Cinta Muka Buku vs Nafsu Muka Buku

Assalamualaikum dan salam semalaya.



video

unlucky fernando torres

Assalamualaikum dan salam semalaya


Erm hari ini Chelsea bertemu Fulham. Aiseyman.... perlawanan ini agak hambar dan rentak perlawanan pula perlahan.Tak berapa menarik. Kali ini sebayu nampak Fernando Torres jadi target man. Macam biasa,Torres sering kali tiada luck atau nasib dalam menjaringkan gol walaupun peluang dia untuk merembat jaring gol lawan terhidang depan mata.

Walaupun dia dikatankan sebagau unlucky player tetapi bisa permainan dia masih boleh menyengat musuh terutama kalau dia buat turning skill. Keputusan hari ini Chelsea 1 - 1 Fulham.

gambar duit baru

Assalamualaikum dan salam semalaya.


Jom tengok gambar duit baharu...Cantik tak.

Duit Syiling Baharu


 duit RM20 baharu...

Copa Del Rey :Real Madrid

Today match - Copa Del Rey


AMALAN VS SYAITAN

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Siapa kata nak cari kebaikan lebih susah berbanding untuk mendapatkan keburukan. Maksudnya kebanyakan masyarakat hari ini senantiasa mengandainkan bahawa kita mudah terjebak dengan kejahatan berbanding kebaikan. Contoh terbaik...mengumpat. Kita kekadang mudah sangat untuk bercakap sesuatu yang kekadang kita terlepas cakap.Walhal kita mahu mengelaknya. Biasalah,syaitan senantiasa berdamping dengan kita kerana dia mahu menyesatkan diri kita agar terjerumus ke dalam lubang neraka.

Kita sedia maklum bahawa setiap amalan kita dicatit oleh dua malaikat. Jom baca artikel serba ringkas ini tetapi padat dengan info yang berguna.Jom baca.


Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat di sebelah kanan lebih berkuasa dari sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan.

Katanya, “Apakah yang harus aku catit?” Kata malaikat di sebelah kanan, “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan lima kesalahan. Malaikat yang di sebelah kiri bertanya lagi, “Kalau ia telah melakukan lima kesalahan,apa yang harus aku catitkan?” Jawab malaikat kanan, “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat sepuluh pahala.

Oleh itu, hapuskanlah lima kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan padanya lima pahala lagi.” Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, “Jika begini, sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?”. Demikianlah Rahmat Allah SWT pada hamba-Nya, kasih sayang-Nya mlimpah ruah tiada terbatas. Hanya hamba-Nya sahaja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

UJIAN: JIN DI DALAM BADAN

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Alhamdulillah...inilah kelebihan apabila kita banyakkan membaca dan mengakses internet termasuklah menggunakan blog dalam misi menyebarkan dakwah mahupun informasi berguna. Terbaru bagi sebayu tetapi bagi anda mungkin anda pernah melihat artikel ini. Artikel bertajuk "UJIAN MENGESAN JIN DALAM BADAN KITA"  ... Dengar sahaja pun sebayu sudah tertarik lalu mendownload dan memperdengarkan bersama dengan rakan - rakan serumah. Alhamdulillah jika melihat kepada tanda - tanda tersebut, kami tiada satu pun dari tanda - tanda bahawa kita terkena atau maksud mudahnya - ada jin dalam badan kita.Alhamdulillah.



BERI PERHATIAN:

Sebayu terus terang di sini bahawa artikel ini sebayu ambil dari sebuah blog... Sebelum tu,sebayu memohon kebenaran kepada blogger tersebut melalui komen tersebut. Jika blogger tersebut ada terbaca blog sebayu dan tidak mahu artikelnya disiarkan disini,maklumkan kepada sebayu dan sebayu akan padamkan daripada blog sebayu.

 Tujuan sebayu menyalin balik artikel beliau bertujuan menyebarkan artikel tersebut kerana blog ini pun mempunyai pembaca sendiri walaupun tidak ramai pengunjungnya. Mohon blogger memahami maksud sebayu.

Artikel tersebut sebayu kongsikan di sini ...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Bermula di sini<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum…

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

video

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di ATAS ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.


TERIMA KASIH KEPADA KEPADA BLOGGER http://wanwma.com/agama/ujian-mengesan-jin-dalam-badan-anda/  -  Penulis: Wan Muhd Ali

TOP FIRST:GELOMBANG OMBAK RINDU


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Cinema minggu ini.... perghh kali ini memang meletuplah Filem Ombak Rindu. Bayangkan sebayu nak book secara online pun tak boleh. Filem yang diadaptasi daripada novel Ombak Rindu hasil nukilan Fauziah Ashari memang menjadi. Bayangkan novel tersebut telah dihasilkan kira - kira 12 tahun yang lalu kini menggegar pawagan di seluruh Malaysia. Alhamdulillah. Rezeki untuk pengkarya Fauziah Ashari.

Ini membuktikan industri penulisan bukanlah satu industri yang dahulunya dilabelkan sebagai satu industri atau kerjaya yang tiada masa depan atau kata mudahnya "laku atau laris" berbanding kerjaya lain. Buktinya lihatlah Novel seperti Lagenda Budak Setan dan kini novel Ombak Rindu pula menghiasi carta tertinggi di wayang - wayang berdekatan. Filem genre ini mampu menutup atau melangkaui persaingan dengan filem - filem seram yang kian menjadi rebutan pengarah filem untuk dihasilkan.

Filem ini ber genre drama romantik harus diberi peluang untuk bertakhta di hati penonton Malaysia kerana kita terlalu lama dihidangkan dengan filem genre seram dan filem - filem barat. Maka disinilah tanggungjawab kita untuk menyokong filem - filem tempatan kerana daripada filem ber genre inilah kita dipertonton kekayaan budaya melayu dan masalah sosial yang kian melanda masyarakat kita terutama golongan remaja dan dewasa.

Filem ini seharusnya dijadikan teladan dan melihat kepada sinopsisnya atau cerita asal yang dipetik daripada Novel Ombak Rindu sahaja kita sudah terbayang rasionalnya novel ini dihati masyarakat. Tahniah diucapkan kepada Osman Ali yang menghasilkan filem tersebut dengan kerjasama lamaran Astro Shaw dan Tarantella Pictures Sdn Bhd. 

Sambutan yang di terima oleh penonton untuk Filem ini sangat memberangsangkan sehingga susah betul nak book secara online. Apa - apa pun, sama - samalah kita mendoakan kejayaan filem ini.



sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.