KESIHATAN: AEDES SI PEMBUNUH HALUS

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Artikel hari ini, saya nak berkongsi mengenai bahayanya Denggi terhadap kehidupan seharian kita. Artikel ini saya ringkaskan daripada nota yang saya ambil semasa saya berada di ambang universiti. Artikel ini hanyalah artikel biasa dan mengandungi hanya maklumat tertentu sahaja.Namun, saya berharap artikel atau nota ringkasan kali ini sedikit sebanyak membantu kita memahami apakah Aedes dan KENAPA Denggi?.

  

Sejarah

Istilah "Denggi" mulai digunakan dalam istilah perubatan pada abad ke-19 di Karibia semasa terjadinya suatu wabak penyakit yang menunjukkan ciri-ciri ruam dan sakit sendi. Istilah ini berasal dalam bahasa Swahili, "Ki dunya pepo" yang bermaksud "rasa kejang disebabkan oleh kuasa syaitan".

Walau bagaimanapun demam Denggi dihuraikan secara tepat untuk kali pertamanya oleh Benjamin Rush semasa berlaku wabak denggi di Philadelphia, Amerika Syarikat pada tahun 1780.

Namun begitu bukti demam denggi disebabkan oleh sejenis virus hanya diketahui pada tahun 1907.

Definisi

Demam denggi terbahagi kepada dua iaitu:

( a ) Demam denggi klasikal

Jenis demam ini biasanya terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak –kanak. Setelah digigit nyamuk Aedes dan pengeraman selama 5 hingga 8 hari gejala berikut akan timbul : demam, sakit kepala, seram-sejuk , sakit otot dan sakit sendi serta ruam. Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

( b ) Demam denggi berdarah

Demam ini biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak terutamanya dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal gejala yang sering terlibat ialah demam, sakit kepala, sakit perut dan muntah-mutah. Pada tahap yang kritikal ia boleh menyebabkan koma dan renjatan yang boleh membawa maut.

Nyamuk Aedes.

Ciri-ciri nyamuk Aedes ialah:

( a ) Ia senang dikenali dengan belang hitam putih dikakinya.
( b ) Aedes biasa menggigit pada waktu siang.
( c ) Aedes membiak di dalam air jernih dan biasanya berada di dalam rumah.

Kitaran hidup nyamuk Aedes adalah seperti berikut:

1 ) Nyamuk dewasa (jantan dan betina) yang keluar dari kepompong akan bersenggama dan menyebabkan sperma di simpan pada nyamuk betina.
2 ) Nyamuk betina memerlukan darah untuk bertelur iaitu melalui proses menggigit manusia .
3 ) Setelah 2-3 hari, nyamuk betina akan bertelur pada siang hari, biasanya 60-90 butir telur.
4 ) Telur yang menetas menghasilkan jentik-jentik yang memakan bahan-bahan organik.
5 ) Setelah 6 atau 8 hari, ia berubah menjadi kepompong atau pupa.
6 ) Dua hari kemudiannya, (biasanya) nyamuk dewasa akan keluar dari pupa.

DD dan DDB di Malaysia

Demam Denggi (DD) dilaporkan di Malaya untuk kali pertamanya ialah pada tahun 1902. Sementara Demam Denggi Berdarah (DDB) dilaporkan untuk pertama kali, di Malaysia ialah pada tahun 1962 di Pulau Pinang.


Tempat Pembiakan Nyamuk

Oleh kerana nyamuk Aedes suka membiak di dalam air jernih maka tempat biasanya ia bertelur dan membiak adalah di kawasan takungan air seperti tempayan, pasu bunga, perangkap semut, kolam mandi dan takungan di bawah peti ais. Sementara kawasan luar rumah ialah seperti tayar buruk, tin atau botol kosong, tempurung kelapa, mangkuk susu getah dan buluh-buluh patah.


Bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

Masyarakat pada hari ini agalk leka dengan kepentingan kebersihan di kawasan persekitaran rumah. Kebaykan mereka hanya mementingkan kebersihan di dalam rumah sahaja berbanding kebersihan di halaman rumah.Kesedaran tersebut masih kurang. Jika ada pun, mereka hanya memandang remeh dan beranggapan pihak berkuasa yang akan menjalankan fungsi kebersihan tersebut.Pelbagai kempen telah dijalankan tetapi jika masih tiada kesedaran dan sokongan menyeluruh daripada masyarakat, ia tidak akan berjaya. Senario ini jelas menunjukkan tahap keseriusan pihak kerajaan dalam membendung wabak denggi. Penting disini kita melihat statistik yang terus meningkat membuktikan bahawa keberkesanan pelbagai program yang dianjurkan selama ini masih belum menampakkan hasil yang memberangsangkan berikutan sikap masyarakat sendiri yang tidak memandang serius mengenai penularan nyamuk aedes tersebut.

Dalam hal ini, pembanterasan nyamuk aedes memerlukan perubahan sikap yang menyeluruh dalam kalangan masyarakat. Setiap individu perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan yang aktif demi kepentingan bersama.Sepakat membawa berkat.

Pernahkah anda melihat perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti seperti membuang sampah yang diperbuat dariipada plastik,getah, atau bendasing ke dalam parit. Impaknya menyebabkan aliran longkang tersekat dengan timbunan sampah tersebut.Justeru, marilah sama - sama kita menjaga kebersihan rumah dan persekitaran kita.

Jom jaga kebersihan.

1 comment:

  1. kalau amalkan cara hidup sehat..insyaAllah boleh dielakkan...:)

    ReplyDelete