GRADUAN:pengambilan pelatih bagi Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) - TNB

Assalamualaikum dan salam semalaya

Macam biasa sebayu akan kongsikan bersama iklan mengenai kerjaya. JOM SERTAI MEREKA.

PEMILIHAN TERBUKA:

Sekiranya anda MEMENUHI KRITERIA yang kami cari dan berminat untuk menyertai program tersebut sila hadir pada ketetapan dibawah.
INTRO
TNB adalah syarikat utiliti bekalan elektrik terbesar di negara ini akan melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia.TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB.
Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya. Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB.

SASARAN

Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA):

• Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
• Kejuruteraan Awam
• Sains Komputer
• Kejuruteraan Komputer
• Teknologi Maklumat
• Undang-undang
• Sumber Manusia / Pengurusan Perniagaan

SYARAT TAMBAHAN:
• PNGK: 2.50 hingga 2.99
• SPM/SPMV - kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
• umur tidak melebihi 28 tahun.
• sanggup dilatih di mana-mana unit TNB seluruh negara.
• graduan ijazah dari dalam dan luar negara dengan CGPA 2.5 dan keatas yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat; dan
• graduan yang bekerja tetapi pekerjaan nya tidak setaraf dengan kelulusan (under employed)

PUSAT PEMILIHAN:
• Tarikh: 29 Oktober, 2011 (Sabtu)
• Masa: 9.00pagi - 4.00petang
• Tempat: Pusat JobsMalaysia, Tingkat Bawah, Blok 3440, Bangunan EB 1, Jalan Teknokrat 3,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

LAIN-LAIN:
• Program latihan akan bermula bulan November 2011 dan Januari 2012
• Elaun bulanan RM1,000.00 akan diberikan sepanjang tempoh latihan.
• Makan dan penginapan tidak disediakan kecuali bagi latihan dalam kuliah.
• Cuti tahunan sehingga 12 hari setahun.
• Perlindungan insuran nyawa sepanjang tempoh latihan.
• Tuntutan perubatan pesakit luar sehingga RM360.00 setahun.


PERHATIAN!!!: SILA BAWA BERSAMA SALINAN RESUME
SERTA SIJIL-SIJIL (ASLI DAN SALINAN) BERKAITAN


Untuk makluman lanjut,sila layari laman sesawang  jobmalaysia

ALERT:SENARAI NAMA YANG LAYAK UNTUK DITEMUDUGA LHDN

 Assalamulaikum dan salam semalaya.

Pengumuman,sesiapa yang pernah memohon perjawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri ,sila semak nama anda.manalah tahu tersenarai dalam perjawatanan tersebut. Tahniah pada mereka yang berjaya.Sebarkan pada rakan anda.

Peluang Kerjaya Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Senarai Calon Yang Layak Untuk Temuduga bagi Jawatan: - lihat pada laman web hasil.

Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 Kontrak - Semenanjung Malaysia
Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 Kontrak - Sarawak
Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 Kontrak - Sabah
Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 Kontrak - Johor
Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41
Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41
Senarai Calon Berjaya Untuk Lantikan (sila ke laman web hasil.gov.my)
Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31 Sabah & Sarawak
Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21 

Masuk Islam

 Assalamualaikum dan salam semalaya.


KOMANDAN & 37 PRAJURIT PENGAMAN MASUK ISLAM: Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut.

Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.

Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan2 solat tersebut, mereka merasakan perasaan yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : "Aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam".

Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka - juga untuk memeluk Islam.

Subhanallah..!!
Walhamdulillah..!!
Allahu Akbar...!!


moral: sebagai ramai manusia kini menyedari hakikat kebenaran agama yang sebenar iaitu ISLAM.bersyukurlah dengan nikmat paling besar iaitu kita lahir dalam beragama Islam. Jangan nama sahaja Islam tetapi cara hidup dan budaya luar sama sekali atau jauh daripada ajaran Islam.-pesanan untuk sebayu juga sebenarnya.

football:Ronaldo best among the best kicker.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Kali ini sebayu nak kongsikan bersama antara pemain bola sepak yang sebayu minat iaitu christiano ronaldo. Walaupun ronaldo ni boleh dikatakan player yang gemar membanggakan diri dan sombong,tapi free kick yang selalu melonjakkan nama dia menyebabkan sebayu suka melihat cara dia bermain.Mantap.. so sebayu nak kongsikan bersama walaupun semua sedia maklum video ini diambil dari youtube.... hehehe... nak video sendiri koleksi pula tak ada...so ambil je dari youtube...

selamat menonton...



video



video



video

CERITA DARI KUBUR (balasan untuk si mati)

Assalamualaikum dan salam semalaya



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

DERMA ORGAN DEMI SEBUAH KEHIDUPAN

Assalmualaikum dan salam semalaya.

Dewasa kini kita sering melihat di dada akhbar mengenai isu pendermaan organ.Bahkan dalam Peperiksaan Memasuki Pegawai Tadbir dan Diplomatik  baru - baru ini juga ada menyentuh mengenai isu yang semakin mendapat perhatian dari sudut masyarakat yang perihatin. Sebayu mahu kongsikan bersama anda mengenai artikel ini. Mohon penulis asal artikel ini supaya sebayu lampirkan artikel tersebut dalam blog sebayu ini untuk tatapan bersama.


artikel:

Organ ialah alat dalam tubuh badan manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tugas yang penting. Dalam bahasa Arab dan Inggeris organ merangkumi organ dalaman dan organ luaran. Dengan erti kata lain, organ ialah anggota tubuh badan sama ada anggota dalaman atau luaran.

Muktahir ini masalah dan isu pendermaan organ manusia menjadi perbualan dan perbincangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia serta bermacam-macam kempen, program, dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak-pihak dan badan-badan tertentu untuk menggalakkan pendermaan organ demi memberi harapan hidup kepada golongan yang memerlukan. 

Saya rasa terpanggil untuk melihat perkara ini menurut sudut perspektif yang berbeza iaitu melalui perspektif Islam dan syarak berdalil Al-Quran, hadith Nabi Muhammad s.a.w, kaedah-kaedah fiqhiyyah,dan pandangan para ulama Islam dalam persoalan semasa ini. 

Jika kita selusuri secara kasar ,kita akan mendapati seolah-olah masalah ini tidak berlaku perbincangan(perbahasan) di kalangan para fuqaha dahulu tetapi hakikatnya para ulama dahulu tidak membincangkan hal tersebut secara jelas. Perbincangan mereka dalam masalah berkaitan dengan organ hanya berkisar sekitar perkara yang mereka andaikan akan terjadi(fiqh taqdiry) seperti makan jasad manusia ketika darurah, potong anggota badan yang dihinggapi penyakit berjangkit, rawatan menyambung tulang yang patah, belah perut ibu yang sudah meninggal bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan atau harta yang ditelan semasa hidup, rawatan luka menggunakan tulang manusia, dan penjualan rambut anak Adam. 

Walaupun begitu, asas dan panduan yang mereka tinggalkan daripada perbincangan mereka yang lalu dijadikan rujukan dan garis panduan para ulama dan cendiakiawan Muslim masa kini untuk menentukan hukuman pemindahan dan pendermaan organ serta keharusan perkara demi kemaslahatan dan kebahagiaan untuk individu lain. 

   Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
“ Dan janganlah kamu menjatuhkan(mencampakkan) dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”. 

Ayat ini jelas melarang manusia Muslim melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan kebinasaan diri.
Contoh yang sering kita dengari ialah merokok dan menghisap dadah. Namun begitu, ayat di atas ini jika kita lihat secara analogis ia juga boleh difahami bahawa Islam tidak membenarkan manusia membiarkan dirinya dalam keadaan bahaya maut atau tidak berfungsi organ tubuhnya yang sangat penting baginya tanpa usaha penyembuhannya dengan berubat termasuk pemindahan organ dari individu yang berhati mulia yang sanggup mendermakan organnya bagi memberikan harapan kepada yang berkenaan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. 

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 32:
“Dan sesiapa yang memelihara keselamatan hidup seorang manusia maka seolah-olah ia telah memelihara keselamatan manusia semuanya” 

Ayat ini berbentuk umum, merangkumi setiap bentuk usaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang daripada kebinasaan termasuklah orang yang mendermakan organnya dan para doktor yang memindahkannya kepada orang lain bagi menyelamatkannya dari binasa atau mengembalikan semula fungsi organnya sebagaimana asal yang seumpama memberi satu kehidupan kepada individu tersebut. Syeikh Mahmud Syaltut, seorang ulama kontemporari menyatakan ayat ini menunjukkan bahawa Islam sangat menghargai tindakan kemanusiaan yang dapat menyelamatkan jiwa manusia. 

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Assalamualaikum dan salam semalaya.


RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


jom sama - sama kita amalkan.... 

Preview movie: Paranormal Activity 3

video



film: Paranormal Activity 3

synopsis:
 
The third film takes place in 1988, when Katie and Kristi were kids. While trying to get video proof of Bloody Mary, Katie and Kristi are first confronted by the monstrous demon haunting them in the first and second movies along with their family.

Co-directors Henry Joost and Ariel Schulman, who directed the controversial documentary “Catfish,” are behind the lens this time. This third installment is going to be kicking into high gear where it documents the childhood of the sisters as chronicled in the first two films as their father, much like Micah in the original, places cameras all over the house in an attempt to record the mysterious source of noises and bumps in the night. It is definitely the movie you have been waiting for if you loved the first two films, and this time all the missing pieces and how it all started will be explained.

got it from nuffnang's member

11 GOLONGAN AHLI NERAKA


 Assalamualaikum dan salam semalaya

Apa khabar iman anda sekarang? Semoga iman yang kita jaga selama ini senantiasa ditingkatkan seperti pasaran saham yang mencapai keuntungan yang sangat lumayan dan drastik.Berbekalkan iman inilah kita jadikan saham untuk akhirat kelak.

Ada banyak persoalan yang boleh kita persoalkan?
persolan ringkas /basic yang perlu kita tanya pada diri sendiri
1- ke mana destinasi kita mahu tju selepas hidup sementara di dunia yang sementara ini - syurga atau neraka ?
2- apakah status kita sekarang - jahil .munafik , kafir atau soleh (orang yang beriman)
3- adakah kita sudah siap sedia untuk menuju Hari Perhitungan (Hisab) kelak?
4- adakah di dunia ini kita menjalan amalan amar makruf nahi mungkar
5-Islam kita hanya pada nama atau agama

semua persoalan tersebut kita sedia maklum kerana kita yang menentukan arah tujuan kita.Jika kita memilih syurga,maka saham yang perlu kita cari ialah ibadah yang dituntut kewajipan agama Islam pada kita.Jika kita memilih neraka, fikir - fikirkanlah
Sebagai panduan, maka perbanyakkan membaca buku berkisarkan Islam dan kehidupan Islam selain terjemahan daripada Al - Quran dan Hadis.

Sebayu ingin kongsikan bersama maklumat yang sahabat sebayu ingin sebayu kongsikan dalam blog rakan semalaya ini...Sama - samalah kita melihat diri kita dan menilai di mana kita sekarang...
Wallahualam


11 GOLOGAN AHLI NERAKA
 
sekadar hiasan

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat." 


SILA KONGSIKAN/SHARE UNTUK PENGETAHUAN WAJIB UMAT ISLAM

media note : Fungsionalisme

media : Fungsionalisme
Mukadimah

Teori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Mengikut teori ini masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri.
 Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.Teori fungsionalisme ini juga lebih menekankan kepentingan persefahaman dan kestabilan masyarakat. Mengikut pemikiran ahli fungsionalisme, kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial.
Perspektif teori ini juga melihat masyarakat sebagai keseluruhan atau sistem sosial yang berpadu ,harmoni dan bertalian yang mana semua berfungsi dengan unggul untuk mengekalkan keseimbangan persetujuan dan susunan sosial
Teori ini mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi, kemudian menilai sejauh mana perjalanan sistem tersebut membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat. Idea fungsionalisme ialah masyarakat adalah berasaskan konsesus (manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-kebaikannya).
Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus yang berterusan wujud supaya masyarakat dapat berjalan dengan lancar.Perspektif teori ini yang melihat masyarakat sebagai keseluruhan atau sistem sosial yang berpadu,harmoni dan bertalian, yang mana semua berfungsi dengan unggul untuk mengekalkan keseimbangan,persetujuan dan susunan sosial .
Agak sama dengan organisma atau badan , masyarakat dianalisis dari segi bahagian sebahagian mereka,atau subsistem yang mana semuanya mesti berfungsi dengan cekap jika kesihatan  dan kesejahteraan keseluruhan organisma atau masyarakat hendak dikekalkan . Dengan demikian perspektif ahli fungsionalisme tentang sebarang ciri masyarakat atau kumpulan akan mempersoalkan fungsi utama yang dijalankan oleh ciri tersebut bagi keseluruhan sosial. Misalnya apakah fungsi bahasa ,sistem media  massa dan sebagainya.
Fungsionalisme dikatakan untuk menerangkan institusi dan kehidupan sosial dalam memenuhi keperluan masyarakat dan individu. Sebagai institusi media keperluan dianggap hanya sesuai dengan kesinambungan, berurutan,penyatuan,dorongan,bimbingan,sosialisasi,penyesuaian contohnya masyarakat dilihat  sebagai satu sistem yang bekerjasama dimana media massa  sebagai satu.
Teori ini juga dikenali sebagai teori structural-functional ataupun social system theory.  Istilah struktur dan fungsi ialah dua konsep yang berasingan tapi berkait rapat. Struktur boleh dibandingkan dengan bahagian atau organ badan binatang ataupun manusia dan fungsi tadi disamakan pula dengan fungsi yang dimainkan oleh struktur tadi atau organ-organ dalam badan tadi. Contohnya. Bahagian perut  merupakan satu struktur dan bertugas sebagi menghadam makanan.  Begitu juga pusat keselamatan atau pusat kesihatan merupakan struktur sosial  dalam masyarakat yang berfungsi menjaga kesihatan dan keselamatan negara. Seperti satu struktur biologi, struktur sistem social atau masyarakat itu mengandungi banyak bahagian struktur yang berkaitan atau berhubungan antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, teori fungsional banyak dipengaruhi oleh bidang biologi. Ini berdasarkan persamaan antara organisma sosial maka masyarakat seperti seperti organisma biologi, merupakan satu sistem yang bersifat integrasi atau satu penyatuan fungsional dalam erti kata bahawa hubungan antara bahagian-bahagiannya berada dalam keadaan harmoni.Fungsi setiap individu adalah untuk mengekalkan keadaan harmoni tersebut. setiap struktur atau bahagian dalam masyarakat  itu mempunyai fungsi yang khusus dan perlu bagi melicinkan perjalanan system social. oleh itu, system social menjadi stabil.

tips penjagaan kesihatan

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Em selak punya selak dalam lapto sebayu maka terjumpalah khazanah alam hasil daripada daya kreatif dan inovatif yang sebayu usahakan dahulu iaitu sebuah majalah...jeng ...jeng..jeng... maka sebayu pratontonkan hasil sebayu untuk majalah tersebut...







hehehhe....ni baru sikit...ada lagi...nantilah sebayu upload....wakaka.... sekadar suka - suka sahaja ni...senyum selalu

BAJET 2012

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


sekian.

latest film :The Thing , Real Steel

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Sebayu ingin kongsikan bersama mengenai filem terbaru yang akan menggegarkan panggung wayang berdekatan anda. Check for this latest films... coming soon in malaysia.


1.The Thing

video

Synopsis:
Antarctica: an extraordinary continent of awesome beauty. It is also home to an isolated outpost where a discovery full of scientific possibility becomes a mission of survival when a creature is unearthed by a crew of international scientists. In the thriller The Thing, paranoia spreads among a group of researchers as they encounter something inhuman that has the ability to turn itself into an exact replica of any living being.

Paleontologist Kate Lloyd (Mary Elizabeth Winstead) has traveled to the desolate region for the expedition of her lifetime. Joining a Norwegian scientific team that has stumbled across a ship buried in the ice, she discovers an organism that seems to have died in the crash eons ago. But it is about to wake up.

When a simple experiment frees the thing from its frozen prison, Kate must join the crew’s pilot, Carter (Joel Edgerton), to keep it from killing them off one at a time. And in this vast, intense land, a parasite that can mimic anything it touches will pit human against human as it tries to survive and flourish.

The Thing is an upcoming science-fiction horror film from Matthijs van Heijningen Jr. starring Mary Elizabeth Winstead, Joel Edgerton and Ulrich Thomsen. It serves as a prelude to John Carpenter’s classic 1982 film of the same name where the prequel concerns the events that happened back in 1982.

(sebayu got it from nuffnang's member)

2) Real Steel


video

Synopsis
 
A gritty, white-knuckle, action ride set in the near-future where the sport of boxing has gone high-tech, “Real Steel” stars Hugh Jackman as Charlie Kenton, a washed-up fighter who lost his chance at a title when 2000-pound, 8-foot-tall steel robots took over the ring. Now nothing but a small-time promoter, Charlie earns just enough money piecing together low-end bots from scrap metal to get from one underground boxing venue to the next. When Charlie hits rock bottom, he reluctantly teams up with his estranged son Max (Dakota Goyo) to build and train a championship contender. As the stakes in the brutal, no-holds-barred arena are raised, Charlie and Max, against all odds, get one last shot at a comeback.( got it from nuffnang's member)



SELAMAT MENONTON

Permohonan KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012

Assalamualaikum dan salam semalaya

Diam tak diam hari ini dah 1 oktober 2011.Sekejap sahaja rasa masa berlalu pergi. Zaman gila - gila remaja semakin lama semakin pudar (tak sehappy zaman universiti) - almaklumlah dah masuk peringkat umur bekerja.so hidup must go on - kata orang belajar untuk dapatkan ilmu.dengan ilmu kita dapatkan kerja yang HALAL...betulkan.

Erm kalau dahulu,sebut sahaja KPLI....confirm ramai yang apply.BSN lah jadi mangsanya coz kita kena beli pin KPLI untuk mohon secara online.Sebayu ingat lagi zaman tu last semester pengajian.Perghhh KPLI dengan tawaran yang sangat menarik.Boleh dikatakan semua subjek teknikal dan bahasa ditawarkan. Kira untunglah zaman tu orang yang apply KPLI....tapi berbeza zaman sekarang termasuklah yang terkini.Subjek begitu terhad ditawarkan untuk mereka yang ingin berkecimpung dalam kerjaya perguruan. Tak dinafikan puluhan ribu yang ingin mengisi ratusan atau puluhan profesion guru disebabkan faktor pengangguran (tidak mendapat peluang kerjaya lain) atau lebih mudah mahu mendapatkan pekerjaan yang tetap (kerajaan).Tetapi bagaimana dengan individu yang begitu minat dengan profesion guru tetapi tidak mendapat berpeluang seperti mereka yang telah dianugerahkan ijazah dalam pendidikan.

Daripada pemerhatian dan perbualan secara tidak langsung kebanyakan mereka yang berpeluang mendapatkan atau melanjutkan pelajaran dalam ijazah pendidikan terdiri daripada mereka yang hakikatnya tidak berminat dalam bidang perguruan (kurang berminat dalam kerjaya guru tetapi terpilih dalam ujian medsi umpamanya).Sebayu bukan cuba untuk melihat kerelevenan ujian Medsi tetapi dari sudut ini sebayu melihat kepada "rezeki". Kita sedia maklum apa - apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan Allah swt. 
Erm panjang pula sebayu berbicara.Apa apa pun pasti yang dah tahu KPLI ambilan januari 2012 dah keluar.Macam biasa beli nombor pin di BSN. KPLI kali ini sebenarnya untuk pemohon J-Qaf. Peluang bagi mereka yang berlatarbelakangkan ijazah dalam  Pendidikan Islam terbuka luas.

Semoga Berjaya.
berikut merupakan maklumat yang boleh dikongsi bersama.Yang selebihnya boleh anda lawati di laman web rasmi kementerian.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS


Calon-calon hendaklah: 


Warganegara Malaysia.

Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977.

Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi. 



wassalam 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.