar-debar nak melihat pasukan bola sepak Negara kita turun untuk beraksi dalam pusingan pertama Piala Suzuki.Saya pun tak sabar-sabar nak tengok.Tapi televisyen pula buat hal.Tapi tidak mengapa,alternative lain saya dan housemate turun kedai mamak dekat pantai dalam yang terindah ni…hehehe.makan sambil menonton..wah suka-suka.Tengok ramai-ramai baru ada feel.dalam hati ni,nak sahaja pergi stadium bukit jalil.bukannya jauh pun.ikut highway MEX erm tak sampai beberapa minit,insyaAllah sampai.
Hari ini buka berita harian online.banyak isu-isu yang bermain di dada akhbar sekarang. Pelbagai isu termasuklah politik yang senantiasa bermain-main di fikiran rakyat Malaysia.
Cuba lihat gambar-gambar di atas.Seronokkan.Saya suka melihat Yang Amat Berhormat,
Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek dan Timbalannya Datuk Razali Ibrahim duduk bersama penyokong fanatic Malaysia bergembira seketika apabila menyaksikan pasukan Malaysia beraksi di atas padang bola. Bukankah itu perkara yang ingin kita lihat bersama.Ahli politik ,pemimpin Negara dan penyokong duduk dan berkumpul bersama. Hari ini kita tinggalkan sebentar berkenaan isu politik.Jom kita bermain dengan isu bola sepak pula.
|
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/index_html?idg=Piala_Suzuki |
Pada pendapat saya,bola sepak merupakan satu permainan yang mempunyai impak yang besar dan sangat berpengaruh. Walaupun pengaruhnya hanya datang sekiranya melibatkan perlawanan yang besar,namun ianya tetap membawa impak pada sesebuah Negara.Contohnya,sekiranya dalam satu sukan bertaraf dunia,Negara A menang majority dalam kesemua pertandingan yang dipertandingkan,namun nilai kemenangan tersebut akan tercalar sekiranya pasukan Bola Sepak Negara A kalah kepada pasukan Negara lain.HEBATKAN.
Impak yang paling besar ialah Bola Sepak boleh mencetuskan fenomena yang baik dan positif.Positifnya seperti yang saya gambarkan secara ringkas di atas.Namun,yang negatifnya amat mendukacitakan.Kekalahan bola sepak menyebabkan pasukan fanatic bertindak di luar kawalan.Saya memahami perasaan mereka apabila pasukan kesayangan mereka kecundang di tangan melawan.Kita sepatutnya melihat dan mengkaji apa yang berlaku,apa kemampuan dan keupayaan pasukan kita dalam menandatangani pasukan lawan,rekod perlawanan kita.Pasukan yang dibarisi oleh pemain manusia bukanlah seperti perlawanan permainan computer seperti PES 2011 DAN FIFA 2011 yang boleh diedit begitu sahaja.Tetapi pemain bola sepak Malaysia mampu di “edit” sekiranya kita menyokong mereka dan bukan kita mem “boo” mereka.
Kita harus menyokong.Malaysia Boleh. Katakan “YES”,MALAYSIA CAN DO IT”. Biarlah negara jiran atau negara berkaitan mengutuk prestasi bola sepak kita.Bukan menyebar fitnah tetapi Saya terkejut melihat blog atau facebook bola sepak Negara.Yang memberi komen bukan rakyat Malaysia tetapi rakyat jiran.Perkataan “Malaysiajink,anjing dan pelbagai hinaan lagi .Tapi ingat,kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun,beragama Islam,dan mempunyai maruah janganlah sesekali membalas dengan kutukan-kutukan yang tidak membina tersebut.Biarlah mereka.Kita berdoa agar Allah sahaja yang membalasnya.
Erm apa-apa pun,hari ini mari kita sama-sama turun menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia. “GO MALAYSIA GO!”. Mari kita sama-sama berdoa untuk pasukan bola sepak kita.Rata-rata mereka masih mudah.Mana tahu,mereka ini akan membanggakan kita pada tahun ini dalam menjulang Piala Suzuki FF 2011..
Marilah kita menyokong pasukan negara kita.Menang atau kalah adat perlawanan.Pemain bola sepak pun sebenarnya inginkan kemenangan.Kita sebagai penyokong harus memberi mereka (pemain bola sepak negara) dengan kekuatan semangat bola sepak kita.Bila kekuatan penyokong bergabung dengan kekuatan pemain,insyaAllah akan menghasilkan sesuatu yang hebat.amin..Teruskan memberi sokongan.
JOM SAKSIKAN PERLAWANAN MALAYSIA HARI INI.
petikan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja.
No comments:
Post a Comment