INFO KESIHATAN: MEROKOK,ADA GAYA KER???

 Erm segmen kali ini mengenai info kesihatan. MEROKOK.ADA STYLE KERRRR?????


 Erm merokok oh merokok.yang untung kilang rokok adalah. Perokok pula dapat apa??? So, di bawah ini ada "HADIAH" untuk perokok. Buat member aku dan sahabat-sahabat blog yang merokok, ni sebuah "cerita" atau "novel" aku petik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bacalah sebab " novel " ini tak laris sangat dibaca orang.


Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!
Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
 
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:
Fakta sepintas lalu
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
Perspektif
  • Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan
  • Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan
  • Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.
  • Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara.
Tabiat merokok adalah satu penagihan
Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.
Objektif
  • Merangka kempen komunikasi secara berkesan yang menggerakkan seluruh negara ke arah bebas rokok
  • Menggesa masyarakat untuk berhenti merokok
  • Mencegah kelompok remaja dan wanita supaya tidak memulakan tabiat merokok
Strategi
Menggerakkan seluruh negara untuk memerangani masalah ketagihan rokok
  • Kempen ini akan memfokus kepada menyalurkan maklumat tentang ancaman dan bahaya merokok serta kesannya kepada kesejahteraan rakyat
Membina satu masyarakat baru yang berpengetahuan yang tidak merokok
  • Langkah jangka panjang ini perlu dirangka dalam kadar yang segera. Remaja sekarang perlu dilengkapi dengan maklumat yang tepat mengenai bahaya merokok.
sumber: http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php

0 Response to "INFO KESIHATAN: MEROKOK,ADA GAYA KER???"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.