Ijazah Bukan Penjamin Dapat Kerja???

Kalau dulu,kita selalu anggap orang yang pandai mesti masuk universiti.Dah masuk universiti confirmlah ada kerja.Betul  tak?
Kalau dulu,orang lepasan university boleh pilih kerja.Time tu peluang pekerjaan ,subhanAllah,pilih je nak kerja apa….dah ada ijazah confirm dapat. Nak jadi cikgu,isi je.Nak kerja kerajaan,erm mudah kot time tu….pendek kata best gilerlah sesiapa yang ada degree time dulu.Kadang-kadang kerja cari kita.suke3x.


Erm tapi tu dulu punya cerita.Sekarang,erm..letihnya cari kerja,susahnya cari kerja,mana nak dapat kerja ni,kerja apa aku boleh buat,sesuai ke kerja dengan taraf ijazah aku,aku kerja macam ni sampai bila,bila kerajaan nak panggil aku kerja ni….erm tensionnya…surat PTPTN dan MARA dah memanggil-manggil nama aku nih (macam dah sampai seru untuk membuat bayaran nih)….atoii….macam mana yer…???. Usaha-usaha dah...tapi apa yang membuatkan kerja xpanggil-panggil aku nih…nape yer???

Erm soalan ni selalu kita dengarkan.Aku pun terlibat sekali dalam situasi ini.Hah jom kit abaca artikel yang aku petik dan ambil dari Berita Harian Online. Yang bertajuk  Ramai gagal dapat kerja sesuai
(sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ramaigagaldapatkerjasesuai/Article/)

jom baca :

Sebahagian lepasan IPT tiada kemahiran komunikasi, kurang penampilan diri


PUTRAJAYA: Masih ramai lepasan universiti gagal mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian berikutan tidak mempunyai beberapa kemahiran termasuk komunikasi, penampilan diri serta penulisan resume.
Pengarah JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Rahmat Ismail, berkata berdasarkan maklumat daripada pelbagai pihak termasuk lepasan universiti serta majikan menunjukkan golongan itu mempunyai beberapa kelemahan seperti komunikasi dan penampilan diri yang menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan sesuai. 

“Masih ramai lepasan universiti memerlukan bantuan terutama dalam aspek penampilan diri, komunikasi dan penulisan resume untuk mendapatkan pekerjaan.

“Ini terbukti dengan tinjauan kita menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada 1,984 responden tidak bersetuju bahawa lepasan universiti sudah boleh dianggap mempunyai kemahiran mencari pekerjaan dan sepatutnya tiada masalah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan,” katanya ketika ditemui pada Karnival Jom Cari, Kerja Azam Kerja, 1Malaysia di sini, semalam.

Berdasarkan semua maklum balas itu, beliau berkata, pihaknya mengubah pendekatan dalam karnival mencari kerja yang dianjurkan JobsMalaysia dengan menyediakan klinik graduan bagi membolehkan graduan mendapatkan nasihat dan panduan sebelum ke sesi temu duga.

“Selepas mendapat maklum balas semua pihak, kita menukar pendekatan, kalau dulu mereka boleh datang ke karnival anjuran kita dan terus ke temu duga, kali ini, kita membuat tapisan terlebih dulu.
“Kita minta mereka memilih tiga jawatan yang ingin dimohon mengikut kelulusan masing-masing dan kita melihat mereka punya dokumen selain penampilan diri.

“Contohnya, jika mereka datang dengan pakaian yang tidak bersesuaian, kita akan minta mereka hadiri klinik graduan yang kita buka supaya mereka tahu apa yang sebenarnya majikan mahukan dan apa yang perlu mereka lakukan.

“Ijazah tidak menjanjikan kita mendapatkan pekerjaan kerana pada masa ini ramai yang mempunyai ijazah tetapi yang membezakan lepasan universiti ini adalah kemahiran tambahan yang lain,” katanya.

Mengenai karnival yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Disember itu, beliau berkata, kira-kira 3,000 orang yang mendapat temu duga untuk mencari pekerjaan.

Pada karnival itu, katanya, sebanyak 7,782 peluang pekerjaan ditawarkan daripada 40 syarikat seluruh negara.

“Pada hari pertama berlangsung seramai 55 orang mendapat pekerjaan manakala 343 lagi mendapat temu duga kali kedua dan hanya 120 orang yang gagal,” katanya.

FAKTA NOMBOR

7,782 pekerjaan - Ditawarkan pada Karnival Jom Cari, Kerja Azam Kerja, 1Malaysia
P/S:
 Apa-apa pun sebenarnya bergantung kepada kita juga

ingat: USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN

banyakkan solat sunat (solat wajib jangan lupa),tawakal kepada Allah apa yang kita telah usahakan.kadang-kadang seorang pelajar study gila-gila.tapi result biasa-biasa pula.Ada pula study biasa-biasa tapi result gila-gila gempaq...hairan bin ajaib.Apapun hakikatnya kita kena berserah pada Allah. itu semua kuasa ALLAH SWT.Dia  Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan kepada manusia.

KITA HANYA MERANCANG,ALLAH YANG TENTUKAN.

SAMA-SAMALAH KITA BERDOA UNTUK MENEMPA KEJAYAAN.AMIN.



No comments:

Post a Comment