TAHNIAH MALAYSIA.KEMBALIKAN ERA BOLA SEPAK HARIMAU MALAYA.

.
Juara:TAHNIAH


 Assalamualaikum dan salam semalaya...

Erm  semalam detik yang mencemaskan bagi peminat bola sepak.Mana tidaknya, media Indonesia seolah-olah bemain dengan pelbagai isu-isu yang dikatakan menggugat prestasi pemain negara bola sepak Malaysia. Aku dapat rasakan kesukaran dan rasa tidak tenteram wujud dalam hati setiap pemain bola sepak apabila bertandang di negara Indonesia untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua Piala Suzuki FF. 


Buka surat khabar,wah ternyata pelbagai provokasi dan mainan psikologi telah dimanipulasi oleh pihak media negara Indonesia. Liputan media bertalu-talu memberi maklumat mengenai keadaan dan suasana terutama di Stadium Bung Karno di Jakarta. Pelbagai ayat yang disaluti cemuhan,kritikan yang membawa kepada penghinaan dan sikat tidak puas hati dilontarkan kepada kita.Kita yang mendengarnya pun terasa marah walhal pula dengan pemain bola sepak negara yang terpaksa menanggung cemuhan itu sendiri.

Memandangkan tv dalam rumah aku rosak,aku yang merupakan salah satu jutaan peminat bola sepak Malaysia merancang awal bersama pasukan housemates aku..."lepas solah mghrib,kita cau pergi kedai mamak bawah...huhuh". Dengan pantas kami pergi.Tapi full pula.macam kena beli tiket nak ke stadium pula baru boleh duduk dekat kedai mamak tu....erm tetapi  Alhamdulillah...ada kosong...dengan pantas aku sambar kerusi tu dan...duduklah..takkan ada kerusi akau nak berdiri pula...hahaha.lawak2.

Erm aku suka tengok bola kat kedai mamak.bukan apa,tengok ramai-ramai baru ada feel...macam tengok kat stadiumlah...betulkan?. Dalam keriuhan di dalam kedai mamak tu,aku juz order teh ais je... nak makan takda selera coz nak tengok bola je..perut dah awal-awal aku santap petang selepas sampai rumah.erm minum sudah walaupun dudk kat situ dekat 2 jam...agak-agaklah,taukeh kedai mamak tu hangin pe..yelah...setakat teh ais...ceh.duduk punya lama...haha.
Sumber:Koleksi Berita Harian.

Erm masa aku duduk,perlawanan baru nak start.cun..cuma Malaysia kali ini lebih banyak bermain defend berbanding membuat attack.tapi aku puji pemain bola sepak Malaysia,walaupun  indonesia banyak menyerang,tetapi serangan mereka agak tumpul.Berbanding Malaysia,serangan tak banyak tetapi setiap serangan sungguh berbisa. Mantaplah...bila tengok warna jersi Malaysia Indonesia.macam,teringat aku pula dengan Arsenal dan Chelsea. Arsenal menang.So,dalam hatiku,alamak....bahaya ni...erm dalam hatiku berbisik lagi....dont worry,kita ada bekalan 3-0....kalau Safee boleh buat dalam 1 atau 2 gol lagi..kira mantaplah....takkan team Malaysia tak boleh halang or bantutkan serangan Indonesia.mustahil...hehhe.

Last-last,memang safee buat gol..wah memang bertenaga betul sepakan kaki kiri dia.Sepakan Safee ini aku anggap macam sepakan oleh Kun Aguero...wah...kalau dapat bola kat Aguero,memang mantap tip top lah sepakan dia....huhu.
Sumber:koleksi Berita harian.


Tetapi, dalam masa yang sama aku tetap puji taktik Indonesi bermain. Cuma mungkin mereka bermain di bawah keadaan stress atau tertekan berikutan bekalan Malaysia 3 gol dari Stadium Bukit Jalil banyak.Mana nak cari 3 gol kalau Malaysia ada pemain muda dan senior yang mula bersinar bintang mereka. Kakalu bab defend,aku suka Muslim.semua defender bermain dengan sangat baik.Kalau bab menggelecek,aku suka Ashari dan Shahrul Talaha..mantap...Ashari ni player yang boleh kawal daripada bermain dalam keadaan clumsy.Dia nampak cool.Bila kita cool,maka kita boleh bawa bola dengan baik dan dapat menipu pihak lawan.Hah kalau si Shahrul Talaha...perghhh.. paling suka dia ni boleh bawa bola atas line padang bola.bab sepak power ni..safee lah. Yang lain aku tak komen bukan diorang tak main main mantap or hebat..tetapi ni hanyalah ulasan peribadi aku sahaja.Tapi jangan lupa penyelamat gawang gol paling berprestij....fahmi.kalau tidak,dah banyak gol kita kena.Tahniah Fahmi...anda memang hebat.Teknik membaca sepakan lawan dan tangkapan kemas dan merebah ke tanah merupakan skill anda yang hebat dan patut dicontohi penjaga gol lain.

Namun, Kita kena ingat,walaupun kita ada players bola sepak yang terbaik di dalam galaksi,tetapi kalau tiada skill berpasukan dan kerja berpasukan...memang hancurlah.Contoh terbaik Real Madrid.Players dia semua boleh dikatakan starcbola sepak..peringkat dunia..tetapi graf perlawanan dia tidak konsisten...pelikkan.

Dan paling penting, pemain bola sepak harus berterima kasih kepada penyokong setia bola sepak negara.Merekalah yang memberi anda semangat,inspirasi untuk  anda menang.Cuba anda bayangkan,tanpa peminat,untuk apakah anda bermain bola?Siapakah dan dimana anda mahu kongsikan kejayaan anda?.dan paling teruk bagaimana anda sebagai pemain bola sepak bermain di dalam stadium yang sunyi tanpa peminat bola sepak....erm so penyokong sangat penting.dan kejayaan membawa pulang Piala Suzuki AFF adalah hadiah terbaik untuk penyokong lebih-lebih lagi Safee dinobat sebagai Penerima Kasut Emas.mana tahu,suatu hari nanti,dia atau salah satu pemain tersebut akan menerima pemain terbaik dalam sukan bola sepak Asia,dan terus menempa nama ke peringkat dunia.


TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA.Piala Suzuki FF ini merupakan medium terbaik untuk kita mula menempa nama,mengasah bakat baru bola sepak dan sekaligus membawa kembali era kehebatan bola sepak tanah air (zaman Allayarham Mokhtar Dahari) yang suatu ketika dahulu digeruni oleh pihak lawan.

Terima kasih juga kepada kerajaan Indonesi kerana memberi jaminan keselamatan kepada pemain Malaysia dan peminat Malaysia sewaktu bertandang ke Indonesia. Sikap perihatin dan tanggungjawab kepada kerajaan Indonesia terutama polis Indonesia membuktikan anda bukanlah sebahagian kecil daripada warga Indonesi yang tidak jemu memprovokasi perkara-perkara yang remeh dan bertindak diluar dalam lingkungan manusia yang dikategorikan minda kelas pertama.....

Ulasan artikel ini hanya bersifat peribadi.Pembaca tidak semestinya menyetujui pandangan penulis



2 Response to "TAHNIAH MALAYSIA.KEMBALIKAN ERA BOLA SEPAK HARIMAU MALAYA."

  1. ANATI SOKI says:
    January 5, 2011 at 12:12 AM

    dlm kmenangan harimau malaya nih.. anat applause tu rajaggopal la.. sbb berjaya train player n mncungkil bakat diorang. tmbh plak diorang sume muda2.. nice one raja gopal.. :)
    BTW. anat fllow kamu balik

  2. shahrilsebayu says:
    January 8, 2011 at 7:51 AM

    erm btul2..hehee

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam pembuka kata dari Rakan Semalaya untuk orang malaya.

Assalamualaikum dan salam semalaya.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat kerana sudi menjenguk saya di laman blog yang baharu sahaja diaktifkan. Sebenarnya,saya sudah lama untuk mempunyai sekurang-kurangnya laman sosial sendiri seperti blog.Sebelum ini saya sudahpun mempunyai sebuah blog iaitu shahrilsebayu@blogspot.com namun tidak dapat di update kerana beberapa musabab. Jadi, terpaksalah membuat blog baru dengan nama yang berbeza iaitu rakan semalaya.

Tentu anda bertanya, mengapa pula rakan semalaya dipilih? macam tak cun je.Bagi saya rakan semalaya ini macam unik je.Entahlah tetiba sahaja saya terfikir untuk meletakkan nama rakan semalaya.

Namun, yang paling penting saya mempunyai laman blog sendiri. Bebas untuk menulis namun tertakluk kepada peraturan alam iaitu Akta Multimedia dan Hak Cipta. Yelah kan tak fasal-fasal masuk berita atau surat khabar mengenai kesalahan yang tak patut kita lakukan seperti meniru artikel atau menyebar fitnah dan mengadu domba. Tak baikkan macam itu.

Sekarang ini, macam-macam blog yang diwujudkan.Setiap blog mempunyai agenda settingnya sendiri. Maknaya mereka menulis di dalam blog untuk tujuan tertentu sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Dalam membaca hasil penulisan seseorang, kita harus mempunyai ilmu atau guidelines dalam kita menerima sesuatu idea atau pendapat seseorang penulis itu kerana kita tidak tahu sama ada sumber tersebut benar atau fitnah semata - mata apatah lagi sengaja direka-reka. Dalam dunia cyber kini, manusia boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa perlu termasuklah menjatuhkan seseorang atau sesebuah pihak dalam mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Jika dibincang hal ini, banyak yang perlu dirungkaikan. Kita mempunyai Perlembagaan yang kita sanjung atau sebagai garis panduan. Jadi, kita harus beretika dan berfikiran rasional dalam melahirkan atau mengeluarkan sesebuah pendapat.
Kita akan bincang hal ini kemudian..


Salam Semalaya.