keputusan peperiksaan PTD 16 julai 2011

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm tentu anda salah seorang daripada ribuan calon yang menghadiri peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 16 Julai 2011. Erm hari ini sebayu ada membuat semakan pada laman web rasmi SPA. Terpapar mengenai keputusan Peperiksaan Tersebut.. dan hasilnya seperti berikut :

jeng...jeng...jeng...




MAKLUMAN
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 16 Julai 2011 ditangguhkan pengumumannya pada 23 September 2011

heheh... so harap bersabar.banyakkan doa agar terpilih atau lulus dalam peperiksaan tersebut. Sebarkan pada rakan anda.


sekian... wassalam

love .UM. xoxo

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm agaknya sudah lama sebayu tidak meng "update" blog rakan semalaya ni. Al maklumlah banyak komitmen lain yang perlu diberi perhatian. Lagi pun tujuan sebayu menulis atau membina blog rakansemalaya ini pun bertujuan santai sahaja.Sebabnya sebayu bukanlah penulis yang aktif dalam sebarang penulisan..


Sekarang sebayu sedang bercuti di kampung.Alhamdulillah, baru - baru ni adik sebayu telah menerima tawaran daripada UUM,Sintok,Kedah. Melihat akan kesibukan dia dalam melangkah ke menara gading, teringat pila zaman universiti sebayu dahulu...yelah semasa di universiti sebayu bolehlah dikatakan aktif dalam melibatkan diri dalam persatuan dan badan beruniform (SUKSIS). Banyak kenangan yang mampu dikutip semasa era universiti dahulu.Tak kiralah pengalaman suka atau duka tapi kalau dikenang balik memang satu pengalaman yang tidak dapat kita peroleh atau dicerita.Hanya gambar dan laman sosial seperti facebook sahaja yang menjadi medium dalam meneruskan persahabatan tersebut.Nak jumpa memang susahlah sebab masing - masing berlainan negeri dan tempat.Tidak lupa juga kepada kekawan yang sesudah belajar kembali ke Indonesia.

Semalam,sesudah solat subuh sebayu buka laptop.Ada software video yang sebayu tak pernah guna.So,sebayu ambil kesempatan mencubanya.Hasilnya =bolehlah sebab proses nak buat video ni pun sekejap sahaja.Lebih kurang 2 jam lebih.Software ni pun macam xngam je dengan window 7.Asyik hang je.Software ni  pun biasa sahaja.macam video movie maker. 

Dekat sini, sebayu share kan video tersebut.
video




sekian...terima kasih. Selamat Berpuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.