TAHNIAH MALAYSIA.KEMBALIKAN ERA BOLA SEPAK HARIMAU MALAYA.

.
Juara:TAHNIAH


 Assalamualaikum dan salam semalaya...

Erm  semalam detik yang mencemaskan bagi peminat bola sepak.Mana tidaknya, media Indonesia seolah-olah bemain dengan pelbagai isu-isu yang dikatakan menggugat prestasi pemain negara bola sepak Malaysia. Aku dapat rasakan kesukaran dan rasa tidak tenteram wujud dalam hati setiap pemain bola sepak apabila bertandang di negara Indonesia untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua Piala Suzuki FF. 

Say YES TO MALAYSIAN. (Piala Suzuki FF)


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/index_html?idg=Piala_Suzuki

Assalamualaikum dan salam semalaya.erm hari ni confirm semua orang berdebar-debar nak melihat pasukan bola sepak Negara kita turun untuk beraksi dalam pusingan pertama Piala Suzuki.Saya pun tak sabar-sabar nak tengok.Tapi televisyen pula buat hal.Tapi tidak mengapa,alternative lain saya dan housemate turun kedai mamak dekat pantai dalam yang terindah ni…hehehe.makan sambil menonton..wah suka-suka.Tengok ramai-ramai baru ada feel.dalam hati ni,nak sahaja pergi stadium bukit jalil.bukannya jauh pun.ikut highway MEX erm tak sampai beberapa minit,insyaAllah sampai.

Hari ini buka berita harian online.banyak isu-isu yang bermain di dada akhbar sekarang. Pelbagai isu termasuklah politik yang senantiasa bermain-main di fikiran rakyat Malaysia.
Cuba lihat gambar-gambar di atas.Seronokkan.Saya suka melihat Yang Amat Berhormat,Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek dan Timbalannya Datuk Razali Ibrahim duduk bersama penyokong fanatic Malaysia bergembira seketika apabila menyaksikan pasukan Malaysia beraksi di atas padang bola. Bukankah itu perkara yang ingin kita lihat bersama.Ahli politik ,pemimpin Negara dan penyokong duduk dan berkumpul bersama. Hari ini kita tinggalkan sebentar berkenaan isu politik.Jom kita bermain dengan isu bola sepak pula.

lyric:Alhamdulillah by Maher Zein

Assalamualaikum dan salam Malaya.

erm satu demi satu aku suka dengar lagu Maher Zein.Bestkan.Alunan dan melodi yang memuji Allah membuatkan kita pendengarya terasa "sayu".Sayu disini kita merenung dan meneliti apa yang mahu dilontarkan oleh komposer lagu Alhamdulillah,nyanyian Maher Zein.Perkara baik ni harus dikongsi bersama.Banyak manfaat yang kita dapat selain meningkatkan kefahaman berbahasa kita dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab meskipun tidak banyak bahasa Arab yang diketengahkan dalam lagu tersebut.

 

Thank You Allah Lyrics

By: Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about

Result PTD: Bestlah siapa yang lulus

Assalamualaikum dan salam penulisan.
cek di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 
Mula-mula saya happy juga melihat saya tersenarai untuk menduduki ujian PTD tahun 2010 ini.Hati ini syukur sangat.tapi selang sehari dua,check pula KPLI,alhamdulillah.dapat juga.Tapi mana satu nak pergi?.Erm pelikkan ujian PTD serentak dengan Ujian KPLI???

Tapi sebenarnya ada hikmah atau kelebihan.Dari cabaran (iaitu sama ada memilih Ujian PTD atau KPLI), kita dapat lihat peratusan mana yang banyak untuk mereka memilih? Bayangkan kedua-dua jawatan ini memang direbut-rebut sangat.Dah macam album yang laris di jual di pasaran..Mana taknya,siap ada buku panduan lulus cemerlang PTD ,panduan lengkap MTesT,macam-macam.Buku Mtest memang laris dijual bila tarikh KPLI keluar...Dasyatkan.

AGAMA: Beza antara "Salam ,Akum,As Salam dan Assalamualaikum"

Assalamualaikum dan salam semalaya.


erm arini saya nak berkongsi maklumat mengenai perkara yang sangat penting tetapi tidak menjadi penting malahan dianggap remeh temeh dalam kehidupan.Pernah saya ditanya oleh seorang wanita, "encik Shahril, apa beza Assalam dan salam???. Saya tidak menjawabnya bukan kerana tidak tahu tetapi saya juga jahil dalam bidang agama.Saya bukan seorang yang mempunyai pengiktirafan dalam bidang agama.Tetapi saya sentiasa berusaha untuk mempelajari bidang agama Islam.Saya orang Islam,maka malulah saya jika tidak tahu apa itu Islam. Manusia sekarang,dalam surat beranak tertulis agama Islam...tetapi macamana dengan "KEISLAMANNYA" pula....

erm syukur sebab hari ini saya terbaca satu email yang dikirimkan oleh seorang hamba Allah kepada saya.JOM BACA ARTIKEL INI:


(jika terdapat kesalahan,mohon ditegur dengan segera.saya hanya berkongsi maklumat)

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"???????? apa maksudnya???

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat
tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan........

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Ijazah Bukan Penjamin Dapat Kerja???

Kalau dulu,kita selalu anggap orang yang pandai mesti masuk universiti.Dah masuk universiti confirmlah ada kerja.Betul  tak?
Kalau dulu,orang lepasan university boleh pilih kerja.Time tu peluang pekerjaan ,subhanAllah,pilih je nak kerja apa….dah ada ijazah confirm dapat. Nak jadi cikgu,isi je.Nak kerja kerajaan,erm mudah kot time tu….pendek kata best gilerlah sesiapa yang ada degree time dulu.Kadang-kadang kerja cari kita.suke3x.


Erm tapi tu dulu punya cerita.Sekarang,erm..letihnya cari kerja,susahnya cari kerja,mana nak dapat kerja ni,kerja apa aku boleh buat,sesuai ke kerja dengan taraf ijazah aku,aku kerja macam ni sampai bila,bila kerajaan nak panggil aku kerja ni….erm tensionnya…surat PTPTN dan MARA dah memanggil-manggil nama aku nih (macam dah sampai seru untuk membuat bayaran nih)….atoii….macam mana yer…???. Usaha-usaha dah...tapi apa yang membuatkan kerja xpanggil-panggil aku nih…nape yer???

AGAMA:WUJUD KE MAKHLUK ASING???

Persoalan Agama: Perkembangan ilmu bongkar banyak rahsia dalam ayat al-Quran

sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PersoalanAgama_Perkembanganilmubongkarbanyakrahsiadalamayatal-Quran/Article

2010/12/12

 

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm anda perasan tak sejak akhir-akhir ini genre filem Malaysia terarah filem atau drama seram...erm bermula dari drama bersiri Puaka Niyang Rapik sehinggalah ke filem Janin...erm menyeramkan namun dapat sambutan.Pelikkan .Tapi itulah manusia.Manusia sukakan sesuatu yang pelik dan menarik.Cuba bayangkan,seorang wanita atau gadis pergi menonton wayang atau filem seram.Bila scene atau adegan mendebarkan seperti hantu keluar....mata tertutup rapat..seram...tapi still tengok lagi...erm ntahlah...dunia oh dunia.

AGAMA: CIRI-CIRI GLOBAL CHAMPION


Assalamualaikum dan salam semalaya.

Segmen kali ini saya mahu menceritakan sedikit mengenai ciri-ciri Global Champion.Global Champion atau jaguh dunia merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Setiap umat Islam harus memiliki keperibadian yang soleh dan solehah, baik,sopan santun,dan mempunyai wawasan dan perkara-perkara positif yang lain. Seharusnya pegangan amar makruh nahi mungkar harus disemat dalam sanubari setiap muslimin dan muslimat agar kita menjadi hamba yang bertakwa,masyarakat yang Berjaya di dunia dan akhirat. Di bawah ini saya kongsi bersama mengenai ciri-ciri jaguh dunia yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, dalam bukunya Tip-tip cemerlang daripada Al-Quran.Sama- samalah kita menghayatinya.


Ciri-ciri Global Champion

Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada umat Islam untuk menjadi Jaguh Global atau Global Champion ialah:

        I.            Produk yang istimewa.
Produk Islam adalah ajaran dan sistem hidupnya yang tidak ada tolok bandingnya. Agama Islam merupakan agama yang sempurna. Lancelot Lawton, di dalam The Sphere, berkata, “ Agama Muhammad, saya terpaksa mengakui, adalah lebih sesuai bagi Afrika daripada agama Kristian. Malah ia mungkin juga lebih sesuai bagi dunia keseluruhannya.”

      II.            Berfikir Seperti Pemimpin.
Berfikir seperti pemimpin, bukan pengikut. Hal ini memang ditekankan oleh Al Quran. Justeru, Tuhan menyuruh umat Islam berdoa dengan sebuah doa yang terdapat dalam surah al-furqan ayat 74 yang bermaksud, “Dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertaqwa.” ‘Imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertaqwa’ bermaksud pemimpin yang berkualiti tinggi.

INFO KESIHATAN: MEROKOK,ADA GAYA KER???

 Erm segmen kali ini mengenai info kesihatan. MEROKOK.ADA STYLE KERRRR?????


 Erm merokok oh merokok.yang untung kilang rokok adalah. Perokok pula dapat apa??? So, di bawah ini ada "HADIAH" untuk perokok. Buat member aku dan sahabat-sahabat blog yang merokok, ni sebuah "cerita" atau "novel" aku petik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bacalah sebab " novel " ini tak laris sangat dibaca orang.


Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!
Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.

Faham Ke Tak Faham ye???

Assalammualaikum dan salam malaya.

erm segmen arini aku tak nak cerita pape.Juz nak nak post lirik lagu kesukaan aku, InsyaAllah nyanyian Maher Zain. Erm sesiapa yang berminat dengan lagu ini seharusnya memahami lirik dan apa yang nak disampaikan dalam lagu ini.Melodi memang sedap tetapi kalau tak faham rugilah. Sebab masyarakat Islam mudah lalai dengan kemerduan lagu-lagu terkini terutama lagu dari barat

Contoh paling baik ialah lagu dari Lady Gaga. Aku minat lagu dia tetapi kalau kita teliti balik lirik lagu dia,erm MasyaAllah...macam ni rupanya maksud lagu dia. For our informations, Lady Gaga ni pengikut kuat Yahudi. Cuba fahami lagu Alejandro...erm dia sebut nama  siapa tu? Melodi dan alunan suara yang mantap membuatkan kita cair...betul x? Apa lagi kalau kita selalu mendengar lagu tersebut di pasaraya-pasaraya besar.

Erm apa-apa pun sama-samalah kita menghayati lirik InsyaAllah nyanyian Maher Zain. Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah swt.

SENYUM JOM SENYUM



TAHUKAH ANDA SENYUMAN ANDA SANGAT BERKUASA???

 
Kita selalu tersenyum apabila melihat atau melahirkan perasaan gembira. Betul atau tidak? Mustahil untuk kita tersenyum apabila melihat sesuatu kesedihan atau keburukan. Kalau ada orang macam tu, erm orang tu betul ke tidak??? Entahlah.
Melalui senyuman, secara amnya kita dapat menafsir atau membuat hipotesis awal bahawa orang yang tersenyum tu dalam keadaan atau hati yang tenang, gembira,puas hati,dan pelbagai lagi perkara yang membawa kepada terukirnya senyuman.
Teringat pula saya akan lagu ini… cuba anda baca dan cuba teka lagu ini anda pernah dengar atau tidak???

Senyum
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Hah,agak-agak dapat tangkap tak lagu apa ini…. Erm betul.Anda memang hebat. Saya beri anda 3 bintang.TAHNIAH…heheh. Lagu ini sangat popular awal 90-an kalau tidak silap sayalah .Lagu ini merupakan lagu tema untuk kempen Senyum (kalau saya salah maafkan saya).

Himpunan Bimbingan Diri

Orang beriman hanya makan untuk hidup

CARI makan - demikian rutin kehidupan manusia, tidak kira makan waktu pagi, petang, siang, malam ataupun tengah malam.
Apabila hidup nak makan, sesetengah kita tidak peduli lagi sama ada makanan itu halal atau haram.



Orang beriman makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan. Jawapan mengenai hidup untuk makan atau makan untuk hidup berkait rapat dengan keimanan dan kepercayaan seseorang.

Sekadar Hiasan

Adakah dunia ini satu-satunya kehidupan? Atau di sana, selepas kematian pasti ada alam lain yang kekal abadi? Mereka yang kufur hidup untuk makan.

Ini diterangkan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan orang yang kafir makan dan minum serta berseronok sebagaimana berseronoknya binatang dan nerakalah tempat kembali mereka".

Realitinya, tanpa kita sedari kebanyakan manusia hidup untuk makan. Bukan lagi makan untuk hidup!

Malah, ada manusia sanggup membunuh demi mendapatkan sesuap makanan untuk mengisi perut yang lapar.

Manusia tidak lagi memikirkan dosa membunuh yang pasti akan diterima selepas mati. Manusia sanggup menipu, menindas, mencuri, meragut, merompak dan menyamun kerana mahu makan asalkan dapat makan.

Tanya sama Ustaz (Bersama Ustaz Zaharzan Mohamed)

Persoalan Agama: Kehidupan lebih terarah jika pandai kawal akal, pemikiran
Bersama Ustaz Zaharzan Mohamed

2010/12/05

Soalan

USTAZ, saya ingin meminta pandangan dan petua bagaimana cara terbaik untuk meningkatkan cara berfikir dan mencerdaskan minda menurut Islam. 



Jawapan:

Dalam bahasa Arab, aql (akal) maksudnya daya fikiran atau pemikiran. Al-Quran selalu menyebut peranan dan kepentingan akal yang mempunyai potensi tertinggi dikurniakan oleh Allah SWT kepada makhluknya yang bergelar manusia.

Dengan kekuatan akal, manusia mempunyai daya berfikir yang mempunyai tujuan untuk mengetahui, memahami, memecahkan persoalan, bertindak dan sebagainya.
Akal adalah satu-satunya jurang yang membezakan di antara manusia dan haiwan. Namun secara harfiyah, kata dasar aql itu sendiri dalam bahasa Arab adalah ‘aqala’ yang bererti mengikat sesuatu.
Mungkin anda pernah melihat pakaian tradisional masyarakat Arab yang mana kaum lelaki sering menggunakan iqal atau penyepit kepala yang bentuknya melingkari bahagian dahi.

PENTINGNYA DOA?










(sumber:http://www.google.com.my)
Kemajuan Sains dan Teknologi yang dikecapi pada hari ini merupakan kejayaan manusia yang bertungkus lumus dalam memerah keringat,tenaga,wang dan masa. Manusia di seluruh dunia senantiasa berlumba-lumba untuk mencapai matlamat hidup mereka.Kejayaan demi kejayaan berjaya dikecapi hasil daripada usaha mereka.Namun, perlu diingat bahawa kejayaan seseorang itu bukanlah semata-mata datang daripada usaha atau titik peluhnya sendiri.Kejayaan itu hakikatnya milik Allah swt. Kejayaan seseorang itu haruslah bermula dengan usaha + doa + tawakal = KEJAYAAN. 


Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.