KERJAYA: SERTAI KARNIVAL MARA 2011

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Kepada sahabat Malaya, jom kita pergi beramai - ramai ke Karnival Pendidikan Mara 2011. Ini peluang terbaik untuk kita (tidak kiralah anda mempunyai kelulusan PMR.SPM,STPM/DIPLOMA, IJAZAH mahupun peringkat yang lebih tinggi) , jangan segan silu untuk menghantar RESUME anda ke mana - mana booth yang telah disediakan disitu.


Tujuan saya menulis coretan kali ini bertujuan sebagai REMINDER atau MEMBERITAHU kepada mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur untuk turun beramai - ramai ke Karnival Pendidikan MARA 2011.

Pelbagai aktiviti telah disediakan selain peluang kerjaya, walk - in interview dan peluang pendidikan yang telah diaturkan. Syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur. Lokasi yang bersesuaian (berdekatan Hentian Putra),berhadapan The Mall dan suasana atau kawasan karnival amat baik (pendapat peribadi). Hal ini berikutan karnival ini dil=jalankan di Putra World Trade Centre (PWTC).

Inilah waktu terbaik untuk ibu bapa membantu anak - anak mereka memilih atau menentukan institusi - institusi yang bersesuaian bagi memastikan anak - anak mereka dapat mendapat meneruskan pendidikan dalam peringkat yang seterusnya. Lebih menarik,layanan mesra dan senyuman penyambut tetamu bakal menceriakan kehidupan anda.

Seharusnya , inilah peluang TERBAIK untuk mengenalpasti minat dan cita - cita anak - anak terlaksana. Ibu bapa sangat berperanan dalam hal ini. Tarikh dan masa (jumaat,sabtu dan ahad) seharusnya tidak menjadi halangan (barrier) untuk seisi keluarga turun ke karnival yang hebat ini.

Karnival Pendidikan MARA kembali lagi menemui anda dengan penyertaan pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan Awam (IPTS & IPTA) serta pendidikan MARA (IPMa) yang menawarkan pelbagai info menarik mengenai program-program pengajian dan kerjaya terkini bagi lepasan sekolah dan individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran. Kunjungilah booth pameran Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian untuk mendapatkan info pendidikan tinggi melalui :-
 
Info Program Pengajian 
Info terkini mengenai programprogram pengajian pra-u, diploma, ijazah, lepasan ijazah serta profesional daripada institusi pengajian yang mengambil bahagian.
 
Kaunseling Pendidikan & Kerjaya
Dapatkan khidmat runding cara daripada kaunselorkaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian
dan kerjaya.
 
Temuduga Terbuka
Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.
 
Pinjaman Pelajaran
Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran.

Booth PTPTN
Booth ini paling mantap sebab ramai orang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai pembayaran,pembiayaan,cara pembayaran dan paling penting apa itu  Hujrah.

INGAT,AHAD INI BERSAMAAN 13 MAC 2011 HARI TERAKHIR KARNIVAL INI DI KAWASAN KUALA LUMPUR.

Namun, jangan risau.Kepada sesiapa sahaja yang terlepas peluang ini, karnival ini akan berlangsung di beberapa tempat terpilih (seperti iklan di atas).

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment