LAWAK KE DEAR

Assalamualaikum dan salam semalaya

Selamat pagi semua.Alhamdulillah puji pujian bagi Allah Maha Pencipta kerana masih memberi kita peluang untuk meneruskan hidup. Bangun je pagi kita dapat melihat,merasa dan tersenyum.He.Bersyukur kita masih hidup.

Erm jomlah kita ceria ceriakan sedikit pagi-pagi ini.Sebayu ada beberapa cerita lawak yang boleh dikongsi bersama.Koleksi cerita lawak yang sebayu nak post ni bukan rekaan sebayu ye.Sebayu pun "bedal" je dari koleksi cerita lawak yang sebayu ada.Cuma mahu berkongsi sahaja.Kalau dah baca,gelak tawa anda confirm biasa-biasa je.Tapi yang belum baca jangan nak gelak sangat.Takut-takut gelak tawa anda didengari oleh pontianak.hehhee.

Ok jom kita baca sama-sama.Untuk bacaan santai sahaja.Maaflah bahasa cerita lawak sememangnya lari dari hukum bahasa.

**********Just fun...**********


****lawak 1***


Kisah 3 pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak tunjuk siapa yang paling top meletop. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Perghhh macam pelesit plak.Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Hah, nampak. "Satu kampung tuuuuu...habiissss aku kerjakan!!!!"


Menyirap je darah dan angin kentut jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi selaju mungkin seperti ferrari membelah highway karak , tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah."korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "hahah,nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",

Hujan Rahmat

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Hujan oh hujan
mengapa engkau turun
macam mana aku tak turun
katak panggil aku

katak oh katak
mengapa panggil hujan
macam mana aku tak panggil hujan
ular nak makan aku

Hah lagu di atas kita selalu dengarkan.MENARIK.Tetapi hakikatnya tahukah anda mesej yang boleh kita kaitkan dengan lagu tersebut.Renung renungkan..(10 saat)

ll
ll
ll
ll
llllllllllll
vvv
vv
v





Perumpamaan untuk sikap manusia


HAH... sebab apa sebayu kata macam tu. Cuba dengar betul lagu tersebut rangkap demi rangkap.Perasan atau  tidak lagu tersebut cuba menyatakan sesuatu keadaan yang mana kita sering berdolak dalih atau bahasa mudahnya sering menyalahkan orang lain tanpa melihat kesilapan kita.Saling menuduh atau berkait dengan orang/perkara lain.

Samalah juga keadaan kita sekarang.Manusia senantiasa tidak berpuas hati dengan apa yang mereka kecapi.YEAP...akan ada yang cakap dengan perasaan "TIDAK BERPUAS HATI APA YANG DIMILIKI" kita akan lebih berusaha dan berjaya.Dari sudut positif,memang betul.Ttetapi terlalu mengejat juga kekadang kita terlupa perkara sebenar yang kita mahu tanpa memikirkan kesan negatifnya. Terserah pada pendapat masing-masing.Kita kena ingat,setiap perkara yang wujud di muka bumi ini ada baik dan buruknya.Kebaikan yang harus kita cari,keburukan harus dijauhi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.