TOP FIRST:GELOMBANG OMBAK RINDU


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Cinema minggu ini.... perghh kali ini memang meletuplah Filem Ombak Rindu. Bayangkan sebayu nak book secara online pun tak boleh. Filem yang diadaptasi daripada novel Ombak Rindu hasil nukilan Fauziah Ashari memang menjadi. Bayangkan novel tersebut telah dihasilkan kira - kira 12 tahun yang lalu kini menggegar pawagan di seluruh Malaysia. Alhamdulillah. Rezeki untuk pengkarya Fauziah Ashari.

Ini membuktikan industri penulisan bukanlah satu industri yang dahulunya dilabelkan sebagai satu industri atau kerjaya yang tiada masa depan atau kata mudahnya "laku atau laris" berbanding kerjaya lain. Buktinya lihatlah Novel seperti Lagenda Budak Setan dan kini novel Ombak Rindu pula menghiasi carta tertinggi di wayang - wayang berdekatan. Filem genre ini mampu menutup atau melangkaui persaingan dengan filem - filem seram yang kian menjadi rebutan pengarah filem untuk dihasilkan.

Filem ini ber genre drama romantik harus diberi peluang untuk bertakhta di hati penonton Malaysia kerana kita terlalu lama dihidangkan dengan filem genre seram dan filem - filem barat. Maka disinilah tanggungjawab kita untuk menyokong filem - filem tempatan kerana daripada filem ber genre inilah kita dipertonton kekayaan budaya melayu dan masalah sosial yang kian melanda masyarakat kita terutama golongan remaja dan dewasa.

Filem ini seharusnya dijadikan teladan dan melihat kepada sinopsisnya atau cerita asal yang dipetik daripada Novel Ombak Rindu sahaja kita sudah terbayang rasionalnya novel ini dihati masyarakat. Tahniah diucapkan kepada Osman Ali yang menghasilkan filem tersebut dengan kerjasama lamaran Astro Shaw dan Tarantella Pictures Sdn Bhd. 

Sambutan yang di terima oleh penonton untuk Filem ini sangat memberangsangkan sehingga susah betul nak book secara online. Apa - apa pun, sama - samalah kita mendoakan kejayaan filem ini.



sekian.

No comments:

Post a Comment