Persoalan Agama: Kehidupan lebih terarah jika pandai kawal akal, pemikiran
Bersama Ustaz Zaharzan Mohamed
2010/12/05
SoalanUSTAZ, saya ingin meminta pandangan dan petua bagaimana cara terbaik untuk meningkatkan cara berfikir dan mencerdaskan minda menurut Islam.
Jawapan:
Dalam bahasa Arab, aql (akal) maksudnya daya fikiran atau pemikiran. Al-Quran selalu menyebut peranan dan kepentingan akal yang mempunyai potensi tertinggi dikurniakan oleh Allah SWT kepada makhluknya yang bergelar manusia.
Dengan kekuatan akal, manusia mempunyai daya berfikir yang mempunyai tujuan untuk mengetahui, memahami, memecahkan persoalan, bertindak dan sebagainya.
Akal adalah satu-satunya jurang yang membezakan di antara manusia dan haiwan. Namun secara harfiyah, kata dasar aql itu sendiri dalam bahasa Arab adalah ‘aqala’ yang bererti mengikat sesuatu.
Mungkin anda pernah melihat pakaian tradisional masyarakat Arab yang mana kaum lelaki sering menggunakan iqal atau penyepit kepala yang bentuknya melingkari bahagian dahi.
Perkataan aql juga secara tidak langsung berkaitan dengan makna mengikat sesuatu di dalam benak. Justeru, pada dasarnya, ia membawa maksud peranan akal berkait dengan mengikat pemikiran anda kepada perkara yang sedang dilakukan ketika itu.
Dalam hal ini, daya pemikiran memberitahu bahawa ketika anda berfikir, anda sedang menarik atau mengikat apa yang anda fikirkan ke dalam otak pada saat itu.
Hal ini menunjukkan bahawa ketika anda berfikir mengenai kerusi, contohnya, maka anda sedang menarik dan membayangkan gambaran objek berkenaan ke dalam fikiran anda.
Demikian juga ketika anda berfikir persoalan mengenai Tuhan, kejayaan, kegagalan, keamanan, ketakutan, wang, kemiskinan dan sebagainya. Sebenarnya anda sedang mengikat atau menarik semua perkara yang anda fikirkan dalam fikiran anda.
Penjelasan daya tarikan terbukti selaras dengan pesanan al-Quran. Selain itu, saat al-Quran menjelaskan mengenai peranan akal pada fasa pembuka di atas, ia juga menghurai mengenai fenomena saintifik seperti pertukaran siang dan malam, keadaan sebelum dan sesudah air hujan turun dari langit, tumbuhan yang mati lalu hidup kembali akibat turunnya hujan dan terakhir mengenai putaran angin.
Semua itu menunjukkan adanya putaran kehidupan dan daya ikatan atau percantuman antara peristiwa lainnya di alam ini. Setiap peristiwa di alam ini saling mempengaruhi di antara satu dengan yang lain.
Antara contoh lain yang dapat dilihat ialah sayap kupu-kupu di belantara Amazon dikatakan dapat mempengaruhi taufan di Jepun.
Segala kejadian ada musababnya. Untuk itu, sandarkan fikiran anda pada panduan pemikiran itu kepada panduan kehidupan anda. Jika anda berfikir mengenai hal yang baik, maka pengaruh baik akan datang dalam kehidupan anda. Begitu juga sebaliknya.
Mulai saat ini berfikirlah mengikut panduan kehidupan anda. Jangan menangguhkannya walaupun satu saat. Lakukannya sekarang juga. Wallahua'lam.
sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PersoalanAgama_Kehidupanlebihterarahjikapandaikawalakal_pemikiran/Article
ustaz..saya ingin meminta tolong bagaimana caranya untuk menarik semula minat kepada islam kerana saya mempunyai sahabat yang beragama islam tapi dia tidak mengerjakan yang sepatutnya sebagai seorang individu islam..saya takut sahabat saya tadi menjadi golongan yang munafik atau fasik...ustaz tolonlah bantu saya...terima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya saudara baru. Saya ada satu kemusykilan. Betulkah jika sekiranya seorang isteri itu mengadu kepada mahkamah Syariah yg dia telah merana dengan suaminya dan sudah tak sudi hendak jaga makan minumnya lagi, maka sudah jatuh talaknya walaupun sisuami tidah lafazkan talak terhadap isterinya itu?
ReplyDelete