AWAS ! WANITA DIRABA DI ATM

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm dunia sekarang sudah berubah.Baru sahaja beberapa hari lepas gempar dengan seorang lelaki yang dibelasah teruk akibat meraba punggung seorang teman wanita di kedai makan.Hari ini, sebayu ada terbaca dari sebuah blog mengenai seorang lelaki yang meraba di kaunter ATM.Mungkin dek tak tahan dengan nafsu,seorang lelaki tersebut bertindak meraba seorang wanita ketika wanita tersebut mengeluarkan duit di ATM. Dasyatkan. Bayangkan kita sedang beratur di depan ATM,tetiba kita diraba.Perghhh... nak je sebayu flying kick je. Hehehe.

Di bawah ini sebayu kongsikan gambar yang sebayu ambil dari sebuah blog :








Nasihat sebayu:

1.Berhati hati semasa kita berada dalam kawasan persekitaran yang sunyi walaupun ada cctv
2.Sebolehnya biarlah kita senantiasa ada teman / rakan .
3.senantiasa berwaspada dan mata tu jeling jelinglah kawasan persekitaran.Kekadang kita boleh perasan seseorang sedang memerhatikan gerak laku kita.Tapi janganlah bersangka buruk pula.biar kena pada tempatnya.
4.pakaian wanita tu janganlah membuatkan kaum Adam terseksa melihatnya.
5.sentiasa ingat MARUAH diri.

Sekian.....

JADUAL SUKU AKHIR LIGA LIGA JUARA MUSIM 2011 2012

Assalamualaikum dan salam semalaya.

BOLA OH BOLA:

Berikut merupakan jadual perlawanan antara pasukan yang layak untum pusingan suku akhir Liga Liga Juara musim 2011 - 2012.




HEHEHE.... pasukan sebayu iaitu Real Madrid masih kekal dalam 8 pasukan terbaik dalam saingan Liga Liga Juara musim 2011 - 2012 ini. Musuh ketat Real iaitu Barcelona bakal menjadi pencabar utama Real Madrid di saingan akhir nanti.Tetapi siapa sangka bola itu bulat.Apa - apa pun boleh terjadi. Kekadang pasukan lemah pun boleh kalahkan pasukan besar. Strategi dan semangat berpasukan menjadi kayu ukur kejayaan sesebuah pasukan bola sepak.

Sebenarnya sebayu sedih jugalah sebab sebayu pun mahu Manchester City masuk ke saingan Liga -Liga Juara ini.Tetapi apakan daya,walaupun menang semalam tetapi kalah dari sudut agregat jaringan gol. Lepas ni,City bolehlah fokus kepada EPL. Pencabar utama bagi EPL semestinya Manchester United. Kalau nak dilihat kepada laluan saingan EPL,MU lebih mudah berbanding City yang terpaksa bertemu antara pasukan gergasi EPL iaitu Arsenal dan Chelsea. Balik kepada pangkal pokok , "bola itu bulat". hehehe.

Chelsea merupakan pasukan tunggal England yang layak ke saingan Liga Liga Juara sekarang. So, hopefully, si Torres buatlah at least 1 gol. Kesian juga sebayu tengok Torres.Asyik tak da luck je dalam setiap perlawanan. Kalau prestasi Torres musim ni tak menentu,maybe agar sukarlah baginya untuk menduduki kesebelasan utama dalam kejuaraan EURO nanti.Kesian lagi....


apa apa pun, jom kita saksikan pasukan kegemaran anda bermain untuk merebut piala Liga Liga Juara musim 2011 - 2012.... jom


sekian...

sabar oh sabar.

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Erm bertemu lagi ki dalam ruangan blog sebayu yang seberapa ini. Artikel kali ini sebayu nak bercerita mengenai "SABAR". Mungkin bagi anda definisi ini sudah diketahui kerana wujud pada diri sendiri. Kekadang kita merasakan sabar ini ialah sesuatu yang melibatkan perasaan dan disusuli dengan perbuatan atau iktikad. Menulis di blog ini juga memerlukan kesabaran.Pendek kata,setiap perbuatan yang dilakukan dalam seharian memerlukan "SABAR". Betul atau tidak?.


SABAR. Apakah yang anda ketahui mengenai erti sabar. Pembacaan demi pembacaan banyak merungkai istilah mengenai sabar ini. Justeru, sebayu akan berkongsikan artikel - artikel menarik mengenai "SABAR". Sebelum itu, sebayu mohon maaf seandainya ilmu yang sebayu kongsikan ini mungkin salah atau tidak tepat - sebayu mohon sangat - sangat supaya saudara/ri tegur atau komen agar ilmu yang dikongsikan bersama ini memberi manfaat kepada kita semua dan tidak lari dari ajaran Islam yang suci.

SABAR:

ARTIKEL 1:

MAKSUD sabar adalah menahan diri daripada sesuatu yang sukar. Sabar terpuji yang dituntut oleh Islam ialah sabar
dalam mentaati Allah SWT, sabar dalam meninggalkan larangan-Nya serta sabar dalam musibah yang ditakdirkan.Banyak ayat al-Quran berbicara mengenai sabar. Antaranya, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.