CONTEST: KAKI BLOGGER JOM SERTAI MAS BLOGGERS CONTEST.

Assalamualaikum dan salam semalaya.




Hah kepada semua sahabat blogger yang aktif dalam dunia blog, di sini aku ingin berkongsi SATU MAKLUMAT yang cukup berbahagia. NAK TAHU APA?.  Jawapannya, Pertandingan yang dijalankan oleh Malaysia Airlines (MAS). Hadiah yang ditawarkan ..wow sungguh hebat.


Kepada sesiapa yang mempunyai idea kreatif, suka mengambil gambar dan suka mengembara mahupun melancong, saya sangat mencadangkan agar saudara atau saudari menyertai pertandingan atau contest ini.
Jom baca dahulu. Di bawah ini saya hanya member penerangan ringkas sahaja. Maklumat selanjutnya sila layari http://mastraveller.com/WhatsNew/IMASTravel/


Apakah syarat - syarat peraduan:





Paling MENARIK.... TENGOK DI BAWAH INI .






Wow..hebatkan. Aku cadangkan sesiapa kaki blogger yang sangat aktif,jomlah sertai pertandingan ini. Semoga kalian berjaya.




1 Response to "CONTEST: KAKI BLOGGER JOM SERTAI MAS BLOGGERS CONTEST."

  1. Awangku Johan says:
    March 11, 2011 at 3:43 AM

    salam ziarah dan salam perkenalan.. macam best jer contest dari mas ni.. tp sayangnya saya tak da alat tuk tangkap gambar2 tu la.. dah la xda kamera dan yg sewaktu dgnnya huhuhu... mmg minat nk join tp ada kekurange jer huhu... apapun saya follow blog awak ni.. nti mai la singgah n follow blog saya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.