INFOKERJAYA: JAWATAN KOSONG UPSI DAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA


Assalamualaikum dan salam semalaya
Erm macam biasa,sebayu ingin kongsikan bersama dua jawatan kosong yang sebayu baca pada iklan jawatan kosong. Jangan lupa sebarkan iklan ini kepada rakan - rakan anda yang lain.Mereka berhak untuk mengetahuinya.Janganlah kita bersifat tamak atau takutkan persaingan apabila kita berkongsi maklumat atau sesuatu jawatan kosong bersama rakan lain.Ingat, jika kita selalu membantu rakan kita,insyaAllah Allah swt akan mempermudahkan pula jalan untuk kita.Amin.

Paling sedih jika rakan - rakan kita yang tidak mempunyai kemudahan internet untuk membuat semakan secara on - line apatah lagi untuk mencari atau melihat iklan yang dijalankan secara online (internet).Mereka pasti tidak tahu menahu kewujudan sesuatu iklan terutama mengenai peluang kerjaya.Jadi,kita yang mempunyai kemudahan internet ini seharusnya membantu mereka tidak kiralah melalui telefon (mesej),atau percakapan seharian.Paling teruk pun kita memberitahu mengenai iklan jawatan kosong di status facebook kita kerana saya percaya perkembangan teknologi kini semakin mendapat perhatian di seluruh pelosok dunia tidak kira di kawasan bandar mahupun pendalaman.Tambahan pula skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan dengan memberi netbook kepada pelajar sekolah dengan pakej yang berpatutan terutama di kawasan kampung.


 JAWATAN KOSONG

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA

Pemohon dari warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.



KETUA, BAHAGIAN PELESENAN DAN TARIF
Lokasi Kerja : Cyberjaya



Penjawat akan melapor secara terus kepada Pengarah Eksekutif, Jabatan Ekonomi dan Sosial dan bertanggungjawab mengkaji pelan perniagaan yang diserahkan oleh operator-operator perkhidmatan air, mengkaji semula dan mencadangkan kepada Suruhanjaya kadar tarif dan caj yang berpatutan untuk industri dan memantau pengeluaran lesen dan permit kepada pihak industri air dan pembetungan.

 Kelayakan :

  • Ijazah dalam bidang Kewangan, Ekonomi, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan atau kelayakan profesional yang setaraf;
  • Sekurang-kurang sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja termasuk lima(5) tahun dalam jawatan pengurusan;
  • Seorang pemimpin yang kukuh dan bermotivasi tinggi yang mampu bekerja di bawah tekanan dengan ketepatan dan komitmen;
  • Analitikal dan mampu bekerja dengan tahap berdikari dan inisiatif yang tinggi;
  • Kemahiran komunikasi penulisan dan pertuturan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang baik.

2)        EKSEKUTIF - WILAYAH
REGIONAL - EXECUTIVE
Work Location : Kuala Terengganu, Terengganu



The successful candidate will be responsible to conduct perodic technical audit on the Certifying Agencies and prepare audit reports, carry out the enforcement and investigation activities and ensure that complaints and issues raised by the consumers or operators at the region is addressed appropriately, timely and efficiently.

 Requirements :

  • Candidate must possess at least Bachelor's degree in Civil, Mechanical, Chemical and Enviromental Engineer or equivalent
  • At least minimum three (3) years of working experience in the sewerage and / or water services is required for this position
  • Posses technical knowledge of the sewerage / water treatment processes is a must
  • Able to interface with the water and sewerage operators
  • Possess strong interpersonal skills and able to deal with people at different levels
  • Proficient in both spoken and written in English and Bahasa Malaysia
  • Applications must be willing to work either in Kuala Terengganu, Terengganu

Tarikh tutup iklan pada 29 April 2011
Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar permohonan melalui pos / e-mel dengan resume yang lengkap dan menyatakan gaji sekarang dan yang dipohon berserta dengan sekeping gambar berukuran pasport (t.d.)

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Ground & 1st Floor, Prima Avenue 7, Block 3510,
Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya
U.P. : Unit Sumber Manusia



JAWATAN KOSONG 2.:

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan bertaraf TETAP seperti tersenarai. Pemohon boleh mengisi secara online bermula 18 April 2011 (Isnin)
 


SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN BUKAN AKADEMIK

 
Bil
Jawatan
Gred
Taraf Lantikan
Kekosongan
1
PEGAWAI PERGIGIAN
U48
TETAP
1
 2
KURATOR
S48
 3
PEGAWAI PSIKOLOGI
S48
 4
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
F29
 5
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
U29
 6
PENOLONG PEGAWAI SAINS
C27
 7
PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN
KP27
 8
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
S27
 9
JURUTEKNIK KOMPUTER
FT17
 10
PEMBANTU AKAUNTAN
W17
 11
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
R17
 12
PEMBANTU MAKMAL
C17
 13
TUKANG K2 (MEKANIKAL)
R11
 14
ATENDAN KESIHATAN
U3

 

 

SYARAT - SYARAT LANTIKAN

 
layari website rasmi UPSI

 


PANDUAN PERMOHONAN

 
i.  Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem
Online.
 

 
ii.  Pastikan anda memperolehi, mencatatkan dan menyimpan nombor ID yang
merupakan nombor rujukan permohonan anda.
iii. Pastikan semua butiran maklumat telah lengkap diisi sebelum menekan
butang ’apply’.

i.v Pemohon hendaklah mencetak maklumat ID tersebut dan
Curriculum Vitae /
Resume (CV) pada kertas A4 dan seterusnya mengambil tindakan berikut:
 

 
(a)  Melekatkan sekeping gambar berukuran paspot pada cetakan ID.

 
(b) Melampirkan salinan sijil - sijil dan dokumen yang telah disahkan  dengan kemas dan tersusun

(c) Pemohon yang merupakan kakitangan UPSI, diminta menghantar dokumen permohonan beserta sekeping surat iringan yang  dialamatkan kepada Pendaftar UPSI

 
(d) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,Badan
Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu melampirkan perakuan
permohonan daripada Ketua Jabatan beserta salinan Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan terkini dan salinan Laporan Perkhidmatan.

 

 
v. Cetakan ID, CV / Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan
dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat

 

UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak

 

 
Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.

Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 / 6338 / 6339 / 6340 atau e-me myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Mei 2011 (Selasa)

 SEKIAN.TERIMA KASIH

2 Response to "INFOKERJAYA: JAWATAN KOSONG UPSI DAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA"

  1. azliena Says:
    April 19, 2011 at 7:49 AM

    THANKS..... SYA NI TGH CR KERJA BHG HR.. KLAU ADA TLG INFORM....TERIMA KASIH

  2. sebayu says:
    April 19, 2011 at 9:20 PM

    insyaAllah.saya dalam masa yg sama pun turut cri kerja yg bersesuaian dgn kita.he.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.