AMALAN VS SYAITAN

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Siapa kata nak cari kebaikan lebih susah berbanding untuk mendapatkan keburukan. Maksudnya kebanyakan masyarakat hari ini senantiasa mengandainkan bahawa kita mudah terjebak dengan kejahatan berbanding kebaikan. Contoh terbaik...mengumpat. Kita kekadang mudah sangat untuk bercakap sesuatu yang kekadang kita terlepas cakap.Walhal kita mahu mengelaknya. Biasalah,syaitan senantiasa berdamping dengan kita kerana dia mahu menyesatkan diri kita agar terjerumus ke dalam lubang neraka.

Kita sedia maklum bahawa setiap amalan kita dicatit oleh dua malaikat. Jom baca artikel serba ringkas ini tetapi padat dengan info yang berguna.Jom baca.


Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat di sebelah kanan lebih berkuasa dari sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan.

Katanya, “Apakah yang harus aku catit?” Kata malaikat di sebelah kanan, “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan lima kesalahan. Malaikat yang di sebelah kiri bertanya lagi, “Kalau ia telah melakukan lima kesalahan,apa yang harus aku catitkan?” Jawab malaikat kanan, “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat sepuluh pahala.

Oleh itu, hapuskanlah lima kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan padanya lima pahala lagi.” Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, “Jika begini, sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?”. Demikianlah Rahmat Allah SWT pada hamba-Nya, kasih sayang-Nya mlimpah ruah tiada terbatas. Hanya hamba-Nya sahaja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

No comments:

Post a Comment