TERKINI:TARIAN /SENAMAN POCO-POCO DIHARAMKAN.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Sebayu ada terbaca surat yang terdapat pada facebook seorang hamba Allah ini. So,sebayu mahu berkongsi bersama anda. Lihat di bawah

DOA: SENJATA ISLAM


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir” (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)



Assalamualaikum dan salam semalaya.

Baru – baru ini, sebayu nak berkongsi satu cerita yang sebayu kekadang rasa sedih.Sedih kerana mengapa Si dia bercakap sesuatu yang yang sebayu rasa tidak patut. Sebayu pun bukanlah sempurna atau tidak pernah melakukan kesilapan tetapi sebayu cuba untuk menjadi insan baik.Dengan menulis blog ini sedikit sebanyak memberi kesedaran pada diri sebayu.Pada diri anda sebayu tidak tahulah.Terpulanglah pada anda sama ada untuk menyatakan bahawa sebayu ini nak tunjuk alim atau baik.Yang penting sebayu cuba sampaikan ilmu yang sebayu belajar dan baca daripada pelbagai artikel.Kita kena ingat bahawa ILMU milik Allah s.w.t. Tidak ada gunanya kita kedekut atau tidak mahu berkongsi ilmu dengan saudara kita walhal kita dituntut untuk menyampaikan ilmu kepada saudara seagama kita.

MEDIA NOTE: Struktur Pasaran Industri Budaya Yang Harus Mengambil Kira Eksport Media Produk Budaya Peringkat Global.

 Assalamulaikum dan salam semalaya
Artikel kali ini,sebayu mahu berkongsi bersama anda mengenai struktur pasaran industri budaya yang harus mengambil kira eksport media produk budaya peringkat global.
Tajuk: Struktur Pasaran Industri Budaya Yang Harus Mengambil Kira Eksport Media Produk Budaya Peringkat Global.

PENGENALAN
            Globalisasi berasal daripada perkataan ‘global’ yang bermaksud seluruh atau menyeluruh. Perkataan ini kemudiannya diperluaskan lagi dengan pelbagai pendefinisian mengikut bidang seperti globalisasi politik, globalisasi ekonomi ataupun globalisasi sosial bersesuaian dengan aspek yang ingin diperkatakan. Walau bagaimanapun, secara umumnya, globalisasi bermaksud meningkatnya keterkaitan antara orang - orang dan tempat-tempat tertentu akibat daripada kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat yang menghasilkan pencantuman politik, ekonomi dan sosial. Secara lazimnya juga, globalisasi turut dikenali sebagai suatu integrasi dunia dalam bidang ekonomi, budaya, sistem sosial, politik, agama dan ekonomi.

TAZKIRAH: NASIHAT LUKMAN AL HAKIM

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Artikel hari ini saya mahu berkongsi apa yang saya baca dan dapat daripada pembacaan saya iaitu nasihat Lukman Al Hakim.Siapakah beliau?


Tentang nama Luqman, tidak terdapat dalam al-Quran kecuali dalam surah ini sahaja, itupun di pertengahan surah. Dalam surah ini terdapat lapan ayat yang menyentuh tentang Luqman al-Hakim dan anak-anaknya, iaitu bermula dari ayat 12 hingga ke ayat 19.


Para ulama tidak sepakat kata tentang siapakah Luqman itu? Dari manakah asal-usulnya? Adakah dia seorang Arab atau ‘Ajam? Apakah pekerjaannya dan adakah dia seorang nabi atau seorang hamba yang soleh?

JAWATANKOSONG:KHAS UNTUK ANAK JATI PERAK

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Di sini sebayu ingin berkongsi mengenai pelbagai jawatan kosong yang telah dikeluarkan oleh e-SPA Perak. Anda boleh lihat iklan yang Sebayu salin di bawah ini. Untuk mengisi jawatan tersebut,jangan risau,sebayu akan letakkan link tersebut. Semoga Allah mempermudahkan jalan orang yang selalu membantu rakan atau saudaranya.Amin. Bukan apa,Sebayu teringat kata - kata bos sebayu dahulu. Beliau pernah bercerita, saudaranya seorang jutawan.Salah satu punca mengapa beliau kaya kerana sifatnya yang suka bersedekah.Tangannya tidak pernah mengeluh mahupun berhenti memberi bantuan seikhlas mungkin setiap kali berjumpa pengemis mahupun fakir yang memerlukan bantuan.INGAT: Allah akan mempermudahkan jalan bagi seseorang sekiranya seseorang itu rajin atau sentiasa membantu saudaranya. So,Sebayu cuba untuk mempraktikkannya dengan berkongsi apa yang Sebayu rasa boleh.InsyaAllah.

Jadi ,kepada anak-anak PERAK,jomlah kembali berkhidmat dengan PERAK.Mungkin Perak memerlukan kita. Sila lihat jawatan kosong di bawah.

Untuk makluman lanjut atau membuat permohonan,klik sini  http://spaonline.perak.gov.my/spasuk/index.php 

JANGAN TUNGGU LAMA Iklan kekosongan jawatan Bil. IKLAN 01/2011 kini telah dibuka. Tarikh iklan dibuka adalah pada 14/03/2011 dan akan ditutup pada 02/04/2011. Sila kemaskinikan maklumat peribadi anda serta pilih lima (5) jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda. :

KESIHATAN: BAHAYANYA RESDUNG KRONIK

 Assalamualaikum dan salam semalaya.

Sahabat Semalaya,

Hari ini,ada satu artikel yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua.Artikel ini berkaitan dengan kesihatan dan kehidupan kita.SANGAT PENTING.Saya merasakan saya perlu berkongsi apa yang saya baca dalam artikel tersebut.Bunyinya seolah - olah terarah perniagaan tetapi kita kenalah berfikiran positif.Kita perlu meluaskan tahap pembacaan kita agar kita mempunyai ilmu atau pengetahuan dalam banyak perkara terutama menyentuh dalam aspek kehidupan kita sendiri. Artikel yang saya kongsikan ini berkenaan RESDUNG.Menurut pemahaman saya, setiap manusia mempunyai resdung.Namun, yang membezakan kita ialah tahap keseriusan atau level resdung yang dialami setiap orang

Di kampung saya,pernah saya melihat seorang lelaki tua rompong tiada hidung.Nampak kelakar tetapi ini adalah HAKIKAT.Jika saya tidak tersalah dengar,orang tua tersebut hilang hidungnya berikutan dimakan ulat resdung. SERAMkan

Yang menariknya,saya juga pernah mengikuti rawatan pembuangan resdung secara tradisional atau kampung.Saya sendiri boleh nampak ulat tersebut keluar dari hidung dan melompat keluar. Menurut pak cik itu, ulat resdung yang berwarna merah menunjukkan tahap resdung yang serius.Betul atau tidak,sekiranya kita tidak menjaga pemakanan, keseriusan resdung akan meningkat. Selain rompong hidung,kemungkinan akan menyebabkan mata kita rabun dan buta. Perkara ini saya tidak mengesahkan dari bukti yang sahih melainkan pengalaman daripada cerita dan melihat dengan mata sendiri.

PART TIME: SEHEBAT FOREX JIKA USAHA ANDA MANTOP

Assalamualaikum dan salam sehajtera

Artikel kali ini,saya ingin berkongsi kerja sambilan saya sambil bermain social networks such as facebook,twitter,friendster or email. Mengapa saya menulis artikel sebegini rupa.
Tidak ramai kalangan kita terutama generasi muda yang berjaya dalam menghasilkan income atau pendapatan sambilan ketika mereka melayari laman sosial yang ada. Mengapa kita tidak sekreatif orang - orang barat yang hebat menggunakan aplikasi internet dalam menghasilkan pendapatan sambilan. harian mereka.Pada hal kita juga menggunakan teknologi seperti mereka juga.Bukan maksud saya untuk menyatakan bahawa tidak ada kalangan rakyat kita yang aktif dalam kerja sambilan ini,tetapi kurang pendedahan atau maksud lain "tiada keberanian".


Dalam memulakan sesuatu perniagaan secara online,perkara perkara yang selalu kita lihat ialah:

KESIHATAN: AEDES SI PEMBUNUH HALUS

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Artikel hari ini, saya nak berkongsi mengenai bahayanya Denggi terhadap kehidupan seharian kita. Artikel ini saya ringkaskan daripada nota yang saya ambil semasa saya berada di ambang universiti. Artikel ini hanyalah artikel biasa dan mengandungi hanya maklumat tertentu sahaja.Namun, saya berharap artikel atau nota ringkasan kali ini sedikit sebanyak membantu kita memahami apakah Aedes dan KENAPA Denggi?.

 

KERJAYA: SERTAI KARNIVAL MARA 2011

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Kepada sahabat Malaya, jom kita pergi beramai - ramai ke Karnival Pendidikan Mara 2011. Ini peluang terbaik untuk kita (tidak kiralah anda mempunyai kelulusan PMR.SPM,STPM/DIPLOMA, IJAZAH mahupun peringkat yang lebih tinggi) , jangan segan silu untuk menghantar RESUME anda ke mana - mana booth yang telah disediakan disitu.

info: HOW TO CHANGE UR BLOG'S CURSOR

 

Assalamualaikum dan semalaya.

 Hi guys,


Today, I created this post because there are a blogger friends who asked how to change the pointer / cursor on the blogger. This you can do to decorate the look of blog.


This is the steps of how to install designed cursor for your Blogger blog.

1) Go to Blogger Layout <HTML>

2)and Look for this code: <body>

3)Copy the code below, and paste the cursor below the tag <body>

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-2/cur116.cur), progress;}</style>

5) Save your template and you're done.

CONTEST: KAKI BLOGGER JOM SERTAI MAS BLOGGERS CONTEST.

Assalamualaikum dan salam semalaya.




Hah kepada semua sahabat blogger yang aktif dalam dunia blog, di sini aku ingin berkongsi SATU MAKLUMAT yang cukup berbahagia. NAK TAHU APA?.  Jawapannya, Pertandingan yang dijalankan oleh Malaysia Airlines (MAS). Hadiah yang ditawarkan ..wow sungguh hebat.


Kepada sesiapa yang mempunyai idea kreatif, suka mengambil gambar dan suka mengembara mahupun melancong, saya sangat mencadangkan agar saudara atau saudari menyertai pertandingan atau contest ini.
Jom baca dahulu. Di bawah ini saya hanya member penerangan ringkas sahaja. Maklumat selanjutnya sila layari http://mastraveller.com/WhatsNew/IMASTravel/


Apakah syarat - syarat peraduan:





Paling MENARIK.... TENGOK DI BAWAH INI .






Wow..hebatkan. Aku cadangkan sesiapa kaki blogger yang sangat aktif,jomlah sertai pertandingan ini. Semoga kalian berjaya.




JAWATAN KOSONG: PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN.

 Assalamualaikum dan salam semalaya.

BERITA BAIK untuk mereka yang sedang mencari peluang kerjaya yang baik dan berstatus TETAP. Saya ingin berkongsi bersama anda mengenai info tersebut. Info ini saya ambil daripada Jobmalaysia. Semoga anda adalah salah seorang mereka yang terpilih dalam kelompok kerjaya ini.
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelatih jurusan teknikal dan vokasional di institusi-institusi latihan kemahiran awam dan swasta, mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:




Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.jobsmalaysia.gov.my

EMOSI: HANGIT BETUL LAMPU ISYARAT TEKSI

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Malaysia  oh Malaysia.Teksi oh Teksi. Tak dinafikan TEKSI merupakan salah satu pengangkutan awam yang sangat penting selain bas,KTM,LRT dan Komuter. Percayakah anda, seorang pemandu teksi boleh membuat keuntungan kasar RM300 sebulan.Itupun pemandu tersebut kerja dalam waktu yang normal shift.Hebatkan. Data ini aku dapat daripada hasil perbualan biasa (temuramah )antara aku dengan pemandu teksi. Tu yang best kalau kita ini suka berjalan.Tapi jalan bersebablah..jangan pula berjalan nak cari fasal..hehe.buat kering poket je kalau ada niat macam tu. Aku taklah kerap sangat nak guna teksi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.