PENTINGNYA DOA?










(sumber:http://www.google.com.my)
Kemajuan Sains dan Teknologi yang dikecapi pada hari ini merupakan kejayaan manusia yang bertungkus lumus dalam memerah keringat,tenaga,wang dan masa. Manusia di seluruh dunia senantiasa berlumba-lumba untuk mencapai matlamat hidup mereka.Kejayaan demi kejayaan berjaya dikecapi hasil daripada usaha mereka.Namun, perlu diingat bahawa kejayaan seseorang itu bukanlah semata-mata datang daripada usaha atau titik peluhnya sendiri.Kejayaan itu hakikatnya milik Allah swt. Kejayaan seseorang itu haruslah bermula dengan usaha + doa + tawakal = KEJAYAAN. 


Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!


Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

No comments:

Post a Comment