LAWAK KE DEAR

Assalamualaikum dan salam semalaya

Selamat pagi semua.Alhamdulillah puji pujian bagi Allah Maha Pencipta kerana masih memberi kita peluang untuk meneruskan hidup. Bangun je pagi kita dapat melihat,merasa dan tersenyum.He.Bersyukur kita masih hidup.

Erm jomlah kita ceria ceriakan sedikit pagi-pagi ini.Sebayu ada beberapa cerita lawak yang boleh dikongsi bersama.Koleksi cerita lawak yang sebayu nak post ni bukan rekaan sebayu ye.Sebayu pun "bedal" je dari koleksi cerita lawak yang sebayu ada.Cuma mahu berkongsi sahaja.Kalau dah baca,gelak tawa anda confirm biasa-biasa je.Tapi yang belum baca jangan nak gelak sangat.Takut-takut gelak tawa anda didengari oleh pontianak.hehhee.

Ok jom kita baca sama-sama.Untuk bacaan santai sahaja.Maaflah bahasa cerita lawak sememangnya lari dari hukum bahasa.

**********Just fun...**********


****lawak 1***


Kisah 3 pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak tunjuk siapa yang paling top meletop. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Perghhh macam pelesit plak.Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Hah, nampak. "Satu kampung tuuuuu...habiissss aku kerjakan!!!!"


Menyirap je darah dan angin kentut jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi selaju mungkin seperti ferrari membelah highway karak , tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah."korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "hahah,nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",


Kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok hidungnya pontianak tu pun berkata , "korang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".


***lawak 2***

3 Sekawan

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA    :Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK   :........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA    :Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK  :Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA    :Bagus jugak idea kau tu.
ULAT     :Aku malas lah nak pergi beli.
KURA    :Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku  dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT     :Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit ...   30 minit  ...  1 jam ...      berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA    :Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK  :Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA    :Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT     :Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK  :Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT     :Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!



***lawak 3***


Bertuah punyer Boboi!
 
Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. 

Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke,supermarket ke, mana-manalah jelah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia..."mak..boboi nak kencing!!!".Maka mak dia pun mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab maknya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak bobi pun kata kat Boboi, "Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham. Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya.

Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi.Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya...
"Nenek...Boboi nak nyanyi!!". Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!", terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah..."Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."

mesti korang bleh agak apa yg berlaku seterusnya kan.. hihihihi


untuk bacaan gurauan/jenaka sahaja.Jangan ambil hati ye..

sekian.

0 Response to "LAWAK KE DEAR"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.