TAHUKAH ANDA SENYUMAN ANDA SANGAT BERKUASA???
Kita selalu tersenyum apabila melihat atau melahirkan perasaan gembira. Betul atau tidak? Mustahil untuk kita tersenyum apabila melihat sesuatu kesedihan atau keburukan. Kalau ada orang macam tu, erm orang tu betul ke tidak??? Entahlah.
Melalui senyuman, secara amnya kita dapat menafsir atau membuat hipotesis awal bahawa orang yang tersenyum tu dalam keadaan atau hati yang tenang, gembira,puas hati,dan pelbagai lagi perkara yang membawa kepada terukirnya senyuman.
Teringat pula saya akan lagu ini… cuba anda baca dan cuba teka lagu ini anda pernah dengar atau tidak???
Senyum
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...
Hah,agak-agak dapat tangkap tak lagu apa ini…. Erm betul.Anda memang hebat. Saya beri anda 3 bintang.TAHNIAH…heheh. Lagu ini sangat popular awal 90-an kalau tidak silap sayalah .Lagu ini merupakan lagu tema untuk kempen Senyum (kalau saya salah maafkan saya).
Saya sebenarnya cukup tertarik kepada sesiapa yang suka tersenyum.Saya suka sangat melihat orang tersenyum.Tak kisahlah lelaki atau wanita. Erm kalau kambing ada senyuman pun saya suka (agaknya sebab tu ada peribahasa senyum kambing…hehhe). Kan baik kalau kita amalkan sikap suka senyum. Tak salahkan kalau niat kita baik. Even dalam Islam sendiri meletakkan senyum itu merupakan sedekah.Hah power tak power senyuman seseorangkan. Diiktiraf dalam Islam.
Banyak manfaat yang dapat kita peroleh atau aplikasikan senyuman dalam kehidupan. Contohnya, salesman mestilah terdiri daripada mereka yang petah bercakap. Namun tak lengkap kalau salesman tersebut tidak mengukir senyuman ikhlas ketika bercakap dengan pelanggan mereka.
Dengan senyuman juga kita dapat memberi sedikit exercise kepada wajah kita. Betul atau tidak, senyuman mampu memberi wajah awet muda kepada kita.
Tapi, ada juga manusia yang tak suka senyum. Kadang-kadang bukan sebab dia tak nak senyum.Cuma dia dalam bahasa mudahnya “ tak biasa nak senyum”.Jadi bila kita biasa tak senyum, maka agak sukarlah untuk melatih diri kita untuk senyum. Saya percaya bahawa orang yang suka tersenyum atau member senyuman (niat baik) merupakan mereka yang terdiri daripada golongan yang ramah mesra (peramah).
Tapi AWAS. Dengan senyuman juga boleh membawa kita ke maksiat dan mengundang kita menjadi ahli neraka. Kadang-kadang, manusia atau sesetengah orang menggunakan soft skill (senyum) untuk memerangkap mangsa. Yelah, dengan sekali senyum je, lelaki boleh cair kalau tidak kuat iman atau pegangan agama (betul atau tidak bergantung kepada individu). Saya Cuma memberi tafsiran sahaja ye.
p/s : Erm tapi janganlah anda tersenyum seorang diri pula. Yang tu kalau berlaku saya malas nak komen. Maybe dia terlebih senyum kot dalam seharian.hehehe.gurau je. Yang penting, dengan senyuman kita menzahirkan perwatakan dalaman atau diri yang baik dan orang sekeliling pun akan suka dan senang melihat kita.InsyaAllah.Amin.
Yang penting:
Kurangkan MANIS dalam minuman,
Tambahkan MANIS dalam senyuman
Sekian.
No comments:
Post a Comment