DRAMA: NORA ELENA TV3

Assalamualaikum dan salam semalaya.



Akhirnya sebuah penantian yang telah lama di tunggu – tunggu- Drama sensasi yang berjaya menambat hati penonton ,NORA ELENA,telah berakhir dengan episod terakhirnya semalam. Diadaptasi daripada salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci (penulis : Meen Zulaikha) yang mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit apabila maruahnya sebagai wanita suci diragut oleh pemuda yang tidak dikenali sewaktu mereka menetap di Kampung Mersing.Rahsia ini dipegangnya hamper 10 tahun menyebabkan jiwanya tidak tenteram dan sering memikirkan persepsi negatif terhadap lelaki di sekelilingya.

Kalau nak diikutkan jumlah sebenar yang mengikuti drama bersiri 24 episod ini perghhh… tak terbilanglah nampaknya. Tengok dalam facebook yang LIKE  ialah seramai 77,014 orang.Itu tak termasuk lagi yang LIKE page drama ini di page lain. 

Drama ini memang mantap bagi sebayu kerana dibarisi lakonan hebat oleh Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra, Ramona Zamzam dan Puteri Fateen.Bagi sebayu,dalam menaikkan sesebuah drama atau filem tersebut, pelakon merupakan acuan utama selain jalan cerita yang digabungkan akan membentuk sebuah drama atau filem yang hebat. Barisan pelakon yang mempunyai pakej tersendiri sebenarnya menarik minat penonton untuk terus menonton drama Nora Elena sehingga episod yang terakhir. Aaron Aziz yang mempunyai ketampanan dan susuk tubuh yang sasa selain watak yang dimainkannya menarik minat terutama penonton muda remaja (wanita) untuk memiliki teman hidup sepertinya.Barisan pelakon amat penting sekali dalam menghidupkan sesebuah drama.Paling mudah,kita tengoklah drama atau filem korea.Kita pasti akan menonton filem atau drama korea mahupun Hindustan sekali berikutan barisan pelakon yang  kita kenal mahupun minati.Betul atau tidak?


Setiap pelakon akan memainkan watak yang telah dipilihnya.Pasti yang akan tertanya – tanya ,adakah manusia seperti Seth Tan lakonan Aaron Aziz wujud di dalam dunia yang nyata ini atau hanya bersifat fantasia semata – mata.?

Bagi sebayu, jawapan ada di tangan anda sendiri.Manusia di dunia ini tidak sempurna.Tetapi janganlah pula memandai –mandai untuk meniru kelakuan Seth Tan sewaktu di ambang kenakalan dahulu. Cuma di sini,contohi sifat baik dan cuba buangkan perasaan hasad dengki,fitnah dan dan suka mengadu domba seperti yang dilakonkan dalam watak Yvonne dan Eid. Watak Eid cukup simple. Daripada seorang yang cool dan baik hati secara tiba – tiba bertukar kepada watak seorang yang pemarah,termakan fitnah dan melakukan sesuatu perkara tanpa berbincang dan mencari bukti. Itu kesilapan utama watak Eid dalam drama Nora Elena ini.


Watak Yvonne… dengar nama dia sahaja sebayu pun bengkek juga. Ini bermakna watak yang dimainkan oleh Yvonne sangat menjadi. Watak seperti Yvonne ini sebenarnya sudah klise dalam drama melayu kita.Watak ini sentiasa dipamerkan atau dilakonkan bertujuan mewujudkan keadaan yang tidak seimbang atau stabil antara watak hero dan heroin.Justeru,watak yang bersifat pendendam,jahat dan penabur fitnah ini akan cuba mempengaruhi penonton untuk melihat penyatuan antara watak hero dan heroin.Menarikkan.Cuma watak Yvonne dalam cerita ini tak dimatikan seperti mana yang dimahukan oleh kebanyakan penonton berikutan kejahatan yang dibuatnya dalam menjatuhkan rumah tangga seth.

Muzik.Muzik yang dimainkan dalam drama ini juga berjaya membawa suatu keadaan yang menyentuh jiwa. Alunan muzik yang sesuai dengan perwatakan Nora Elena yang lembut tetapi berhati cekal dan tegas menyakinkan penonton akan keberkesanan drama cinta ini. Syabas diucapkan kepada krew – krew yang menjalankan produksi drama ini.Terima kasih. Macam biasa –happy ending the of this story-

Apa – apapun selepas ini sama  -samalah kita menantikan drama baharu pula. Sebayu ingin berkongsi,sesiapa yang mahu melihat balik drama bersiri Nora Elena ini bolehlah download di http://www.enjoy-tvshows.com/watch-malay-drama-online/nora-elena/episode-15/  . semua episode boleh diambil dalam website ini.Sebayu hanya berkongsi pengetahuan sahaja.

erm di sini sebayu nak hadiahkan sebuah lagu kepada anda.lagu ini kira my favourite song untul drama Nora Elena..

So,bagi sesiapa yang nak exam nanti,selepas ini tiada alasan untuk memonteng waktu study anda. ..HEHEHE.

Sekian….WASSALAM…

2 Response to "DRAMA: NORA ELENA TV3"

  1. shahrilsebayu says:
    June 17, 2011 at 3:11 AM

    masa baca entry kena play video lagu di atas...hehhehe

  2. yana says:
    June 22, 2011 at 3:02 AM

    senior pon tgk nora elena?heee

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.