JAWATANKOSONG:JOM APPLY !!!




Assalamualaikum dan salam semalaya.
Jom apply jawatan kosong ini sekarang...



Jawatan 1.

SIRIM ONLINE RECRUITMENT
Guidelines for UNREGISTERED users:

  1. Register as Member ( Click here to register )

  2. Login to Sirim Online Recruitment System

  3. To Submit Resume : Choose menu 'Biodata'

  4. To Apply : Choose Menu Application -> New Post


 Guidelines for REGISTERED users:

  1. Login to Sirim Online Recruitment System

  2. To Submit Resume : Choose menu 'Biodata'

  3. To Apply : Choose Menu Application -> New Post




JAWATAN 2

info:SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI LEPASAN SPM/SETARAF (PROGRAM PENGAJIAN BUKAN PENDIDIKAN)

Assalamualaikum dan salam semalaya.

kepada adik - adik lepasan SPM yang membuat permohonan kemasukan ke IPTA,jom semak status adik - adik dalam web rasmi kemasukan ke IPTA. Sebayu akan letakkan link tersebut.

Erm jangan lupa,kongsi bersama rakan anda mengenai info ini.Kasihan pada mereka andai kata mereka tidak tahu menahu mengenai hal ini.So,jangan kedekut informasi.Sebarkan pada rakan anda.

Kepada yang berjaya,sebayu ucapkan tahniah dan kepada mereka yang tidak tersenarai,erm jangan risau,cuba lagi.Jangan berputus asa.

langkah untuk membuat semakan tersebut:


klik pada link di atas.Akan keluar popup windom macam ini.



selepas itu,adik - adik pilih atau tekan pada link universiti pilihan adik.



SEKIAN - TERIMA KASIH

INFOKERJAYA: JAWATAN KOSONG UPSI DAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA


Assalamualaikum dan salam semalaya
Erm macam biasa,sebayu ingin kongsikan bersama dua jawatan kosong yang sebayu baca pada iklan jawatan kosong. Jangan lupa sebarkan iklan ini kepada rakan - rakan anda yang lain.Mereka berhak untuk mengetahuinya.Janganlah kita bersifat tamak atau takutkan persaingan apabila kita berkongsi maklumat atau sesuatu jawatan kosong bersama rakan lain.Ingat, jika kita selalu membantu rakan kita,insyaAllah Allah swt akan mempermudahkan pula jalan untuk kita.Amin.

Paling sedih jika rakan - rakan kita yang tidak mempunyai kemudahan internet untuk membuat semakan secara on - line apatah lagi untuk mencari atau melihat iklan yang dijalankan secara online (internet).Mereka pasti tidak tahu menahu kewujudan sesuatu iklan terutama mengenai peluang kerjaya.Jadi,kita yang mempunyai kemudahan internet ini seharusnya membantu mereka tidak kiralah melalui telefon (mesej),atau percakapan seharian.Paling teruk pun kita memberitahu mengenai iklan jawatan kosong di status facebook kita kerana saya percaya perkembangan teknologi kini semakin mendapat perhatian di seluruh pelosok dunia tidak kira di kawasan bandar mahupun pendalaman.Tambahan pula skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan dengan memberi netbook kepada pelajar sekolah dengan pakej yang berpatutan terutama di kawasan kampung.


 JAWATAN KOSONG

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA

Pemohon dari warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

BLOG:Cursor Starfall.EASIER and Sweet

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Sebayu ni masih baru dalam mengedit blog.So,kepada rakan - rakan baru yang aktif nak buat blog (kira kita ni sama batch lah),so kali ini sebayu nak kongsikan cara bagaimana nak buat cursor ada bintang - bintang yang bertaburan.Memang mudah.Ikut sahaja apa yang tertulis di bawah.

Selamat mencuba dan terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi ilmu dalam berblogging ini.


 Cursor bintang bintang comel

REMINDER:Tarikh Semakan Permohonan Medsi/Mtest DPLI 2011


Assalamualaikum dan salam semalaya.

Wah cepatkan masa berlalu.Macam baharu sahaja kita melihat iklan permohonan ambilan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah untuk julai 2011 ini.

sebayu sengaja membuat pos atau artikel ini bertujuan untuk memohon bantuan atau jasa baik rakan  - rakan bloggers agar senantiasa mengingati tarikh untuk membuat semakan sama ada kita berjaya dipilih dalam menduduki ujian Mtest atau tidak.Hopefully, Allah swt membantu kita dalam mengejar cita - cita sebagai guru atau pendidik.Sebayu tahu,kebanyakan mereka yang membuat permohonan ini berikutan pekerjaan guru  nampak je mudah dan "rilex".Mana tidaknya,masuk kerja pukul 7pagi dan balik paling lewat pun pukul 2.30 petang. Tapi betulkah pekerjaan cikgu ini se"simple" yang disangkakan.

akhlak:Mengapa tidak kita senantiasa bersangka baik

Assalamualaikum dan salam semalaya.


 Teringat sebayu ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya beberapa bulan lepas. Sebayu suka akan khutbah ini.Sebabnya khutbah yang dibaca oleh khatib yang bersuara lantang dan berwibawa ini benar - benar menyuruh sebayu melakukan sesuatu perubahan pada diri sebayu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.