DRAMA: NORA ELENA TV3

Assalamualaikum dan salam semalaya.



Akhirnya sebuah penantian yang telah lama di tunggu – tunggu- Drama sensasi yang berjaya menambat hati penonton ,NORA ELENA,telah berakhir dengan episod terakhirnya semalam. Diadaptasi daripada salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci (penulis : Meen Zulaikha) yang mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit apabila maruahnya sebagai wanita suci diragut oleh pemuda yang tidak dikenali sewaktu mereka menetap di Kampung Mersing.Rahsia ini dipegangnya hamper 10 tahun menyebabkan jiwanya tidak tenteram dan sering memikirkan persepsi negatif terhadap lelaki di sekelilingya.

Kalau nak diikutkan jumlah sebenar yang mengikuti drama bersiri 24 episod ini perghhh… tak terbilanglah nampaknya. Tengok dalam facebook yang LIKE  ialah seramai 77,014 orang.Itu tak termasuk lagi yang LIKE page drama ini di page lain. 

Drama ini memang mantap bagi sebayu kerana dibarisi lakonan hebat oleh Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra, Ramona Zamzam dan Puteri Fateen.Bagi sebayu,dalam menaikkan sesebuah drama atau filem tersebut, pelakon merupakan acuan utama selain jalan cerita yang digabungkan akan membentuk sebuah drama atau filem yang hebat. Barisan pelakon yang mempunyai pakej tersendiri sebenarnya menarik minat penonton untuk terus menonton drama Nora Elena sehingga episod yang terakhir. Aaron Aziz yang mempunyai ketampanan dan susuk tubuh yang sasa selain watak yang dimainkannya menarik minat terutama penonton muda remaja (wanita) untuk memiliki teman hidup sepertinya.Barisan pelakon amat penting sekali dalam menghidupkan sesebuah drama.Paling mudah,kita tengoklah drama atau filem korea.Kita pasti akan menonton filem atau drama korea mahupun Hindustan sekali berikutan barisan pelakon yang  kita kenal mahupun minati.Betul atau tidak?


Setiap pelakon akan memainkan watak yang telah dipilihnya.Pasti yang akan tertanya – tanya ,adakah manusia seperti Seth Tan lakonan Aaron Aziz wujud di dalam dunia yang nyata ini atau hanya bersifat fantasia semata – mata.?

Bagi sebayu, jawapan ada di tangan anda sendiri.Manusia di dunia ini tidak sempurna.Tetapi janganlah pula memandai –mandai untuk meniru kelakuan Seth Tan sewaktu di ambang kenakalan dahulu. Cuma di sini,contohi sifat baik dan cuba buangkan perasaan hasad dengki,fitnah dan dan suka mengadu domba seperti yang dilakonkan dalam watak Yvonne dan Eid. Watak Eid cukup simple. Daripada seorang yang cool dan baik hati secara tiba – tiba bertukar kepada watak seorang yang pemarah,termakan fitnah dan melakukan sesuatu perkara tanpa berbincang dan mencari bukti. Itu kesilapan utama watak Eid dalam drama Nora Elena ini.

media: Globalisasi dan Orde Baru Dunia

Assalamualaikum dan salam semalaya.

ISU: Globalisasi dan Orde Baru Dunia 


Written by Ahmad Yussuf   
Takrif
Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat."[1].

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat."[2]

Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. [3]

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia." [4]

SANTAI:BERJENAKA SAMBIL BERGEMBIRA part2

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Erm seperti yang diwar warkan sebelum ini, sebayu akan melengkapkan part kedua untuk artikel berjenaka sambil bergembira. Mohon maaf berikutan perkataan atau tatabahasa dan penggunaan bahasa agak teruk.Ini bagi menjamin ketulenan atau bahasa sebenar yang digunakan dalam situasi lawak atau penggunaan bahasa pasar amat meluas.Mohon jangan ambil hati atau terasa kerana artikel ini hanya bersifat humor atau jenaka..

selamat membaca dan kalau nak tinggalkan komen atau pesanan atau permintaa,komen sahaja...


senyum...
*************************************part 2 ************************************

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup )

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan
berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta
hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap
 beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...


80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tipah Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.