akhlak:Mengapa tidak kita senantiasa bersangka baik

Assalamualaikum dan salam semalaya.


 Teringat sebayu ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya beberapa bulan lepas. Sebayu suka akan khutbah ini.Sebabnya khutbah yang dibaca oleh khatib yang bersuara lantang dan berwibawa ini benar - benar menyuruh sebayu melakukan sesuatu perubahan pada diri sebayu. 


Sebayu suka melihat dan memerhatikan orang sekeliling. So, pabila kita asyik dan leka memerhatikan orang,confirmlah tercetus atau terdetik perasaan yang berbaur buruk dan baik pada orang tersebut. Dalam pada itu, maka si Iblis akan membisikkan mantera jahatnya pada kita untuk mengutuk,mencaci atau memandang hina pada orang yang kita perhatikan tersebut.

Contoh terbaik ialah pabila kita melihat wanita yang tidak suka senyum. Kalau sebayu confirm kata "perghhh berlagak tul perempuan ni.macamlah aku nak ngorat dia". (hehhe.contoh jelah).Contoh lain, kita sentiasa bersaing dengan rakan - rakan dalam kelas. Kadang - kadang kita mesti memperlekehkan kawan - kawan kita yang lembab dalam memahami pelajaran. Atau kita pernah terserempak dengan rakan - rakan yang kedekut nak bagi nota pelajaran. Confirm dalam hati kita mengutuk ala - ala "kaw - kaw" punya.baru puas hati. Tetapi persoalannya,adakah kita tahu kenapa dia bersikap demikian.? tak tahukan.

so, di sini sebayu mahu berkongsi sedikit ilmu yang sebayu dengar ketika mendengar khutbah tersebut. Sebarkan pada rakan - rakan kita terutama saudara Islam kita. Seharusnya kita menjadikan info ini sebagai guideline dalam diri dan hidup kita. JOM BACA.


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk


 sekian...

wassalam

0 Response to "akhlak:Mengapa tidak kita senantiasa bersangka baik"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.