AGAMA: Beza antara "Salam ,Akum,As Salam dan Assalamualaikum"

Assalamualaikum dan salam semalaya.


erm arini saya nak berkongsi maklumat mengenai perkara yang sangat penting tetapi tidak menjadi penting malahan dianggap remeh temeh dalam kehidupan.Pernah saya ditanya oleh seorang wanita, "encik Shahril, apa beza Assalam dan salam???. Saya tidak menjawabnya bukan kerana tidak tahu tetapi saya juga jahil dalam bidang agama.Saya bukan seorang yang mempunyai pengiktirafan dalam bidang agama.Tetapi saya sentiasa berusaha untuk mempelajari bidang agama Islam.Saya orang Islam,maka malulah saya jika tidak tahu apa itu Islam. Manusia sekarang,dalam surat beranak tertulis agama Islam...tetapi macamana dengan "KEISLAMANNYA" pula....

erm syukur sebab hari ini saya terbaca satu email yang dikirimkan oleh seorang hamba Allah kepada saya.JOM BACA ARTIKEL INI:


(jika terdapat kesalahan,mohon ditegur dengan segera.saya hanya berkongsi maklumat)

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"???????? apa maksudnya???

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat
tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan........

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”



Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
 “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud‘ HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

3 comments:

  1. As salam , bagaimana pula dgn perkataan SALAM di dalam sms? perkataan salam yang tidak dilengkapi dgn AS, cuma SAlAM.. Apakah hukumnya? mohon penjelasan supaya dapat di kongsi:)

    ReplyDelete
  2. tulisan d blog anda tak jela..
    menyukarkan para pembaca.
    diharap anda memperbaikinya.. TQ :)

    ReplyDelete
  3. tulisan d blog anda tak jelas..
    menyukarkan para pembaca.
    diharap anda memperbaikinya.. TQ :)

    ReplyDelete