media : Fungsionalisme
Mukadimah
Teori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri.
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.Teori fungsionalisme ini juga lebih menekankan kepentingan persefahaman dan kestabilan masyarakat. Mengikut pemikiran ahli fungsionalisme, kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial.
Perspektif teori ini juga melihat masyarakat sebagai keseluruhan atau sistem sosial yang berpadu ,harmoni dan bertalian yang mana semua berfungsi dengan unggul untuk mengekalkan keseimbangan persetujuan dan susunan sosial
Teori ini mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi, kemudian menilai sejauh mana perjalanan sistem tersebut membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat. Idea fungsionalisme ialah masyarakat adalah berasaskan konsesus (manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-kebaikannya).
Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus yang berterusan wujud supaya masyarakat dapat berjalan dengan lancar.Perspektif teori ini yang melihat masyarakat sebagai keseluruhan atau sistem sosial yang berpadu,harmoni dan bertalian, yang mana semua berfungsi dengan unggul untuk mengekalkan keseimbangan,persetujuan dan susunan sosial .
Agak sama dengan organisma atau badan , masyarakat dianalisis dari segi bahagian sebahagian mereka,atau subsistem yang mana semuanya mesti berfungsi dengan cekap jika kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan organisma atau masyarakat hendak dikekalkan . Dengan demikian perspektif ahli fungsionalisme tentang sebarang ciri masyarakat atau kumpulan akan mempersoalkan fungsi utama yang dijalankan oleh ciri tersebut bagi keseluruhan sosial. Misalnya apakah fungsi bahasa ,sistem media massa dan sebagainya.
Fungsionalisme dikatakan untuk menerangkan institusi dan kehidupan sosial dalam memenuhi keperluan masyarakat dan individu. Sebagai institusi media keperluan dianggap hanya sesuai dengan kesinambungan, berurutan,penyatuan,dorongan,bimbingan,sosialisasi,penyesuaian contohnya masyarakat dilihat sebagai satu sistem yang bekerjasama dimana media massa sebagai satu.
Teori ini juga dikenali sebagai teori structural-functional ataupun social system theory. Istilah struktur dan fungsi ialah dua konsep yang berasingan tapi berkait rapat. Struktur boleh dibandingkan dengan bahagian atau organ badan binatang ataupun manusia dan fungsi tadi disamakan pula dengan fungsi yang dimainkan oleh struktur tadi atau organ-organ dalam badan tadi. Contohnya. Bahagian perut merupakan satu struktur dan bertugas sebagi menghadam makanan. Begitu juga pusat keselamatan atau pusat kesihatan merupakan struktur sosial dalam masyarakat yang berfungsi menjaga kesihatan dan keselamatan negara. Seperti satu struktur biologi, struktur sistem social atau masyarakat itu mengandungi banyak bahagian struktur yang berkaitan atau berhubungan antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, teori fungsional banyak dipengaruhi oleh bidang biologi. Ini berdasarkan persamaan antara organisma sosial maka masyarakat seperti seperti organisma biologi, merupakan satu sistem yang bersifat integrasi atau satu penyatuan fungsional dalam erti kata bahawa hubungan antara bahagian-bahagiannya berada dalam keadaan harmoni.Fungsi setiap individu adalah untuk mengekalkan keadaan harmoni tersebut. setiap struktur atau bahagian dalam masyarakat itu mempunyai fungsi yang khusus dan perlu bagi melicinkan perjalanan system social. oleh itu, system social menjadi stabil.



















